Laporan impak ESG pertama Lazada diterbitkan bersempena dengan ulang tahunnya yang kesepuluh dan menandakan komitmen Kumpulan tersebut demi membina sebuah perniagaan yang mampan serta mewujudkan impak yang positif
SINGAPURA, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Platform eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, hari ini mengeluarkan laporan Impak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environment, Social and Governance - ESG) pertamanya, 'Membentuk Masa Depan Ekonomi Digital bagi tahun 2022 (Shaping the Future of the Digital Economy). Laporan tersebut memperincikan usaha Lazada dalam memanfaatkan eDagang sebagai suatu daya untuk kebaikan bagi memartabatkan komuniti , memperjuangkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan mampan serta menguruskan impaknya terhadap alam sekitar.
"Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Lazada pada tahun ini, kami turut menyambut 10 tahun kewujudan perdagangan digital di Asia Tenggara. Ia juga merupakan pencapaian yang tepat pada masanya untuk mengeluarkan laporan Impak ESG kami yang pertama dan saya berbesar hati untuk berkongsi perkembangan kami dalam memacu pertumbuhan perdagangan digital di rantau ini, di samping mencetuskan perbezaan menerusi operasi kami," kata James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Group. "Laporan ini hanya merupakan permulaan perjalanan kemampanan (sustainability) kami. Tatkala kami memulakan perjalanan ini, saya mengharapkan kolaborasi yang lebih mantap bersama rakan kongsi dan pihak berkepentingan kami berteraskan cara yang terbaik untuk memanfaatkan kedudukan kami sebagai platform eDagang yang terkemuka bagi membentuk masa depan ekosistem digital yang mampan."
Laporan tersebut mendedahkan rangka kerja ESG dan empat tonggak teras : Memperkasakan Komuniti , Tenaga Kerja Sedia-Masa Depan, Pengawasan yang Bertanggungjawab dan Tadbir Urusan yang Efektif. Ia turut menyerlahkan beberapa pencapaian cemerlang Lazada di bawah tonggak tersebut , termasuk:
"Kemajuan yang berjaya dicapai dalam beberapa tahun yang lalu telah menentukan asas untuk kejayaan dan momentum yang berterusan, apabila kami terus maju berusaha menambahbaik impak ESG," kata Frank Luo, Ketua Pegawai Kewangan, Lazada Group. "Sebagai platform perdagangan digital perintis Asia Tenggara, kami amat komited untuk mengupayakan ekosistem yang mampan serta berdaya saing yang mampu menghubungkan pelanggan dan para penjual. Pendekatan kami adalah untuk menerapkan 'minda ekosistem' dengan meningkatkan kolaborasi dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan di seluruh rantaian nilai untuk mewujudkan impak yang positif."
Baru-baru ini, Lazada Logistics di Indonesia turut diberi penghormatan sebagai pemenang kategori 'Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (Plastik)' (Responsible Consumption and Production - Plastic) menerusi B20 Sustainability 4.0 Awards, sebuah projek usahasama Eropah-Indonesia dan acara sampingan B20 Indonesia 2022. Anugerah yang berprestij ini meraikan perniagaan dan individu yang menerapkan amalan yang mampan serta lestari dalam strategi dan proses mereka dengan merangkumi persekitaran serta komuniti dalam agenda mereka.
Laporan Impak ESG FY2022 (Lazada's FY2022 ESG Impact Report) telah dengan merujuk kepada Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (Global Reporting Initiative Standards) 2021[3].
Laporan Impak ESG FY2022 (FY2022 ESG Impact Report): Membentuk Masa Depan Ekonomi Digital (Shaping the Future of the Digital Economy) penuh boleh didapati di sini.
[1] Setakat 31 Mac 2022 |
[2] Boston Consulting Group, Boosting Women in Technology in Southeast Asia (2020) |
[3] Rujuk Catatan Editor untuk butiran lanjut |
Catatan Editor:
Latar Belakang Lazada Group
Lazada Group merupakan perintis platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sepanjang 10 tahun yang lalu, Lazada telah memacu pembangunan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Kini, ekosistem tempatan yang berdaya maju menghubungkan hampir 160 juta pengguna aktif dengan lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan. Melalui proses transaksi secara selamat dan terjamin dengan saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, para pelanggan boleh mendapatkan pesanan mereka menerusi rangkaian logistik terbesar di rantau ini.
Dengan visi untuk mencapai GMV tahunan sebanyak USD100 bilion, Lazada bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030 dan menjadi platform eDagang terbaik yang boleh mengupayakan pelbagai jenama serta penjual untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Pada 2022, Lazada Foundation telah ditubuhkan demi memperkasakan golongan belia dan wanita bagi merentasi masa hadapan digital, merapatkan jurang digital jantina dan memartabatkan komuniti dengan mewujudkan impak yang positif. Maklumat lanjut boleh didapati di sini https://group.lazada.com/en/foundation/.
Maklumat Perhubungan:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pasukan Komunikasi Lazada
press@lazada.com