omniture

Altice akan membeli Orange Dominicana

Altice
2013-11-28 05:25 127

LUXEMBOURG, 28 November 2013 /PRNewswire/ -- Altice VII S.a r.l. ("Altice") hari ini mengumumkan ia telah mencapai persetujuan dengan Orange SA ("Orange") untuk membeli 100% daripada Orange Dominicana S.A. ("Orange Dominicana"), pengendali mudah alih di Republik Dominika dengan 3.4 juta pelanggan[1], dengan harga kira-kira USD 1.4 bilion (€ 1.1 bilion). Persetujuan itu juga termasuk penggunaan berterusan jenama Orange oleh Orange Dominicana dalam lingkungan kerangka kerja yang telah ditakrifkan.

Urus niaga itu, yang tertakluk pada kelulusan pihak berkuasa Republik Dominika, akan dihantar kepada Lembaga Pengarah Orange untuk diluluskan semasa minggu yang bermula pada 9 Disember 2013.

Altice juga bakal memuktamadkan satu persetujuan dengan Grupo Leon Jimenes, salah satu kumpulan perniagaan yang paling disanjung tinggi di Republik Dominika, untuk turut serta sebagai rakan kongsi tempatan dalam pelaburan telekom mereka di Republik Dominika, termasuk Orange Dominicana dan Tricom.

Pemerolehan Orange Dominicana, berikutan pemerolehannya yang diumumkan pada 31 Oktober 2013 untuk pengendali kabel Tricom, sangat bersesuaian dengan strategi Altice bagi menggabungkan aset tetap dan mudah alih agar menawarkan perkhidmatan empat penjuru melalui rangkaian komunikasi yang canggih. Memandangkan Orange Dominicana dan Tricom mempunyai jumlah tapak pelanggan gabungan sebanyak kira-kira 4.0 juta, Altice akan berada pada kedudukan yang lebih kuat bagi memecut penaikan taraf dan pengaturan penggunaan rangkaian seluruh negara yang boleh menyediakan siaran televisyen menarik, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan telefoni melalui rangkaian tetap dan mudah alih.

Urus niaga Orange Dominicana juga memperkukuh kehadiran Altice di Kepulauan Caribbean, rantau yang ia sudah pun menawarkan siaran televisyen berbayar, jalur lebar berkelajuan tinggi dan perkhidmatan mudah alih di Martinique, Guadeloupe dan French Guyana.

Ketika memberi komen tentang urus niaga itu, Dexter Goei, Ketua Pegawai Eksekutif Altice berkata: "Kami sangat berpuas hati dengan pemerolehan Orange Dominicana yang menunjukkan pertumbuhan yang kuat dan menyediakan – melalui rangkaian komunikasi mudah alih canggih dan pasukan pengurusan berkualiti tinggi – padanan yang sempurna dengan wawasan strategik kami bagi menawarkan perkhidmatan empat penjuru berkualiti tinggi kepada para pelanggan kami. Apabila digandingkan dengan pemerolehan kami terhadap Tricom, ini merupakan satu lagi contoh hebat strategi kami bagi penyatuan serantau dan dalam pasaran."

Latar Belakang Altice

Altice ialah syarikat yang berpusat di Luxembourg, ditubuhkan oleh usahawan telekom Patrick Drahi. Altice dan syarikat sekutunya kini membentuk semula dan mengendalikan syarikat kabel, mudah alih, DSL dan pusat data di Perancis, Israel, Belgium, Luxembourg, Kepulauan Caribbean, Lautan Hindi, Portugal dan Switzerland, lantas berkhidmat untuk kedua-dua pelanggan kediaman serta profesional.

Latar Belakang Orange Dominicana

Orange Dominicana ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjadi salah satu pengendali mudah alih yang menerajui di Republik Dominika. Syarikat itu mengumumkan hasil sebanyak DOP22.8 bilion (USD 581 juta / €451 juta) pada tahun 2012 dan mempunyai tapak pelanggan sebanyak 3.4 juta orang menjelang hujung September 2013. Syarikat itu kini menggajikan kira-kira 1,400 orang kakitangan.

Latar Belakang Grupo Leon Jimenes (GLJ)

Grupo Leon Jimenes ialah konsortium keluarga rantau Caribbean yang ditubuhkan pada tahun 1903. Syarikat GLJ telah beroperasi dalam sektor budi bicara pelanggan/keperluan ruji/kewangan/kertas dan media, terutamanya di Republik Dominika (DR). GLJ aktif dalam pelbagai inisiatif budaya dan sosioekonomi tanpa untung.

Siaran akhbar ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan tidak terdiri daripada atau membentuk sebahagian daripada apa-apa tawaran atau jemputan untuk membeli atau melanggan sekuriti di Amerika Syarikat.

Pengumuman ini bukan sebahagian daripada atau tidak akan, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menjadi sebahagian daripada tawaran awam dan bukan juga jemputan kepada awam berhubung dengan apa-apa tawaran yang dilingkungi dalam takrif Arahan 2010/73/EU Parlimen dan Majlis pada 4 November 2003 seperti yang dilaksanakan oleh Negara Ahli Kawasan Ekonomi Eropah ("Arahan Prospektus"). Tawaran dan jualan Nota itu dibuat menurut pengecualian di bawah Arahan Prospektus, seperti yang dilaksanakan di Negara Ahli Kawasan Ekonomi Eropah, daripada keperluan untuk menghasilkan prospektus bagi tawaran sekuriti.

Beberapa kenyataan yang terkandung dalam penulisan ini bukan berdasarkan fakta sejarah dan merupakan "kenyataan pandang ke hadapan" yang dilingkungi dalam makna undang-undang dan peraturan sekuriti yang boleh digunakan. Berikutan ketidakpastian yang wujud dalam kenyataan pandang ke hadapan, kejadian atau hasil sebenar boleh benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan di sini. Kenyataan pandang ke hadapan ini mencerminkan jangkaan pengurusan Altice betul sehingga tarikh siaran akhbar ini dan tertakluk pada beberapa risiko dan ketidakpastian, termasuklah fakta tawaran yang dicadangkan ini tertakluk pada keadaan pasaran serta faktor lain. Altice tidak bertanggungjawab untuk menyemak kenyataan tersebut bagi mencerminkan kejadian yang berlaku selepasnya.

[1] Jumlah pelanggan mudah alih, Internet, TV dan perkhidmatan suara tetap setakat hujung September 2013

Perhubungan akhbar:
Dennis Okhuijsen, Ketua Pegawai Kewangan Altice, Tel: +35228371079, ir@altice.net

Source: Altice
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Acquisitions, mergers, takeovers