Perjanjian yang diperbaharui ini akan menyaksikan perkhidmatan SVOD, Paramount+ disiarkan di Virgin TV pada tahun 2023 dan pengedaran yang lebih luas bagi TV Pluto, perkhidmatan TV percuma disokong iklan (FAST) yang terkemuka
MUAT TURUN LOGO PARAMOUNT | MUAT TURUN LOGO VIRGIN MEDIA
LONDON, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Paramount dan Virgin Media hari ini mengumumkan perjanjian pengedaran berbilang tahun baharu yang memperluas kerjasama jangka panjang mereka yang sedia ada di seluruh perkhidmatan penstriman dan saluran linear Paramount di UK.
Kerjasama yang diperbaharui ini akan menyaksikan Paramount+, perkhidmatan langganan video atas permintaan (SVOD) global bakal disiarkan di Virgin TV pada tahun 2023. Penyepaduan penuh aplikasi pada kotak atas set Virgin Media akan menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk mengakses lebih 8,000 jam filem blokbuster asal yang eksklusif dan siri ikonik dari setiap genre daripada jenama dan studio penerbitan Paramount yang terkenal di dunia, termasuk SHOWTIME® dan Paramount Pictures.
Melalui perjanjian baharu ini, Pluto TV, perkhidmatan TV percuma disokong iklan (FAST) akan turut memperoleh pengedaran yang lebih luas di UK di perkhidmatan Stream dan TV360 Virgin Media yang canggih, menjangkau pelanggan baharu dan menyediakan akses kepada lebih 100 buah saluran yang disusun atur, termasuk Hell's Kitchen, CSI: Miami dan MTV Movie Hits, saluran bermusim dan bertema seperti Pluto TV Halloween dan Pluto TV Crime serta pelbagai filem dan siri atas permintaan. Tahun 2023 juga akan menyaksikan pelancaran pelbagai saluran TV Pluto pada bahagian FAST khusus dalam panduan program elektronik Virgin TV yang membolehkan para pelanggan mengakses saluran tersebut dengan lancar.
Para pelanggan Virgin Media TV akan terus menikmati beribu-ribu jam hiburan daripada jenama TV berbayar Paramount iaitu MTV, Comedy Central dan Nickelodeon serta pengedaran sedia ada bagi jenama siaran percuma, Channel 5, portfolio saluran digital miliknya dan perkhidmatan atas permintaan Channel 5 iaitu My5.
Sarah Rose, Ketua Pegawai Operasi dan Komersial UK & Kanada, Paramount berkata: "Kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Virgin Media terus membantu kami menawarkan kehebatan kandungan Paramount. Pengedaran perkhidmatan SVOD dan FAS serta Paramount+ dan Pluto TV kami yang lebih luas akan membantu rancangan pertumbuhan kami yang bercita-cita tinggi di UK bagi penstriman serta portfolio saluran TV berbayar dan siaran percuma kami yang popular."
David Bouchier, Ketua Pegawai TV dan Hiburan Virgin Media O2 berkata: "Kami sentiasa berusaha untuk memberikan lebih banyak hiburan yang hebat kepada para pelanggan kami untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja yang mereka mahu. Kerjasama kami yang dipertingkatkan dengan Paramount menawarkan akses bukan sahaja kepada saluran kanak-kanak, muzik, komedi dan drama yang memenangi anugerah, malah termasuk saluran FAST melalui Pluto TV dan SVOD premium dengan Paramount+. Ini merupakan berita hebat kepada para pelanggan kami dan membuatkan mereka lebih teruja untuk menantikannya pada tahun depan."
Tentang Paramount Global
Paramount Global (NASDAQ: PARA, PARAA) ialah sebuah syarikat media dan hiburan global terkemuka yang mencipta kandungan dan pengalaman premium untuk khalayak di seluruh dunia. Didorong oleh perkhidmatan penstriman, rangkaian dan studio yang ikonik, portfolio jenama pengguna miliknya merangkumi CBS, Showtime Networks, Paramount Pictures, Nickelodeon, MTV, Comedy Central, BET, Paramount+, Pluto TV dan Simon & Schuster serta banyak lagi. Syarikat ini menyampaikan bahagian terbesar bagi khalayak televisyen A.S. dan menampilkan salah satu koleksi judul TV dan filem yang paling penting dan besar dalam industri. Selain menawarkan perkhidmatan penstriman dan produk video digital yang inovatif, Paramount Global turut menyediakan keupayaan yang hebat dalam penyelesaian penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Paramount, sila layari www.paramount.com dan ikuti @ParamountCo di platform sosial.
PARA-IR
Tentang Virgin Media O2
Virgin Media O2 telah dilancarkan pada 1 Jun 2021 yang menggabungkan rangkaian mudah alih terbesar dan paling boleh dipercayai di UK dengan rangkaian jalur lebar yang menawarkan kelajuan jalur lebar yang paling pantas yang tersedia secara meluas. Ia merupakan sebuah organisasi yang mengutamakan pelanggan serta menawarkan pelbagai perkhidmatan ketersambungan pada satu tempat dengan satu misi yang jelas: untuk meninggikan martabat negara. Virgin Media O2 ialah jenama korporat yang dibangunkan melalui usaha sama 50:50 antara Liberty Global dengan Telefónica SA serta merupakan salah sebuah perniagaan terbesar di UK.
Virgin Media O2 telah melengkapkan pelancaran kepantasan jalur lebar berskala gigabit di seluruh jejak rangkaiannya pada tahun 2021 dan merancang untuk menaik taraf rangkaian tetapnya di premis kepada gentian penuh yang dijangka akan siap pada tahun 2028. Pada bulan Januari 2022, ia turut mengumumkan bahawa ia akan menjadi satu-satunya rangkaian mudah alih utama yang tidak melaksanakan kembali caj perayauan di Eropah.
Pada masa kini, perniagaan ini menyediakan ketersambungan jalur lebar dan WiFi yang memenangi anugerah ke rumah-rumah serta menyediakan perkhidmatan hiburan yang terhubung. Ia merangkumi siaran TV secara langsung, beribu-ribu jam program atas permintaan dan pelbagai pilihan aplikasi kepada para pelanggan melalui kotak atas set dan di mana-mana sahaja melalui tablet dan telefon pintar.
Ia turut menyediakan perkhidmatan mudah alih 2G, 3G, 4G dan 5G serta merupakan rangkaian pilihan kepada para pengendali rangkaian maya mudah alih seperti giffgaff, Sky Mobile dan Lycamobile, termasuk menguruskan Tesco Mobile yang dibangunkan secara usaha sama 50:50 dengan Tesco.
Perniagaan Virgin Media O2 memainkan peranan utama dalam menyokong sektor awam dan perniagaan dari pelbagai saiz. Ia meliputi pelbagai perkhidmatan ketersambungan terurus dan keupayaan kerja yang fleksibel, keselamatan, cerapan data, rangkaian persendirian 5G dan penyelesaian awan serta perkhidmatan pukal untuk pengendali dan rakan kongsi lain.
Virgin Media O2 komited untuk menggunakan kuasa ketersambungan bagi memperkasakan komuniti di seluruh UK, bertindak untuk merapatkan jurang digital serta membantu membina ekonomi yang rendah karbon, berdaya tahan dan inklusif. Syarikat ini telah menetapkan komitmen yang bercita-cita tinggi untuk mencapai karbon sifar bersih di seluruh operasi, produk dan rantaian bekalannya menjelang akhir tahun 2040.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1747626/Paramount_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1936312/Virgin_Media_Logo.jpg?p=medium600