LONDON, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Walaupun 87% daripada pemimpin digital menjangkakan kemelesetan ekonomi bakal berlaku, tetapi perbelanjaan teknologi global pada tahun ini dijangka akan meningkat pada kadar ketiga paling cepat dalam tempoh lebih 15 tahun, memandangkan lebih separuh (52%) daripada pemimpin digital menjangkakan belanjawan teknologi mereka akan meningkat dan hanya 12% menjangkakan belanjawan mereka berkurangan, menurut penemuan tinjauan yang paling besar dan paling lama dijalankan di dunia terhadap pembuat keputusan teknologi kanan.
Namun begitu Laporan Kepemimpinan Digital Nash Squared, melalui kerjasama dengan CIONET telah mendapati bahawa pelaburan adalah perlahan dalam teknologi baru muncul seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Raya yang mengancam peluang untuk berinovasi di sepanjang tempoh ketidakstabilan ekonomi global yang berlaku. Walaupun pelaburan dalam awan kekal kukuh (63% melaporkan penggunaan pada skala besar), sebaliknya syarikat-syarikat mengurangkan pelaburan mereka dalam semua teknologi lain (Data Raya, AI/ML dan RPA) yang menjadi kunci kepada inovasi serta untuk mendapatkan kelebihan daya saing.
Bev White, Ketua Pegawai Eksekutif Nash Squared berkata:
"Masalah ekonomi semakin memuncak dan penunjuk bertukar menjadi negatif – walaupun berlakunya atau disebabkan oleh perkara ini, perniagaan tahu bahawa pelaburan dalam teknologi kekal penting. Teknologi merupakan pendaya utama bagi memaksimumkan kecekapan ke atas semua perkara yang mereka miliki serta untuk menjadi lebih tangkas dan responsif dalam keadaan yang sangat tidak dapat diramalkan. Walaupun terdapat hasrat pelaburan teknologi yang bakal menjadi tahap ketiga tertinggi dalam tempoh lebih 15 tahun, namun begitu terdapat tanda-tanda bahawa sesetengah perniagaan akan kembali mengekang pelaburan dalam bidang seperti AI dan Data Raya. Punca kepada berlakunya perkara ini adalah sesuatu yang dapat difahami, tetapi organisasi perlu berhati-hati untuk tidak melakukan pengurangan dalam jumlah yang banyak."
Tentang Nash Squared
Nash Squared ialah penyedia penyelesaian bakat dan teknologi global yang terkemuka.
Kami dilengkapi dengan rangkaian yang unik yang merealisasikan potensi pertembungan antara para pekerja dengan teknologi. Selama lebih tiga dekad, kami telah membantu para pelanggan menyelesaikan masalah yang pelbagai dan kompleks, membina dan mengubah keupayaan teknologi dan digital mereka.
Hubungan Media:
David Pippett
ProServ PR
david@proservpr.com
+44 (0) 7899 798197
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1857764/Nash_Squared_Logo.jpg?p=medium600