omniture

CDF Menyimpulkan Penyertaannya dalam Forum FII Riyadh dengan Menonjolkan Peranannya dalam Mendayakan Sektor Kebudayaan Pembangunan

Cultural Development Fund
2022-11-03 21:58 255

Sebagai Rakan Kongsi Strategik FII Institute

RIYADH, Arab Saudi, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Cultural Development Fund (CDF) telah berjaya menyimpulkan penyertaannya dalam Forum Future Investment Initiative (FII) yang berakhir di Riyadh pada hari Khamis di bawah naungan Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz, Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.

Mr. Mohammed Bindayel
Mr. Mohammed Bindayel

Kini dalam edisi keenamnya kali ini, forum FII telah dihadiri oleh pemimpin dunia, ahli perniagaan elit dan pengurus dana global yang terkemuka. CDF berkhidmat sebagai rakan kongsi strategik FII Institute yang menganjurkan forum tersebut yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz dari 25 hingga 27 Oktober dengan matlamat untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang tersedia bagi memacu pertumbuhan ekonomi, memperkasakan inovasi, memanfaatkan teknologi canggih dan mengatasi cabaran global.

Semasa perbincangan panel yang bertajuk "Ekonomi Pencipta Seterusnya," Mohammed Bindayel, Ketua Pegawai Eksekutif CDF membincangkan bagaimana teknologi moden dan media baharu sedang mengubah wajah budaya dan membantu memupuk trend yang dapat membuka peluang menarik untuk format budaya termasuk muzik dan filem.

Encik Bindayel menggariskan peranan inovasi ini dalam mengurangkan halangan antara pencipta budaya dengan penonton mereka yang memudahkan sumber keuntungan baharu untuk menyokong sektor ini dan mengukuhkan sumbangannya kepada ekonomi Kerajaan Arab Saudi. Beliau juga menekankan pertumbuhan pesat ekonomi pencipta dan bagaimana perkara ini membantu memperkasakan para pencipta dan pelabur dalam setiap aspek budaya.

Dalam satu perbincangan berwawasan yang bertajuk "Film Enablers - Boosting The Regional Film Industry (Penggalak Filem - Merancakkan Industri Filem Serantau)," Faisal Al-Aseeri, Pengarah Program Pembiayaan Sektor Filem CDF, menekankan kepentingan pembuatan filem dalam mengembangkan ekonomi negara dengan menerangkan kelebihan industri ini yang dapat menarik pelaburan, mempromosikan destinasi kepada pelancong dan menyerlahkan landskap kesenian dan kebudayaan yang unik.

Encik Al-Aseeri turut menekankan kepentingan kerjasama organisasi swasta dan awam dalam pembiayaan pembuatan filem. Melalui sinergi ini, beliau mengulas, pembuat filem tempatan boleh mendapatkan akses kepada sumber yang tepat yang diperlukan untuk membina set filem dan menyediakan lokasi penggambaran untuk penerbitan filem kebangsaan dan global.

Pavilion CDF di forum FII telah dibuka untuk perbincangan umum tentang kepentingan melabur dalam sektor kebudayaan dan bagaimana perkara ini dapat membantu mendorong pertumbuhan ekonomi. Pavilion tersebut juga membiasakan khalayak dengan pelbagai program CDF yang bertujuan menyediakan instrumen pembiayaan yang mampan.

Sepanjang kehadirannya di forum FII tersebut, CDF berusaha secara aktif untuk menyebarkan kesedaran tentang peranannya dalam pertumbuhan ekonomi dan memberi insentif kepada organisasi swasta dan bukan berkeuntungan untuk mengambil bahagian dalam membina pertumbuhan yang lestari dalam ekosistem budaya serta menarik modal dan menggalakkan institusi kewangan untuk melabur dalam kebudayaan dengan menonjolkan potensi besar sektor ini.

Usaha ini sejajar dengan objektif FII Institute dalam membina rangkaian peneraju global yang efektif serta memberi penerangan tentang sektor baru muncul yang dijangka akan membentuk masa depan pelaburan antarabangsa dan ekonomi global dalam masa beberapa dekad yang akan datang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1932762/CDF_Mohammed_Bindayel.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1932763/Cultural_Development_Fund.jpg?p=medium600

CDF's CEO During the Session
CDF's CEO During the Session

 

Source: Cultural Development Fund
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit