omniture

Lightning Cat GWM ORA Dilancar dengan Penekanan ke atas Keselamatan

GWM
2022-11-04 00:37 232

BAODING, China, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 31 Oktober, GWM ORA melancarkan model elektrik tulen yang dikenali sebagai Lightning Cat (untuk pasaran Cina) di China, yang diperkenalkan di Pameran Motor Paris 2022 baru-baru ini.

Lightning Cat GWM ORA Dilancar dengan Penekanan ke atas Keselamatan
Lightning Cat GWM ORA Dilancar dengan Penekanan ke atas Keselamatan

Di majlis pelancaran Dong Yudong, Ketua Pegawai Eksekutif jenama ORA, memperkenalkan sorotan penting kereta baharu itu kepada orang ramai. Beliau juga telah dianugerahkan "Collision Challenge Certificate" TOP Safety CATARC (China Automotive Technology & Research Center) untuk Lightning Cat yang dikeluarkan oleh Zhang Jinhuan dari China Society of Automotive Engineers.

Terlebih dahulu, Lightning Cat diuji oleh CATARC berhubung olengan lingkaran dan jatuh berkelajuan tinggi. Ujian berkenaan diambil di tapak CATARC yang dibenarkan. Sebelum ia bermula, fungsi-fungsi memandu terbantu pintar model tersebut kesemuanya dimatikan. Kemudian, ia dikendalikan oleh sebuah robot untuk berlari pada kelajuan 60km/j ke arah jambatan satu sisi berbentuk lingkaran dan mengakibatkan perlanggaran besar yang menyebabkan kereta tersebut berguling 540° dan jatuh ke dalam lubang. Jarak jatuh maksimum dalam ujian tersebut ialah lebih 6 meter.

Selepas ujian tersebut, ruang penumpang model tersebut kekal dalam keadaan baik dan memberi ruang hunian yang mencukupi untuk penumpang agar terselamat daripada kemalangan. Struktur di dalam pek bateri adalah utuh dan tiada kebocoran elektrolit atau pembakaran spontan diperhatikan selepas 24 jam dibiarkan tegak berdiri.

Lightning Cat ORA mengguna pakai struktur kereta seperti sangkar. Badannya diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi. Keluli terap-panas termaju dengan kekuatan maksimum 2,000 MPa diterima pakai untuk tiang A/B model tersebut. Kesemua ini dapat menjamin keselamatan kenderaan dan penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

Bateri tanpa-Bimbang model tersebut juga lulus 4 ujian keselamatan CATARC khas untuk bateri di bawah keadaan melampau. Tiada kebakaran atau letupan yang disebabkan oleh tusukan pin, api dan ujian-ujian lain.

Pelbagai fungsi pintar bantuan pemanduan, yang dimatikan dalam ujian tersebut, turut menjadi sorotan Lightning Cat ORA. Ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan pintar ORA-PILOT 3.0 yang dapat mengenal pasti kenderaan, pejalan kaki, basikal dan lain-lain dengan pintar melalui kamera dan radarnya. Dalam kes jarak yang tidak selamat dari halangan, sistem tersebut dapat menghidupkan penggera secara automatik dan mengambil langkah-langkah kecemasan untuk mengurangkan risiko.

Reka bentuk bahagian luarnya, sistem kuasa dan ciri-ciri menarik yang lain turut dipamerkan di upacara pelancaran. Dengan reka bentuk estetik yang amat diperkemas, model tersebut mempunyai pekali seret yang amat rendah iaitu 0.22Cd. Ia dilengkapi dengan spoiler belakang elektrik adaptif, yang terbuka secara automatik apabila kelajuan melebihi 70km/j untuk memisahkan aliran udara belakang dengan cepat. Lightning Cat ORA dijual dalam pelbagai versi dalam pasaran Cina termasuk versi dengan motor dwi elektrik dan sistem pacuan empat roda yang menawarkan kuasa maksimum 300kW dan tork maksimum 680N•m.

GWM ORA dijangka membawa lebih banyak model elektrik tulen berkualiti tinggi kepada pengguna global dan memberi pengalaman perjalanan yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih pintar.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation