omniture

PingPong bakal Dilancar di Singapura, Perkukuh Liputan Serantau dan Sediakan Penyelesaian Pembayaran Inovatif untuk pelanggan Asia Tenggara

PingPong
2022-11-04 01:28 210
  • Meluaskan kehadiran dan mengukuhkan keupayaan dalam-pasaran dengan pejabat baharu Singapura

HANGZHOU, China, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- PingPong ("Syarikat"), penyedia penyelesaian pembayaran global, membuat kemunculan sulung di Singapore FinTech Festival (SFF) 2022 (2-4 November 2022) untuk memperkenalkan perkhidmatan pembayaran sehenti terkininya dan penyelesaian rentas sempadan yang komprehensif untuk peniaga dalam talian, institusi kewangan, platform teknologi dan perusahaan. Semasa berlangsungnya acara tersebut, syarikat ini turut mengumumkan bahawa ia sedang memohon Lesen Bayaran Utama di Singapura dan merancang untuk membuat pelancaran di Singapura setelah mendapat kelulusan daripada pengawal selia.

Pelopor dalam menyediakan penyelesaian pembayaran hujung-ke-hujung untuk perniagaan rentas sempadan global, PingPong menawarkan kepada penjual e-dagang global dengan keupayaan untuk mengurus pelbagai mata wang pada platform tunggal yang selamat di seluruh A.S., Eropah dan Asia. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015, syarikat ini telah berkembang dengan pesat dan sehingga hari ini, lebih satu juta peniaga menggunakan teknologinya untuk cukai bernilai tambah, rentas sempadan dan bayaran pembekal. TPV syarikat ini telah mencecah lebih USD 90 bilion menjelang penghujung September 2022.

PingPong mengukuhkan liputannya di Asia Tenggara tatkala tabiat membeli dan menjual di rantau ini berubah secara mendalam susulan cabaran pandemik global yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pada tahun 2022, ekonomi digital Asia Tenggara dijangka berkembang sebanyak 20%, menghampiri $200 Bilion GMV. PingPong berkedudukan baik untuk menguasai pertumbuhan e-dagang rentas sempadan di Asia Tenggara menerusi pengalaman luasnya bekerjasama dengan peserta-peserta huluan dan hiliran dalam ekosistem pembayaran e-dagang dan menyediakan perkhidmatan kewangan rentas sempadan yang berkualiti tinggi untuk perusahaan daripada semua saiz di rantau ini.

Cyrus Tong, Ketua Pegawai Pematuhan Serantau, berkata, "Di PingPong, kami membantu ratusan ribu pelanggan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh dunia. Platform disuai tugas dan sokongan kami merangkumi pengupaya e-dagang yang penting di seluruh dunia seperti Amazon dan Shopify."

"Kami memahami kegelisahan pelanggan kami apabila mereka menceburi pasaran baharu terutamanya kawasan yang pelbagai seperti Asia Tenggara, yang terdiri daripada 11 negara, 7 bahasa utama dan pelbagai mata wang tempatan. Namun, ia juga merupakan salah satu pasaran yang paling menarik untuk e-dagang ketika ini kerana kebanyakan penduduk adalah muda dan celik digital. Pasukan kami menyediakan rangkaian penyelesaian komprehensif yang membenarkan bayaran global dibuat pada kos yang lebih rendah dan kelajuan lebih tinggi dan paling penting, membantu pelanggan kami mengemudi pematuhan rentas sempadan dan kerumitan kawal selia, yang merupakan antara kebimbangan utama yang dirasai oleh mereka apabila menubuhkan perniagaan e-dagang mereka melangkaui sempadan."

Di Singapore Fintech Festival 2022, yang bertema "Membina Model Perniagaan Bingkas di tengah-tengah Ketidaktentuan dan Perubahan", PingPong membawakan perkhidmatan pembayaran sehentinya yang diwujudkan untuk perniagaan kecil-hingga-sederhana. Ia menyokong pembayaran darat/luar pesisir dalam 16 mata wang utama dan membolehkan peniaga serta pembekal mengurus transaksi antarabangsa dan menjejak pembayaran pada waktu sebenar.

Satu lagi sorotan ialah penyelesaian perbendaraan dan pembayaran sehenti. Sebuah ekosistem yang menyokong 266 kaedah bayaran tempatan dengan lebih 50 mata wang, penyelesaian ini menghubungkan ratusan ribu peniaga dan platform e-dagang GMV dan ekonomi digital bernilai trilion-dolar. Ia mengupayakan platform dan institusi kewangan untuk memanfaatkan potensi besar industri e-dagang yang berkembang dengan pesat. Peluang perniagaan di lebih 200 negara dengan 5 bilion jangkauan dapat diterokai dengan satu klik butang.

Latar Belakang PingPong

Ditubuhkan pada tahun 2015, PingPong ialah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang dibina berdasarkan visi global yang memperkasa perdagangan digital rentas sempadan untuk berkembang. Kami merupakan salah satu daripada penyedia penyelesaian pembayaran dan perdagangan digital terbesar yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan global. Rangkaian produk sehenti, patuh dan komprehensif kami merangkumi pembayaran e-dagang, pembayaran dagangan B2B, perkhidmatan pemerolehan, pengeluaran kad, pengurusan FX, kewangan rantai bekalan, perkhidmatan cukai VAT, penyelesaian perusahaan, perisian perisikan perniagaan dan banyak lagi.

Pada hari ini, PingPong telah menampung aliran perniagaan dari lebih 200 negara/wilayah. Infrastruktur global kami yang diuji dan terbukti telah memproses volum transaksi sebanyak lebih $90 bilion dan menghubungkan lebih 100 pasaran e-dagang antarabangsa dan rakan ekosistem serta lebih 100 institusi kewangan antarabangsa.

PingPong telah menubuhkan lebih 20 pejabat global dan memegang lesen dan permit operasi pembayaran, forex, pembiayaan dan internet yang relevan dalam ekonomi-ekonomi yang terbesar di dunia termasuk A.S., Eropah, Rantau Besar China, Jepun dan India.

https://www.pingpongx.com/

 

Source: PingPong
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Trade show news Financial Technology