omniture

Sakit Kanser yang Tidak Dirawat ialah 'Skandal Berskala Global', Menurut Kaji Selidik Pimpinan ESMO

European Society for Medical Oncology
2013-11-28 16:00 162

LUGANO, Switzerland, 28 November 2013 /PRNewswire/ -- Kajian global baharu menunjukkan wujudnya pandemik kesakitan tidak terhingga yang dideritai berbilion orang, disebabkan oleh kawal selia berlebihan untuk ubat-ubatan penahan sakit

Satu kaji selidik antarabangsa menggemparkan yang diterbitkan hari ini menunjukkan lebih separuh populasi dunia tinggal di negara dengan kawal selia yang bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan ubat-ubatan, lalu menyebabkan pesakit tidak mendapat akses kepada ubat-ubatan opioid untuk menguruskan kesakitan akibat kanser.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131128/654773)

Hasil daripada projek Inisiatif Polisi Opioid Global (GOPI) menunjukkan lebih 4 bilion orang tinggal di negara yang kawal selia menyebabkan pesakit kanser menderita akibat kesakitan yang amat sangat. Kerajaan kebangsaan mesti mengambil langkah pantas bagi mempertingkatkan akses kepada ubat-ubatan ini, kata ESMO, bersama 22 rakan kongsi yang melancarkan kaji selidik global pertama ini bagi menilai ketersediaan ubat-ubatan opioid untuk pengurusan kesakitan akibat kanser.

Foto dengan peta Ringkasan bilangan jenis penghalang kawal selia [http://www.esmo.org/Press-Office/Press-Releases/Untreated-Cancer-Pain]

"GOPI telah mendedahkan pandemik kawal selia berlebihan dalam kebanyakan negara membangun yang sangat menyukarkan usaha menyediakan ubat-ubatan asas bagi melegakan kesakitan kuat akibat kanser," kata Nathan Cherny, Pengerusi Kumpulan Tugas Penjagaan Paliatif ESMO, ketua penulis laporan itu, Pusat Perubatan Shaare Zedek, Israel. "Kebanyakan populasi dunia kekurangan akses yang perlu untuk opioid bagi pengurusan kesakitan akibat kanser serta penjagaan paliatif."

"Apabila mengenangkan rawatan yang berkesan sebenarnya murah dan senang didapati, kesakitan kanser yang tidak dirawat serta akibatnya yang memudaratkan bagi pesakit serta keluarga mereka boleh dianggap sebagai skandal berskala global," kata Cherny.

Kajian yang dijalankan di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah menilai ketersediaan tujuh ubat-ubatan opioid yang dianggap penting untuk melegakan kesakitan akibat kanser oleh Senarai Model Ubat-ubatan Penting WHO dan Persatuan Antarabangsa untuk Hospis dan Penjagaan Paliatif: kodeina, oksikodon oral, fentanil suntikan kulit, morfin oral yang diberikan dengan kadar segara dan lepas perlahan, morfin boleh suntik, metadon oral.

Walaupun terdapat masalah dengan bekalan di kebanyakan negara, masalah utamanya ialah kawal selia berlebihan yang menyukarkan para profesional penjagaan kesihatan memberi preskripsi dan memberikan ubat itu bagi penggunaan perubatan yang sah.

"Ini merupakan tragedi yang timbul daripada niat yang baik," kata Cherny. "Apabila ubat-ubatan opioid dikawal selia secara berlebihan, langkah-langkah pengawasan untuk mengelakkan penyalahgunaan dan pengalihan penggunaan dibuat secara berlebihan juga dan menjejaskan kemampuan sistem penjagaan kesihatan bagi melegakan penderitaan sebenar."

"Langkah seterusnya adalah untuk organisasi antarabangsa dan kebangsaan bekerjasama dengan kerajaan dan pengawal selia untuk berfikir panjang bagi menangani masalah ini," tambah penulis bersama James Cleary, Pengarah Kumpulan Kajian Kesakitan dan Polisi serta Pengarah Pengasas Perubatan Paliatif, Pusat Kanser UW Carbone, Wisconsin, AS.

"Perubahan kawal selia perlu digandingkan dengan pendidikan penyedia penjagaan kesihatan bagi penggunaan ubat-ubatan opioid secara selamat dan bertanggungjawab, pendidikan orang awam bagi menghapuskan stigma terhadap analgesik opioid dan infrastruktur yang lebih baik untuk bekalan dan pengedaran."

Baca berita penuh di sini: http://www.esmo.org/Press-Office/Press-Releases/Untreated-Cancer-Pain

Tentang ESMO

Persatuan Onkologi Perubatan Eropah ialah organisasi profesional Eropah yang menerajui dan komited untuk memajukan kepakaran onkologi perubatan bagi memajukan penjagaan dan penawar kanser. http://www.esmo.org

Perhubungan media:
Pejabat Akhbar ESMO
media@esmo.org
+41-91-9731907

SUMBER  Persatuan Onkologi Perubatan Eropah

Source: European Society for Medical Oncology
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research