omniture

Trina Solar takrifkan produk hitam estetik dengan teknologi tinggi, bawakan modul Vertex S baharu ke seluruh dunia

Trina Solar Co., Ltd
2022-11-04 03:01 269

CHANGZHOU, China, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Modul Estetik Vertex S Trina Solar, produk dinaik taraf yang amat dinanti-nantikan oleh pelanggan global, telahpun tiba di Eropah, Australia, Jepun dan pasaran-pasaran lain baru-baru ini. Ia merupakan modul PV solar pertama memenangi Red Dot Award dan kini menggamit perhatian ekoran prestasinya yang cekap dan andal serta reka bentuk dan penampilan visual yang luar biasa, menjadikannya produk kegemaran antara bumbung solar teragih dalam pasaran global.

Modul Estetik Vertex S, satu inovasi perintis, menakrifkan kategori modul solar hitam estetik melalui teknologi menyeluruh yang terbaik dan tepat termasuk sel, bas bar, kepingan belakang, bingkai, kaca, modul dan pempakejan, penghantaran, pembongkaran dan pemasangan dalam senario bumbung.

Reka bentuk dengan standard tinggi ini menarik dari segi estetik menerusi setiap perincian, bertujuan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan pengalaman teknologi tinggi dan estetik yang menyeronokkan yang wujud bersama dengan harmoni.


Trina Solar, yang sangat peka akan permintaan pelanggan terhadap produk yang sofistikated dari segi teknologi dan menarik secara estetik, menjadi salah sebuah syarikat terkemuka yang pertama dalam industri ini yang membangunkan dan melancarkan modul PV hitam estetik.

Takrifkan Modul Estetik melalui tiga dimensi

1. Sel solar hitam menakrifkan prinsip estetik yang ketat

Trina Solar komited untuk menaik taraf secara inovatif teknologi pembentukan filem, meningkatkan keupayaan pemprosesan grafik penampilan sel melalui penyelesaian algoritma penglihatan automatik yang ketat, bagi mencapai kekonsistenan dalam warna dan bebas daripada sebarang kesilapan.

2. Modul hitam estetik memantapkan kriteria keseragaman warna 

Kaca estetik: Trina Solar membangunkan dan mengaplikasikan secara inovatif teknologi kaca ARC (salutan antipantulan) dwi lapisan yang menyampaikan kesan hitam yang lebih konsisten kepada modul solar dan mengurangkan pantulan kaca.

Keseragaman: Modul Estetik Vertex S turut memberi kawalan yang ketat ke atas keseragaman kekromatan hitam, menjadikan penampilan yang lancar dan tanpa calar, seterusnya memastikan kestabilan dan kekonsistenan yang tinggi dari segi rona, kecerahan dan keseragaman.

Dalam bulan Oktober, Trina Solar, dipimpin oleh Persatuan Industri Fotovolta China, membangunkan piawaian kumpulan untuk kekromatan salutan.

3. Bumbung solar hitam estetik menawarkan celik-teknologi menyeluruh dan pengalaman estetik  

Beberapa baris modul hitam estetik, dipasang pada satah yang sama, memberikan kesan hampir hitam sepenuhnya yang seragam dan konsisten, tanpa mengira jenis bumbung dan sudut kecondongan, beradun dengan sempurna bersama bangunan dan kawasan sekitar.

Bagi menyampaikan pengalaman hitam yang menyeluruh, Trina Solar turut menerima pakai kaedah penilaian khusus-senario pemasangan luar untuk memeriksa dengan tepat.

Untuk maklumat terperinci dan teknikal, sila kunjungi: https://mgr.trinasolar.com/en-glb/resources/newsroom/matrina-solar-defines-aesthetic-black-product-high-tech-delivering-new-vertex-s

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities New products/services