omniture

Mobilewalla Lancar LendBetter, Tingkatkan Rangkuman Kewangan dalam Pasaran Baru Muncul

Mobilewalla
2022-11-04 08:24 155

LendBetter ialah Penyelesaian Inovatif yang Membantu Syarikat Teknologi Kewangan (Fintech) Memaksimumkan Kelulusan Pinjaman pada Risiko Mungkir yang Lebih Rendah

SINGAPURA, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Mobilewalla, peneraju global bagi penyelesaian kecerdasan pengguna, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran tawaran terbaru untuk pemberi pinjaman digital, LendBetter, di Singapore Fintech Festival 2022. 

Dengan memanfaatkan repositori maklumat pengguna global yang paling komprehensif dalam industri ini, LendBetter berkedudukan unik untuk menyediakan kepada pemberi pinjaman digital dengan data dan ciri-ciri prediktif berpandukan AI yang berkualiti tinggi secara meluas, membantu mereka menambah baik penilaian kredit mereka dan proses pemerolehan pelanggan. LendBetter turut menawarkan kepada institusi kewangan dengan skor risiko yang mudah diintegrasikan yang dikuasakan oleh pembelajaran mesin sofistikated yang sangat boleh meramalkan kelayakan kredit untuk peminjam yang baru mengenali kredit (new-to-credit). Ini membolehkan pemberi pinjaman digital untuk menawarkan pinjaman kepada pengguna yang mempunyai sedikit maklumat kredit terdahulu, lalu meningkatkan dengan ketara akses-kepada-kredit dan memberi kesan positif kepada rangkuman kewangan dalam pasaran-pasaran baru muncul.

Bekerjasama erat dengan pelbagai syarikat teknologi kewangan di Asia Tenggara dan Asia Selatan sepanjang tahun lalu, LendBetter telah menjana hasil yang positif untuk pelanggan awal ini dengan meningkatkan kualiti pemerolehan menerusi penggunaan ciri-ciri berpandukan AI sebagai sebahagian daripada proses penilaian kredit.

"Pemahaman mendalam LendBetter terhadap tingkah laku pengguna membantu kami untuk meningkatkan kualiti pemerolehan kami dengan mengurangkan penipuan, membolehkan kami menawarkan kredit dengan lebih yakin," kata Paramananda Setyawan, Ketua Pegawai Data dengan FinAccel, sebuah syarikat teknologi kewangan terkemuka yang memfokuskan untuk mencipta semula perkhidmatan kewangan di Asia Tenggara. "Perkongsian kami dengan Mobilewalla melengkapkan cita-cita pertumbuhan kami. Kami berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan mereka bagi membantu lebih ramai orang mendapat akses yang lebih mudah kepada kredit."

"Dengan industri kami yang mula-mula menawarkan LendBetter, Mobilewalla teruja untuk bekerjasama dengan pemberi pinjaman digital dalam pasaran-pasaran baru muncul bagi mengupayakan rangkuman kewangan untuk mereka yang baru mengenali kredit," kata Anindya Datta, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Mobilewalla. "Lendbetter memberi akses kepada data pengguna berpandukan AI, patuh privasi secara meluas, membolehkan mereka untuk meluluskan lebih banyak kredit pada risiko mungkir yang berkurang. Rakan-rakan kongsi kami mendapati ciri-ciri kalis masa depan dan skor kami sangat boleh meramalkan tingkah laku pengguna dan boleh diintegrasikan dengan mudah untuk pelbagai keadaan penggunaan mencakupi pemerolehan pelanggan, pengurusan risiko dan pencegahan penipuan."

Syarikat-syarikat teknologi kewangan yang berminat untuk meneroka nilai LendBetter boleh memuat turun sampel set data dan memohon ujian API secara langsung di https://www.mobilewalla.com/api-request.

Latar Belakang Mobilewalla

Mobilewalla ialah peneraju bagi penyelesaian kecerdasan pengguna, menggabungkan set data yang paling mantap dalam industri ini dengan kepakaran kecerdasan buatan mendalam untuk membantu organisasi-organisasi memahami, memodelkan dan meramalkan tingkah laku pengguna dengan lebih baik.

 

Source: Mobilewalla
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology