omniture

Forum Komunikasi Antarabangsa: Ke arah dunia lebih adil, lebih selamat

Friday Culture Limited
2022-11-04 10:47 197

Para pemimpin antarabangsa dan ilmuwan berkongsi Perspektif untuk Melangkah ke Hadapan

HONG KONG, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Forum Komunikasi Antarabangsa: Ke arah dunia lebih adil, lebih selamat", dianjurkan secara bersama oleh Friday Culture Limited dan Hong Kong Coalition, diadakan pada 2 November. Forum berkenaan dirasmikan oleh En John KC LEE, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong; Cik LU Xinning, Timbalan Pengarah, Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di HKSAR; En. YANG Yirui, Timbalan Pesuruhjaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Rakyat China di HKSAR; Puan Regina IP, Pengerusi Anggota-anggota Bukan-rasmi Majlis Eksekutif HKSAR; Dr Herman HU, Pengerusi, Friday Culture Limited; Dr Kennedy WONG, Naib Setiausaha Agung, Hong Kong Coalition; En. Patrick Tsang, Ketua Pegawai Eksekutif, Chow Tai Fook Enterprises Limited.

From left: Patrick Tsang, Regina Ip, Lu Xinning, John KC Lee, Yang Yirui, Herman Hu, Kennedy Wong
From left: Patrick Tsang, Regina Ip, Lu Xinning, John KC Lee, Yang Yirui, Herman Hu, Kennedy Wong

Dr Herman Hu telah menyebut dalam ucapan alu-aluan beliau bahawa "Hari ini, banyak suara yang cuba menceritakan kisah yang lebih luas, lebih mendalam, lebih adil tentang apa yang berlaku di bandar kita dan negara kita. Apabila kita menyatukan minda kita bersama-sama, kita dapat menyelesaikan masalah dengan baik."

Forum berkenaan melibatkan dua perbincangan panel, panel pertama membincangkan "Mencapai keadilan dalam dunia terpolarisasi." En. Patrick TSANG, mempengerusikan panel bersama beberapa tetamu kehormat termasuk Puan Regina IP; En. Amr Wafik Mohamed ELHENAWY, Konsul Jeneral bagi Konsulat Jeneral Mesir di Hong Kong, China; En. Chandran NAIR, Pengasas, Global Institute for Tomorrow dan En. Nick CHAN, Pengarah AALCO Hong Kong Regional Arbitration Centre.

Panel kedua memberi tumpuan kepada "Keselamatan, dari perspektif individu kepada global". Perbincangan berkenaan dipengerusikan oleh Prof Witman HUNG, Ahli Global Council, World Summit Awards dan pandangan dikongsi oleh CHEUNG Kwok Kwan, Timbalan Setiausaha untuk Keadilan; Cik YANG Meng Yang, Pengarah Eksekutif, CICC Capital Management Department, China International Capital Corporation Hong Kong Asset Management Limited; Dr William YU, Ketua Pegawai Eksekutif, World Green Organisation dan En. Laurie PEARCEY, bekas Ketua Eksekutif China-Australia Business Council.

Latar Belakang Friday Culture Limited

Ditubuhkan pada tahun 2021, Friday Culture Limited ialah sebuah syarikat media berbilang dimensi yang meraikan kepelbagaian budaya, menggalakkan keamanan dan berkongsi pandangan. Sila kunjungi Laman Sesawang Friday Culture: www.fridayeveryday.com .

Latar Belakang Hong Kong Coalition

Ditubuhkan pada tahun 2020 bersama En. Tung Chee Hwa dan En. Leung Chun-ying, Hong Kong Coalition bertujuan untuk menyokong Hong Kong dalam menangani kesukaran, mencapai kejayaan lebih tinggi dengan mendukung prinsip "Satu Negara, Dua Sistem".

Untuk memuat turun foto acara: https://drive.google.com/drive/folders/1Dk3fliURQVMuZTtTsampDx_ouHxVipLY?usp=sharing

 

Source: Friday Culture Limited
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news