omniture

Abu Dhabi mengalu-alukan kedatangan para pengunjung untuk merasai pengalaman mengikut rentak mereka sendiri

Department of Culture and Tourism - Abu Dhabi
2022-11-04 12:00 148
  • Kempen baharu Experience Abu Dhabi menjemput seluruh dunia untuk merasai pelbagai pengalaman yang memperkaya dan tidak dapat dilupakan yang tersedia sepanjang tahun dalam selang masa beberapa minit 
  • Hospitaliti Emiriyah merupakan teras kepada setiap detik yang penting dalam pengalaman ini: suatu budaya kehidupan yang akan memberikan perasaan kepada para pengunjung seperti di rumah sendiri walaupun berada jauh dari rumah 
  • Dengan pengalaman yang memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan, ia merupakan sesuatu yang boleh dialami dan dinikmati oleh semua orang mengikut rentak mereka sendiri 

ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi) telah melancarkan kempen terbarunya: Experience Abu Dhabi. Cari Rentak Anda. Kempen ini berkongsi pelbagai pengalaman yang memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan, yang mengalu-alukan kedatangan seluruh dunia untuk datang dan menikmati detik-detik penting yang tidak dapat dilupakan – dengan cara mereka sendiri serta mengikut rentak mereka sendiri.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia ini, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/9108351-abu-dhabi-welcomes-visitors-discover-experiences-own-pace/

Experience Abu Dhabi menunjukkan perhubungan yang lancar antara kekayaan warisan budaya bersama-sama dengan pengalaman yang menarik. Pulau Yas mengalu-alukan kedatangan dunia dengan aktiviti taman tema dan tarikan tepian pantai sepanjang tahun, dengan acara dan hiburan untuk seisi keluarga dan semua peringkat umur. Hanya 15 minit daripada Pulau Yas, terdapat Pulau Saadiyat yang dipenuhi dengan budaya kehidupan yang terletaknya seni bina Louvre Abu Dhabi yang memberikan inspirasi abadi dan tidak dapat dilupakan.

Terletak di tengah-tengah pulau ini, Saadiyat Cultural District (Kawasan Kebudayaan Saadiyat) menganjurkan acara dan pameran komuniti di Manarat Al Saadiyat, bersama-sama dengan Berklee Abu Dhabi iaitu institut muzik kontemporari dan seni persembahan yang terkemuka. Pada masa hadapan, kawasan ini juga akan menempatkan Muzium Sejarah Semula Jadi Abu Dhabi, Guggenheim Abu Dhabi, Muzium Negara Zayed dan kesenian teamLab Phenomena Abu Dhabi yang mengasyikkan. Terdapat pantai dan laluan pantai yang bersih berdekatannya yang dipenuhi dengan pilihan kafe dan tempat makan di Mamsha Al Saadiyat untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Dengan hanya satu jam perjalanan daripada pengalaman pulau yang luar biasa ini, Abu Dhabi menjemput para pengunjung untuk menyemarakkan rasa ingin tahu mereka dengan mengunjungi tapak Warisan Dunia UNESCO di Al Ain bagi menikmati pengembaraan dan ketenangan di antara bukit pasir gurun serta merasai zaman silam Abu Dhabi yang menarik dengan muzium-muzium dan kubu purba yang ikonik.

Memperkayakan pengalaman sepanjang tahun

Kempen ini mengalu-alukan kedatangan dunia untuk menikmati pengalaman Abu Dhabi yang memperkayakan mengikut rentak mereka sendiri, dengan:

Inspirasi budaya: masa lalu, masa kini dan masa depan 

Terokai tempat peringatan negara yang menceritakan sejarah Abu Dhabi, Qasr Al Hosn, sebuah bangunan batu abad ke-18 yang terletak di tengah-tengah bandar.  Ia juga menempatkan House of Artisans yang meraikan warisan dan tradisi ketukangan Emiriyah yang berkekalan. Dalam hari yang sama, anda juga boleh menemui inspirasi di Louvre Abu Dhabi melalui seni bina, koleksi seni dan artifak yang menakjubkan.

Detik-detik kembali ke alam semula jadi yang memulihkan badan dan jiwa 

Daripada aktiviti melihat bintang dan perkhemahan mewah di Jebel Hafit Desert Park hingga berjalan kaki di laluan oasis yang teduh di bandar taman Al Ain, para pengunjung juga boleh menikmati pantai-pantai yang disinari matahari di Pulau Saadiyat, melihat safari hidupan liar di Pulau Sir Bani Yas dan pergi ke padang pasir yang menenangkan di Empty Quarter.

Keseronokan untuk semua orang, sepanjang tahun

Kawasan berpasir Abu Dhabi menawarkan peluang yang tidak berkesudahan untuk menaiki kereta bugi dan bermain luncur pasir, sambil menikmati keseronokan taman tema tertutup terbesar di dunia, Warner Bros. World Abu Dhabi di Pulau Yas akan mencipta kenangan yang kekal seumur hidup. Dengan hanya beberapa minit perjalanan, temui Litar F1 Yas Marina yang terkenal di dunia serta rasai pengembaraan aktiviti dalaman di CLYMB dan Ferrari World Abu Dhabi.

Pelbagai acara untuk dinikmati oleh semua orang 

Abu Dhabi ialah sebuah hab global untuk acara dengan jadual yang penuh dengan aksi yang mempunyai segalanya untuk dinikmati oleh semua orang. Selain daripada menganjurkan permainan NBA yang pertama di rantau ini serta acara tinju UFC dan WBA baru-baru ini dengan tiket yang habis terjual, Abu Dhabi turut mempesonakan seisi keluarga dan para pengunjung yang lebih muda dengan penampilan sulung pertunjukan Broadway di Timur Tengah yang terkenal di peringkat antarabangsa, iaitu muzikal The Lion King Disney serta Disney on Ice yang mengagumkan.

Pada masa akan datang, para pencinta muzik boleh merasa teruja dengan persembahan oleh Andrea Bocelli, Post Malone, Imagine Dragons, Blackpink, Sting dan John Legend, serta Kendrick Lamar dan Swedish House Mafia yang akan mengetuai konsert di Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix.

Gambar di bawah: Al Ain Oasis yang damai, aktiviti dalaman menyeronokkan di Warner Bros. World Abu Dhabi, safari hidupan liar di Pulau Sir Bani Yas dan hidangan Emiriyah yang memenangi anugerah di Mezlai di Emirates Palace. Dengan begitu banyak pengalaman yang memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan, Abu Dhabi menawarkan pengalaman untuk semua orang dan begitu banyak yang menanti untuk ditemui mengikut rentak anda sendiri.

Mula merancang perjalanan anda sekarang di: visitabudhabi.ae.

Imej beresolusi tinggi tersedia: di sini.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1937804/Find_Your_Pace.mp4
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1936230/DCT_Abu_Dhabi.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1936236/DCT_Abu_Dhabi_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Experience the serenity of Jubail Island’s sprawling mangroves
Experience the serenity of Jubail Island’s sprawling mangroves

 

 

 

Source: Department of Culture and Tourism - Abu Dhabi
Keywords: Travel Broadcast feed announcements New products/services