Melalui kerjasama dengan arkitek stadium terkenal, MEIS dan pembina metaverse rintis, Spatial, stadium sepanjang 1km yang boleh menempatkan 90,000 penonton, direka untuk mempamerkan minat Hublot terhadap bola sepak, reka bentuk dan komuniti.
NYON, Switzerland, 4 November 2022 /PRNewswire/ -- Satu lagi yang pencapaian buat pertama kali oleh Penjaga Masa Rasmi dunia bola sepak iaitu pembuat jam tangan mewah Switzerland, Hublot, dengan menyertai bidang metaverse melalui pelancaran 'Stadium Metaverse Hublot Loves Football'. Dengan ruang sukan hibrid, seni dan acara digital, struktur stadium ini diilhamkan daripada reka bentuk rangka dan muka digital jam tangan Big Bang e yang rumit yang dilancarkan baru-baru ini oleh Hublot.
Direka oleh arkitek legenda, MEIS yang merupakan pereka terkemuka bagi lokasi sukan dan hiburan yang mendapat pujian melalui rekaan stadium Crypto.com, Stadium Everton FC dan Stadium Roma. Stadium ini juga menjadi lokasi terbesar yang pernah dibina bagi metaverse Spatial.
Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang telah lama dilaksanakan terhadap inovasi, Hublot merupakan pengguna awal kripto dalam kalangan jenama jam tangan mewah. Pada tahun 2018, Hublot melancarkan edisi terhad Big Bang Meca-10 P2P yang hanya tersedia untuk dibeli melalui kaedah pembayaran Bitcoin, jam tangan yang direka sempena ulang tahun ke-10 mata wang tersebut.
Hublot bekerjasama dengan Spatial iaitu platform Web3 yang dikhususkan untuk membantu para pencipta dan jenama membina ruang visual 3D yang menakjubkan, sebagai penyertaan pertama jenama tersebut ke dalam bidang metaverse. Diterajui oleh pemimpin berpengalaman dari Apple, Nest, LucasArts dan Disney, Spatial menempatkan Web3 jenama-jenama mewah dalam bidang metaverse dengan lebih 4 juta minit diluangkan di platform ini setiap minggu. Para pelawat akan dapat meneroka stadium maya yang diilhamkan daripada Big Bang e Hublot secara 360 darjah dan boleh diakses secara percuma melalui telefon mudah alih, komputer meja atau set kepala Oculus.
Pengalaman ini akan dibuka kepada orang awam melalui telefon mudah alih dan dalam talian di Spatial.io, yang membolehkan sesiapa sahaja untuk meneroka stadium bola sepak yang boleh menempatkan 90,000 penonton serta dilengkapi dengan dataran sepanjang satu kilometer dan dinding media.
Sebagai sebahagian daripada kempen Hublot Loves Football, pameran khusus yang dilengkapi dengan pengalaman VR untuk mengakses stadium ini akan terletak di sebelah Butik Hublot di pusat beli-belah mewah di Doha, Kuala Lumpur, Singapura, Indonesia dan Thailand sepanjang bulan November.
Klik di sini untuk memasuki "Stadium Metaverse Hublot Loves Football".
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1937375/Hublot_SA_Kylian_Mbappe.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1937376/HUBLOT_SA_Pele.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1937377/Hublot_SA_Metverse_Stadium.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/Hublot_Logo.jpg?p=medium600