omniture

CGTN:China, Pakistan berikrar suntik dorongan baharu kepada perkongsian kerjasama strategik menyeluruh

CGTN
2022-11-05 02:15 317

 BEIJING, 5 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, China dan Pakistan berikrar untuk menjalin usaha sama bagi meningkatkan tahap kerjasama strategik yang menyeluruh dan menyuntik dorongan baharu kepada perkongsian kerjasama strategik menyeluruh mereka.

Presiden Cina Xi Jinping berkata Pakistan sentiasa menjadi keutamaan tinggi dalam diplomasi kejiranan China apabila bertemu Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif yang merupakan antara pemimpin luar negara pertama yang dijemput ke Beijing selepas Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC). Ini juga merupakan lawatan pertama oleh perdana menteri tersebut ke China sejak memegang jawatan pada bulan April.

Sharif berkata bahawa lawatan beliau merupakan satu "bukti persahabatan yang mendalam dan benar-benar erat" antara Pakistan dan China, menambah bahawa memperdalam perkongsian kerjasama strategik menyeluruh Pakistan dengan China merupakan asas kepada dasar asing Pakistan dan permuafakatan negara Pakisatan.

China bersedia untuk menyediakan peluang baharu

China akan meneruskan dasar asas pembukaannya dan menyediakan peluang baharu kepada Pakistan dan seluruh pelosok dunia melalui pembangunan yang berterusan, kata Xi kepada Sharif.

Kedua-dua pihak harus memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Kerjasama Bersama Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), memajukan CPEC dengan kecekapan yang lebih tinggi dan menjadikan CPEC sebagai contoh kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi, kata beliau.

Mengambil maklum bahawa CPEC memberi impak yang mendalam ke atas pembangunan ekonomi dan sosial Pakistan, Sarif berkata Pakistan bersedia untuk bekerjasama dengan China untuk terus menggalakkan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi.

Sebagai program yang utama dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, CPEC telah menjadi mercu tanda bagi kerjasama China-Pakistan. Ia merangsang pembangunan ekonomi dengan cekap, meningkatkan mata pencarian rakyat dan mencetuskan kesan sosioekonomi yang positif di Pakistan. Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ke-11 CPEC baru-baru ini membuahkan hasil. Pelbagai persefahaman telahpun dicapai berhubung pembangunan masa depan CPEC.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, e-dagang, fotovolta dan teknologi tenaga baharu yang lain serta memajukan kerjasama berhubung pertanian, sains, teknologi dan mata pencarian rakyat.

China telah menjadi rakan dagangan dan pelaburan terbesar Pakista, pengeksport terbesar dan pengimport kedua terbesar selama enam tahun fiskal berturut-turut sejak tahun 2015.

Tahun lalu, perdagangan antara China dan Pakistan mencecah nilai $27.82 bilion, satu peningkatan sebanyak 59.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Eksport Cina ke Pakistan pula berjumlah $24.23 bilion, satu peningkatan sebanyak 57.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala import dari Pakistan berjumlah $3.59 bilion, satu peningkatan sebanyak 68.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, data seperti yang ditunjukkan oleh Pentadbiran Am Kastam.

Memajukan secara bersama tadbir urus global

China akan bekerjasama dengan Pakistan untuk memajukan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan menjadikan sistem tadbir urus ekonomi global lebih adil, saksama dan inklusif yang memberi manfaat kepada semua, kata Xi.

GDI dan GSI, dicadangkan oleh Xi Jinping masing-masing pada tahun 2021 dan 2022, bertujuan untuk menangani pandangan sempit yang menyumbang kepada kemunculan penyahglobalisasian, populisme dan xenofobia yang berisiko menghalang tadbir urus pembangunan dan keselamatan global.

GDI menekankan untuk menjana semula dan mempercepatkan pelaksanaan Agenda PBB 2030 untuk Pembangunan Mampan dan membina komuniti pembangunan global, manakala GSI memberi jawapan yang jelas kepada persoalan-persoalan seperti apakah konsep keselamatan yang diperlukan oleh dunia dan bagaimana negara-negara dapat mencapai keselamatan bersama, yang membuka jalan baharu yang penting untuk tadbir urus keselamatan global.

Sharif menyatakan sokongan penuh kepada inisiatif-inisiatif berkenaan, menambah bahawa negara beliau akan memantapkan komunikasi bersama China dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau demi menyumbang secara positif kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Perdana menteri Pakistan turut mengulangi komitmen kukuh negara beliau terhadap dasar satu-China dan sokongan padunya terhadap kedudukan China berhubung isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan utama China termasuk Taiwan, Xinjiang dan Hong Kong.

Hubungan persahabatan Pakistan-China tidak dapat diputuskan dan Pakistan akan sentiasa teguh berdiri bersama China, tambah beliau.

Kedua-dua negara mengeluarkan satu kenyataan bersama, menegaskan sokongan bersama terhadap isu-isu berhubung kepentingan utama satu sama lain, peranan penting pelbagai mekanisme kerjasama dua hala untuk memperkukuh komunikasi strategik dan kerjasama dalam bidang pertanian, perlombongan, IT dan pembangunan sosio-ekonomi di bawah CPEC.

Kedua-dua pihak turut menandatangani dan memuktamadkan beberapa perjanjian, meliputi kerjasama dua hala dalam bidang e-dagang, ekonomi digital, eksport produk pertanian, kerjasama kewangan, perlindungan terhadap harta dan prasarana budaya, antara lain.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-02/Xi-holds-talks-with-Pakistani-PM-Muhammad-Shehbaz-Sharif-in-Beijing-1eD8tTJ79bW/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion