omniture

CPG Book Fest terus bawakan yang terbaik daripada sastera Cina kepada dunia

CHINA PUBLICATIONS IMPORT AND EXPORT (GROUP) CORPORATION
2022-11-05 16:26 596

BEIJING,5 November 2022 /PRNewswire/ -- CPG Book Fest tahunan kali ketiga telahpun diadakan mulai 18 Julai hingga 18 Oktober. Sepanjang tiga bulan ini, pelanggan dapat menikmati diskaun istimewa ke atas CPG Great Books daripada syarikat-syarikat penerbitan di bawah China Publishing Group. Meneruskan dua Festival sebelum ini, buku-buku kuno yang sukar ditemui dan pangkalan data sejarah serta budaya Cina terus menggamit perhatian perpustakaan universiti luar negara, terutamanya buku-buku kajian yang berkaitan dengan aksara dan arkeologi Cina. Festival berkenaan melabuhkan tirai dengan jayanya pada 18 Oktober.

China Publishing Group (CPG) sentiasa berpegang teguh untuk menjadi jambatan dan penghubung budaya serta terus menggalakkan komunikasi dan pertukaran kajian Sinologi antara China dan Dunia. "Chat with us", satu aktiviti yang dirancang khas oleh CPG Book Fest telah mendapat pujian sebulat suara daripada penerbit dan perpustakaan seluruh dunia. Acara tersebut mendorong Gulian (Beijing) Media Tech Co.,Ltd, penerbit pangkalan data untuk mengadakan dialog dalam talian bersama pustakawan daripada Ohio University, Princeton University, University of British Columbia dan sebagainya, bagi membolehkan penerbit meneliti keperluan sebenar pengguna dan juga membolehkan pustakawan mendapat pemahaman yang lebih tepat tentang fungsi-fungsi pangkalan data. Chinese Classic Ancient Books Database yang diterbitkan oleh Gulian juga popular antara institusi-institusi penyelidikan serta universiti-universiti.

Li Guoqing, pengarah Jabatan Bahasa Cina/Korea, Ohio State University Library, berkata, "Buku-buku yang diterbitkan oleh China Publishing Group adalah berkualiti tinggi dan sentiasa menjadi tumpuan perpustakaan Asia Timur luar negara. Terus mengadakan "CPG Book Fest" bagi memudahkan pustakawan luar negara memilih buku-buku dan kandungan elektronik Cina berkualiti tinggi tepat pada masanya, mencipta peluang pertukaran yang tidak ternilai harganya untuk perpustakaan luar negara dan penerbit domestik."

Sejak acara pertama, CPG Book Fest terus mengemas kini dan menaik taraf, seterusnya membuatkan China Publishing Group dipuji secara meluas oleh industri penerbitan global dan menjadi kad budaya Cina. Lebih daripada 60 siri acara telahpun disiarkan di YouTube, Facebook dan Twitter dengan lebih satu juta tontonan. Lebih 300 outlet media global dari 100 negara melaporkan tentang CPG Book Fest.

CPG Book Fest ditaja oleh China Publishing Group Corporation (CPG) dan dianjurkan oleh China National Publications Import and Export (Group) Corporation (CNPIEC).

China Publishing Group Corporation (CPG) ialah kumpulan perdagangan dan penerbitan profesional yang terbesar dan paling berpengaruh di China. Di peringkat antarabangsa, ia merupakan satu-satunya penerbit Cina yang tersenarai antara 500 Jenama Asia Terbaik. CPG memiliki 28 syarikat penerbitan luar negara, rangkaian kedai buku dan pejabat dengan perniagaan-perniagaannya menjangkau ke lebih 130 negara dan wilayah.

CPG Great Books (www.CPGGreatBooks.com) mempunyai e-buku berkualiti daripada penerbit Cina China Publishing Group yang paling bereputasi. Menerusi ribuan e-buku dan sub-perpustakaan dengan fokus khas seperti kajian Sinologi, platform ini berfungsi sebagai komuniti akademik Kajian Asia-Timur. Diskaun istimewa ditawarkan oleh CPG Book Fest bagi menarik perhatian pelanggan.

Gulian (Beijing) Media Tech Co.,Ltd ialah syarikat penerbitan digital buku kuno profesional yang terlibat dalam penerbitan digital dan perkhidmatan budaya tradisional Cina. Ia merupakan sebuah subsidiari milik penuh Zhonghua Book Company dan bergabung dengan China Publishing Group.

Source: CHINA PUBLICATIONS IMPORT AND EXPORT (GROUP) CORPORATION
Keywords: Art Books Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Retail Trade show news