omniture

XCMG Berhubung dengan 3,000 Pelanggan di 50 Negara sempena Bulan Khidmat Global

XCMG
2022-11-06 09:19 147

XUZHOU, China, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE: 000425), pengeluar jentera pembinaan ketiga terbaik di dunia, baru-baru ini menyelesaikan acara Bulan Khidmat Globalnya (Global Service Month), mengadakan lawatan ke kira-kira 3,000 syarikat mencakupi 50 negara dan wilayah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam kalangan klien industri yang luas di dunia bermula daripada sumber, tenaga, pengangkutan, pembinaan dan banyak lagi.

Baru-baru ini, XCMG menyelesaikan acara Bulan Khidmat Globalnya, mengadakan lawatan ke kira-kira 3,000 syarikat mencakupi 50 negara dan wilayah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam kalangan klien industri yang luas di dunia bermula daripada sumber, tenaga, pengangkutan, pembinaan dan banyak lagi.
Baru-baru ini, XCMG menyelesaikan acara Bulan Khidmat Globalnya, mengadakan lawatan ke kira-kira 3,000 syarikat mencakupi 50 negara dan wilayah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam kalangan klien industri yang luas di dunia bermula daripada sumber, tenaga, pengangkutan, pembinaan dan banyak lagi.

Berlangsung pada bulan September, wakil-wakil syarikat mencapai lebih satu juta kilometer perjalanan apabila mereka berusaha menyediakan perkhidmatan bernilai tambah kepada pelanggan XCMG seperti pemeriksaan peralatan, panduan operasi dan promosi luar negara bagi aplikasi X-GSS syarikat ini. Untuk kawasan pasaran yang penting, mereka menekankan dan memberi jaminan standard syarikat untuk "memberi respons dalam 15 minit, tiba dalam 2-24 jam dan menyelesaikan tugas dalam 4-48 jam."

"XCMG sentiasa menjadikan pasaran selepas jualan pembinaan global sebagai keutamaan tertinggi semasa usaha kami untuk mencapai pembangunan antarabangsa," kata Lu Chuan, Presiden dan Timbalan Setiausaha Parti XCMG Machinery. "Kami sentiasa meningkatkan pelaburan dalam bidang ini beberapa tahun kebelakangan ini dan mewujudkan jaringan selepas-pasaran yang lengkap di luar negara."

"XCMG telah membina sebuah pasukan dengan seramai hampir 4,000 jurutera perkhidmatan luar negara dan memperkasa pelanggan globalnya melalui 'Sistem Maklumat Perkhidmatan Alat Ganti Digital Global XCMG (X-GSS).' Kami akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi canggih generasi baharu seperti data raya dan 5G agar kami dapat menyediakan perkhidmatan yang tepat pada masanya dan mudah," tambah Lu.

Antara sorotan Bulan Khidmat Global yang lebih menarik ialah pengalaman pasukan perkhidmatan di Gabon, Afrika. Pasukan dengan lima orang itu bertolak dari ibu kota Libreville pada awal September, merentasi lebih 2,000 kilometer ke empat tapak pembinaan yang terletak di kawasan-kawasan hutan dara untuk menyediakan perkhidmatan pintu-ke-pintu kepada pelanggan.

Untuk tiba ke tapak tersebut, kumpulan berkenaan perlu menyeberangi dua batang sungai dengan menaiki bot dan kemudian mengemudi jalan hutan baharu yang dibina oleh jentolak, dalam perjalanan epik yang mengambil masa lebih 10 jam. Di serata dunia, terdapat banyak pasukan perkhidmatan yang lain seperti pasukan perkhidmatan di Gabon, melakukan lebih daripada yang sepatutnya untuk membawa perubahan semasa Bulan Khidmat Global XCMG. Pasukan perkhidmatan terdiri daripada jurutera dan pengurus produk yang membantu pengguna jentera global menerusi perkhidmatan penyelenggaraan, latihan dan perkhidmatan profesional yang lain.

XCMG turut mengumumkan rancangan untuk berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi global untuk membina pusat latihan luar negara di lebih sepuluh negara seperti Thailand dan Indonesia bagi memberi sokongan untuk latihan setempat di luar negara. Mereka menyasarkan untuk baru melatih 1,000 jurutera servis dan 10,000 mekanik di luar negara.

Bulan Khidmat Global XCMG diterima dengan baik secara menyeluruh. "Dengan bantuan daripada pasukan perkhidmatan XCMG, saya diajar cara untuk menggunakan sistem X-GSS secara langsung," kata En. Supia, seorang pelanggan di Indonesia.

Pelanggan-pelanggan lain berasa lega dengan tahap perkhidmatan selepas jualan. "Saya berasa sangat gembira kerana membeli jentera angkut ZL50GN, ia berfungsi dengan sangat baik," kata En. Ahmend di Ghana. "Perkhidmatan selepas jualan XCMG yang sempurna juga membuatkan saya berasa lebih tenang."

En. Shakhawat dari Bangladesh kagum dengan ketersediaan perkhidmatan. "Tanpa mengira bila masalah berlaku, pasukan perkhidmatan XCMG boleh datang ke tapak dan membantu menyelesaikan masalah kali pertama, sesuatu yang benar-benar hebat!" kata beliau.

Menuju ke hadapan, XCMG bermatlamat untuk menubuhkan sistem berbilang fungsi untuk mendaftarkan maklumat perkhidmatan pelanggan luar negara berdasarkan kepada rangkaian perkhidmatan global sedia adanya. Syarikat ini menyasarkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan melalui inisiatif ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi XCMG.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation