omniture

CGTN: China terima persekitaran perniagaan lebih baik dengan pembukaan standard lebih tinggi

CGTN
2022-11-06 14:45 179

BEIJING, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 yang akan diadakan pada 5 hingga 10 November di Shanghai bersedia untuk mengalu-alukan syarikat-syarikat utama dari seluruh dunia.


Lebih 280 daripada 500 perusahaan terkemuka dunia dan syarikat gergasi industri akan mengambil bahagian dalam acara ini, antaranya hampir 90 peratus merupakan peserta yang kembali daripada acara tahun lalu, menurut Biro CIIE dan Pentadbiran Am Kastam.

Sejak tahun 2018, pameran tahunan ini berfungsi sebagai saluran yang terbuka untuk pelaburan dan perolehan antarabangsa, sebahagian daripada usaha China untuk membuka pasarannya kepada dunia.

"Menggalakkan pembukaan standard tinggi" ditekankan dalam satu laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 CPC yang berkata China harus "meluaskan pembukaan institusi secara berterusan berhubung dengan undang-undang, peraturan, pengurusan dan standard."

Peserta-peserta pameran di empat acara terdahulu melancarkan lebih 1,500 produk baharu, teknologi, item perkhidmatan dan mendapat tawaran tentatif bernilai lebih $270 bilion, menurut Kementerian Perdagangan.

Banyak produk berteknologi tinggi akan membuat kemunculan sulung termasuk robot manusia Tesla, Optimus yang mengaplikasikan teknologi visi komputer hebat yang konsisten dengan kereta, serta pencetak 3D resin fotopeka oleh Evonik Industries AG, yang sesuai untuk membuat bahan-bahan yang kuat dan tahan impak.

Pasaran pengguna yang berkembang pesat

CIIE membuka peluang untuk syarikat-syarikat di serata dunia bagi menembusi pasaran Cina yang sedang berkembang pesat hasil daripada kenaikan pendapatan dan kuasa beli yang lebih besar oleh pengguna Cina.

Pada tahun 2021, KDNK per kapita China meningkat kira-kira 81,000 yuan ($11,203) dan pendapatan boleh guna per kapita telah meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun 2012, seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

Sementara itu, lebih ramai orang beralih kepada kelas pendapatan sederhana dengan lebih 400 juta golongan berpendapatan sederhana pada tahun 2022 berbanding 100 juta sedekad yang lalu.

Kuasa beli yang semakin meningkat menunjukkan potensi pasaran Cina, yang mana syarikat-syarikat, sama ada syarikat-syarikat multinasional yang tersohor atau syarikat-syarikat pemula kecil, boleh mengakses.

Perdagangan barangan dan perkhidmatan China meningkat daripada $4.4 trilion pada tahun 2012 kepada $6.9 trilion pada tahun 2021, tersenarai di tempat pertama di dunia.

Sepanjang tempoh yang sama, penggunaan sebenar pelaburan asing oleh China meningkat sebanyak hampir 63 peratus. Lebih 47,000 perusahaan telah ditubuhkan dengan pelaburan langsung asing (tidak termasuk perbankan, sekuriti dan insurans), meningkat sebanyak 23.5 peratus pada tahun sebelumnya. seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

Pengoptimuman persekitaran perniagaan

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, China menyaksikan peningkatan dalam persekitaran perniagaannya dengan menambah baik perkhidmatan peraturan pasaran. Dalam laporan Bank Dunia pada tahun 2020 berhubung kemudahan untuk menjalankan perniagaan, China menduduki tempat ke-31 daripada 190 negara dan wilayah, meningkat dari tempat ke-78 pada tahun 2018.

Pada tahun 2019, China menerbitkan Peraturan untuk Mengoptimumkan Persekitaran Perniagaan, dokumen rasmi pertama yang menjelaskan perkaitan antara perlindungan terhadap hak harta intelek dan persekitaran perniagaan.

Dalam peraturan tersebut, pelabur domestik dan entiti pasaran dilindungi dan individu serta syarikat asing juga boleh mendapatkan paten yang sah atau tanda dagangan daripada pejabat-pejabat pentadbiran China IP sekiranya mereka mematuhi peraturan berkanun dalam undang-undang harta intelek.

Pada tahun 2021, enam bandar yang maju dari segi ekonomi dipilih untuk menjadi peneraju dalam membangunkan pusat penggunaan antarabangsa. Pihak kerajaan turut mengeluarkan satu garis panduan baharu pada tahun 2022 untuk mengurangkan tekanan ke atas perniagaan kecil-kecilan dan melindungi hak entiti pasaran yang sah.

Pembukaan standard tinggi 

Sejak Undang-undang Pelaburan Asing dilaksanakan pada tahun 2020, China telah mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing dan mempromosikan pembukaan pada tahap yang lebih tinggi termasuk memudahkan akses pasaran untuk perdagangan perkhidmatan dan pelaburan serta meningkatkan proposisi perdagangan bagi barang-barang dengan tarif sifar.

Setakat ini, China telah menandatangani 19 perjanjian perdagangan bebas dengan 26 negara dan wilayah manakala volum perdagangan antara China dan rakan-rakan dagangan bebasnya merangkumi kira-kira 35 peratus daripada jumlah perdagangan asing negara ini, seperti yang ditunjukkan oleh data rasmi.

China memperkenalkan senarai negatif pertama untuk pelaburan asing yang merujuk kepada dokumen yang menunjukkan industri-industri yang dilarang atau dihadkan dengan pelaburan asing oleh syarikat-syarikat, sejak tahun 2017.

Versi terkini senarai negatif tersebut, dikeluarkan pada tahun 2021, mengurangkan bilangan langkah-langkah sekatan daripada 33 menjadi 31 dan untuk zon perdagangan bebas daripada 30 menjadi 27. Senarai yang dipendekkan merupakan sebahagian daripada usaha China untuk memudahkan tahap pembukaan yang lebih tinggi untuk menarik pelaburan asing.

"Sepanjang dekad yang lalu, China memanfaatkan sepenuhnya pasaran dan sumber domestik dan luar negara di dalamnya untuk meluaskan perdagangan asingnya dan kerjasama ekonomi… serta mencipta paradigma baharu terhadap pembukaan kepada dunia luar," kata Chen Jian'an, naib pengerusi China Council for the Promotion of International Trade untuk CGTN.

Penganjuran pameran-pameran utama seperti CIIE menunjukkan inisiatif oleh China untuk membuka pasarannya kepada dunia, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-03/CGTN-China-embraces-better-business-environment-with-higher-standard-opening-up-1eEWZKjTi7e/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Survey, Polls & Research Trade show news