omniture

Forum Mineral Masa Depan Arab Saudi Mempromosikan Rantau Perlombongan Super Baharu di Persidangan Perlombongan dan Sumber Antarabangsa Australia

Future Minerals Forum
2022-11-07 05:14 97

RIYADH, Arab Saudi, 6 November 2022 /PRNewswire/ -- Susulan edisi pertamanya yang sangat berjaya, Forum Mineral Masa Depan (FMF) Arab Saudi telah mengambil bahagian dalam Persidangan Perlombongan dan Sumber Antarabangsa (IMARC) di Sydney, Australia yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 November. FMF memperkenalkan visinya untuk membentuk masa depan sektor tersebut pada acara industri terkemuka ini serta mempromosikan peluang pelaburan dan perkongsian strategik kepada para pelabur global di seluruh rantau perlombongan super baru muncul yang merangkumi kawasan dari Afrika hingga ke Asia Tengah dan Asia Barat.

The Future Minerals Forum stand at the International Mining and Resources Conference (IMARC)
The Future Minerals Forum stand at the International Mining and Resources Conference (IMARC)

 

"Untuk merealisasikan matlamat pelepasan sifar bersih Perjanjian Paris menjelang tahun 2050, anggaran menunjukkan bahawa lebih tiga bilion tan mineral dan logam serta pelaburan perlombongan global bernilai sehingga USD1.7 trilion diperlukan. Dari bahagian barat di Senegal sehingga ke bahagian timur Kazakhstan, rantau perlombongan super baru muncul yang merentasi jarak 9,000 kilometer ini mempunyai potensi geologi untuk menyediakan mineral penting yang diperlukan oleh dunia," kata T.Y.T Ir. Khalid Al-Mudaifer, Naib Menteri Hal Ehwal Perlombongan Arab Saudi.

"Rantau ini memerlukan pelaburan dan kepakaran untuk memanfaatkan rizab geologi yang luas dan kurang diterokai ini bagi menyokong masa depan yang lestari. Persidangan Perlombongan dan Sumber Antarabangsa di Australia, iaitu acara industri terbesar dan paling berpengaruh seumpamanya di rantau ini, merupakan platform yang ideal untuk FMF berkongsi dengan para pelabur tentang potensi rantau ini yang signifikan dalam menyediakan rantaian bekalan mineral yang berdaya tahan kepada dunia," tambah Al-Mudaifer.

Para pengunjung yang datang ke reruai FMF di IMARC akan mengetahui lebih lanjut tentang peluang pelaburan perlombongan yang signifikan di seluruh Afrika serta Asia Barat dan Asia Tengah. Ini termasuk penerokaan platinum, fosfat, bauksit, mangan, kobalt dan emas serta rizab yang dianggarkan bernilai USD1.3 trilion yang terletak di Arabian Shield.

Edisi kedua FMF akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi, pada 10 hingga 12 Januari 2023. FMF dijangka menerima kunjungan lebih 13,000 orang peserta; termasuk menteri, peneraju industri perlombongan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perlombongan global yang mewakili lebih 130 buah negara.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1938663/Future_Minerals_Forum.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1938664/Future_Minerals_Forum_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Future Minerals Forum
Keywords: Banking/Financial Service Mining Mining/Metals Trade show news