omniture

Casio bakal Lancar Model Istimewa Rui Hachimura G-SHOCK Ketiga

CASIO COMPUTER CO., LTD
2022-11-07 09:00 151

Reka Bentuk Muka Jam dan Tali Jam Diinspirasikan oleh Banjaran Gunung Tateyama di Wilayah Asal Hachimura, Toyama di Jepun

TOKYO, 7 November 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran DW-6900RH, satu penambahan baharu kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. DW-6900RH ialah model istimewa ketiga yang direka bentuk dengan kerjasama pemain bola keranjang profesional Rui Hachimura, yang bermain dalam NBA.

DW-6900RH
DW-6900RH

Hachimura bukan sahaja bermain untuk Washington Wizards, tetapi juga anggota penting dalam pasukan bola keranjang kebangsaan Jepun. Casio menandatangani perjanjian perkongsian global dengan Hachimura pada November 2019 untuk menyokong beliau tatkala beliau terus memburu perkara-perkara hebat.

DW-6900RH baharu ialah model istimewa yang direka bentuk dengan kerjasama Hachimura. Reka bentuk ini bermula dengan DW-6900 kalis hentakan, yang digelar sebagai "jam tangan bermata tiga" lantaran deretan tiga penunjuk pada muka jam dan menonjolkan banjaran gunung Tateyama di wilayah asal Hachimura, Toyama.

Muka jam dicetak dengan peta kontur banjaran gunung Tateyama, manakala cetakan biru-muda pada tali jam berwarna putih menonjolkan puncak dilitupi salji yang megah. Sesuai dengan model yang istimewa, RUI HACHIMURA dihiasi dengan piring kaca jernih dan logo "Black Samurai" istimewa beliau dipaparkan pada bahagian belakang bekas jam, LCD apabila cahaya belakang dihidupkan dan pempakejan istimewa. Skema warna biru muda dan putih yang segar memanfaatkan asal-usul Hachimura, seterusnya menghidupkan salji cair Pergunungan Alp Jepun.

Hachimura memaklumkan hal ini tentang jam tangan istimewa beliau yang terkini, "Saya mereka bentuk model ketiga ini berdasarkan kepada imej Gunung-ganang Tateyama di kampung halaman saya di Toyama, tempat yang menyimpan kenangan indah buat saya, dengan warna-warna terang dan pemandangan hebat Tateyama sebagai motif. Saya berharap anda semua dapat menikmatinya!"

DW-6900RH / Tali jam dicetak dengan grafik banjaran gunung Tateyama
DW-6900RH / Tali jam dicetak dengan grafik banjaran gunung Tateyama

Filem Promosi: https://youtu.be/XQi7ewlqYU0

Maklumat lanjut: https://www.casio.com/intl/news/2022/1107-dw-6900rh/

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services