omniture

Rdio Lantik Anthony Bay sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Rdio
2013-12-03 17:00 129

SAN FRANCISCO, 3 Disember 2013 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Rdio mengumumkan Anthony Bay, bekas eksekutif media digital di Amazon, Microsoft dan Apple, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa serta-merta. Bay menggantikan tempat Drew Larner yang dilantik sebagai Naib Pengerusi dan Penasihat Strategik untuk Lembaga Pengarah.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131203/AQ24664)

"Rekod kejayaan Anthony dalam membina kejayaan perniagaan media digital dalam tempoh dua dekad yang lalu adalah sangat luas dan mendalam," ujar Larner. "Pengalaman beliau menjadi amat berharga buat Rdio dan kami akan terus memberi tumpuan terhadap usaha membina model perniagaan berskala peringkat global bagi kepimpinan dan pertumbuhan jangka panjang. Kami amat teruja atas penyertaan beliau bersama Rdio."

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ketua bahagian perniagaan video global Amazon, perniagaan itu telah berjaya menjadi perkhidmatan urus niaga dan langganan #2 di A.S. Semasa menjadi Pengerusi di Loudeye, Bay turut menjadi perintis pengedaran, promosi dan jualan kandungan media digital dalam ruang perniagaan kepada perniagaan sebelum syarikat tersebut dijual kepada Nokia. Ketika Bay berkhidmat di Microsoft, antara peranan kepimpinan beliau termasuklah apabila pasukan Bay bertanggungjawab terhadap platform teknologi e-dagangan syarikat dan juga membangunkan Windows Media Technologies termasuk Windows Media Player. Bay turut berkhidmat sebagai kakitangan eksekutif syarikat. Sebelum menyertai Microsoft, beliau berkhidmat selama lapan tahun bersama Apple dan dalam tempoh tiga tahun daripada lapan tahun itu, beliau berkhidmat di Eropah. Di Eropah, tanggungjawab beliau termasuklah menerajui Perkhidmatan Dalam Talian Apple.

"Kami mahu memberikan pengalaman penstriman muzik terbaik kepada semua dan kami percaya kami telah berjaya melakukannya," ujar Pengasas Rdio, Janus Friis. "Kini, kami perlu memperkembangkan jangkauan global serta pangkalan pelanggan kami. Di bawah kepimpinan Anthony, Rdio akan memberi tumpuan terhadap memberikan perkhidmatan penstriman percuma yang terbaik pada peringkat dunia yang disokong oleh iklan dan seterusnya memperkembangkan pangkalan pengguna kami yang aktif serta berbayar secara dramatik ke peringkat global. Anthony juga memainkan peranan penting dalam meraih nilai perkongsian radio daratan peringkat global. Saya menantikan saat untuk bekerjasama rapat bersama Anthony dan terus melabur dalam kejayaan Rdio."

"Saya amat teruja kerana menyertai Rdio," kata Bay. "Muzik langganan menawarkan saranan nilai dan pengalaman pengguna yang menarik, dan kami baru sahaja meneliti peluang ini. Terdapat lebih satu bilion pengguna telefon pintar dengan berjuta-juta lagi penyertaan setiap hari. Visi kami ialah menjadikan Rdio salah satu aplikasi yang 'mesti dimiliki' oleh para pendengar di seluruh dunia. Pelanggan kami menyukai Rdio. Melalui pasukan yang dibentuk oleh Drew ini serta minat para pelanggan, berbekalkan visi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Janus, kami akan menjadikan impian itu suatu kenyataan."

Latar Belakang Rdio

Rdio merupakan perintis bagi perkhidmatan muzik digital yang mencipta semula kaedah mencari, memainkan dan berkongsi muzik. Mainkan muzik yang anda ingini, pada bila-bila masa atau dengarkan pelbagai lagu melalui stesen radio. Dengarlah di mana-mana sahaja â€" laman web, telefon bimbit dan juga di luar talian â€" serta ikuti rakan anda dan artis untuk mengetahui muzik pilihan mereka.

Rdio dirasmikan pada bulan Ogos 2010, beribu pejabat di San Francisco dan ditubuhkan oleh Janus Friis, pencipta bersama Skype dan kini boleh didapati di 31 negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan untuk mendaftar, sila layari www.rdio.com.

Source: Rdio
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Music Personnel announcements