omniture

Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2022 Labuhkan Tirai dengan Jayanya di Sanya

National Institute for South China Sea Studies, China
2022-11-08 04:31 124

SANYA, China, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 3-4 November, Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2022 telahpun diadakan dengan jayanya di Sanya, Hainan.

Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2022 Labuhkan Tirai dengan Jayanya di Sanya
Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2022 Labuhkan Tirai dengan Jayanya di Sanya

Simposium berkenaan ditaja bersama oleh China-Southeast Asia Research Center on the South China Sea, Huayang Research Center for Maritime Cooperation and Ocean Governance, China Ocean Development Foundation dan National Institute for South China Sea Studies.

Wang Yi, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC, Ahli Majlis Negeri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, menyampaikan satu pesanan video. Liu Zhenmin, bekas Timbalan Setiausaha Agung PBB, Wang Hong, Naib Menteri Kementerian Sumber Asli China, Deng Xijun, Duta Misi China ke ASEAN dan Michael Lodge, Setiausaha Agung Lembaga Dasar Laut Antarabangsa menyampaikan ucapan video.

Wang Yi berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi mendukung semangat komuniti maritim dengan masa depan yang dikongsi bersama yang dicadangkan oleh Presiden Xi, mengimbangi pembangunan maritim dengan keselamatan dan menggalakkan kerjasama maritim serta tadbir urus lautan. Pertama, kita perlu melindungi secara bersama keselamatan maritim. Kita perlu menyelesaikan konflik maritim dengan cara yang aman. Kedua, kita perlu mengalakkan secara bersama pembangunan maritim. Kita perlu menggalakkan keterhubungan maritim dan memastikan aliran pengangkutan maritim dan rantaian industri yang lancar. Ketiga, kita perlu membincangkan tadbir urus korporat bersama-sama. Kita perlu mematuhi multilateralisme yang tulen dan terus menambah baik sistem tadbir urus yang bertumpukan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Liu Zhenmin, memperkenalkan Persidangan Lautan PBB 2022 dan dokumen hasilnya, menegaskan bahawa laut merupakan kunci kepada pembangunan dan kemakmuran mampan global kerana ia menjana 50% oksigen yang diperlukan oleh manusia dan penting untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Semua negara perlu mengambil tindakan yang lebih bersepadu untuk melindungi dan menggunakan sumber lautan dan marin dengan aman bagi menggalakkan pembangunan lautan yang mampan serta membina lautan biru yang saksama.

Wang Hong berkata bahawa tadbir urus lautan global sedang menghadapi pelarasan dan perubahan yang mendalam. Dalam menghadapi krisis-krisis ini, tiada negara atau wilayah yang dapat melakukannya secara bersendirian. China bersiap sedia untuk terus mempererat kerjasama dengan negara-negara lain di serata dunia, meningkatkan kepercayaan bersama, menangani cabaran secara bersama, merapatkan jurang dalam pembangunan maritim, menggalakkan pembangunan Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi serta menyediakan perkhidmatan dan produk awam marin untuk rantau ini dan komuniti antarabangsa, seterusnya menyumbang kebijaksanaan Cina kepada tadbir urus lautan global.

Michael Lodge berkata bilangan projek penerokaan dasar laut dalam meningkat daripada 6 pada tahun 2001 kepada 31 pada tahun 2022, melibatkan 22 negara yang berbeza, 12 daripadanya merupakan negara sedang membangun. Peningkatan permintaan terhadap sumber mineral mendorong negara-negara dan syarikat-syarikat multinasional untuk mempercepatkan pembangunan teknologi perlombongan dan penilaian ke atas pilihan pelaksanaan projek. Beliau menyeru kerjasama yang lebih erat antara negara-negara untuk membangunkan dan melaksanakan himpunan peraturan dan standard komprehensif yang mengawal aktiviti perlombongan dasar laut dan aktiviti-aktiviti berkaitan serta untuk membina rejim tadbir urus global yang mewakili semua negara termasuk negara-negara tanpa laut dan negeri-negeri sedang membangun di pulau yang kecil.

 

Source: National Institute for South China Sea Studies, China
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation