omniture

CGTN: Bagaimana lindungi tanah lembap dan bina masa depan bersama untuk semua hidupan di Bumi?

CGTN
2022-11-08 10:13 153

BEIJING, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Lebih satu bilion orang di seluruh dunia bergantung kepada tanah lembap sebagai sumber mata pencarian mereka – iaitu kira-kira satu dalam lapan orang di Bumi ini. Walau bagaimanapun, tanah ini merupakan ekosistem yang paling terancam di Bumi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 35 peratus daripada tanah lembap dunia telah lenyap sejak tahun 1970.

Bertema "Tindakan Tanah Lembap untuk Rakyat dan Alam Semula Jadi," Mesyuarat Persidangan Pihak-pihak Pejanji ke-14 (COP14) hingga Konvensyen Ramsar berkenaan Tanah Lembap diadakan mulai 5 hingga 13 November, dengan tempat utamanya di Wuhan, China dan sesi selari di Geneva, Switzerland, dalam format bersemuka mahupun dalam talian.

Mesyuarat ini memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan kesedaran, mengukuhkan kerjasama dan meningkatkan tindakan ke atas tanah lembap di seluruh dunia, Presiden Cina Xi Jinping memberi pujian pada hari Sabtu apabila menyampaikan ucapan beliau melalui video di upacara perasmian acara-acara tersebut.

Xi berikrar bahawa China akan meneruskan pemodenan harmoni antara umat manusia dan alam semula jadi, menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam usaha pemuliharaan tanah lembap dan menggalakkan pertukaran serta kerjasama antarabangsa.

Apa yang telah dilakukan oleh China? 

Dengan empat peratus daripada tanah lembap dunia, China memenuhi pelbagai keperluan satu perlima populasi dunia terhadap penghasilan, kehidupan, ekologi dan budaya tanah lembap.

Dalam ucapan beliau, Xi menyebut bahawa pencapaian bersejarah telah dilakar dalam pemuliharaan tanah lembap di China. Negara ini telah meningkatkan kawasan tanah lembap kepada 56.35 juta hektar, menyediakan sistem perlindungan dan menggubal Undang-undang Pemuliharaan Tanah Lembap, menurut Xi.

Sejak ia menyetujui penyertaan ke Konvensyen Ramsar pada tahun 1992, China mewujudkan dan menambah baik rangka kerja undang-undang untuk perlindungan tanah lembap serta sistem untuk pengurusan perlindungan, perancangan projek serta penyelidikan dan pemantauan. Ia juga memenuhi kewajipannya di bawah konvensyen tersebut dan terus meluaskan kerjasama antarabangsa berhubung hal ini.

Kerajaan pusat telah membelanjakan 19.8 bilion yuan (kira-kira $2.73 bilion) ke atas lebih 4,100 projek untuk memajukan perlindungan dan pemulihan tanah lembap di seluruh negara ini sejak tahun 2003.

Kini, China mempunyai 64 tanah lembap dengan kepentingan antarabangsa dan 29 tanah lembap dengan kepentingan negara serta 901 taman tanah lembap negara.

Bulan lalu, China memperkenalkan rancangan untuk perlindungan tanah lembap sepanjang tempoh 2022-2030, bertujuan untuk meningkatkan kadar perlindungan tanah lembapnya kepada 55 peratus menjelang tahun 2025, di samping meningkatkan jumlah tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa dan kepentingan negara masing-masing sebanyak 20 dan 50.

Presiden Cina turut memperkenalkan rancangan China yang selanjutnya untuk menghimpunkan 11 juta hektar tanah lembapnya ke dalam sistem taman nasional negara ini, menambah rancangan pemuliharaan tanah lembap negara dan projek-projek pemuliharaan utama akan dilaksanakan.

Laluan menuju pemuliharaan ekologi global

Pada hari Sabtu, presiden Cina menggesa usaha untuk membina permuafakatan global untuk menghargai tanah lembap, memajukan proses pemuliharaan tanah lembap global dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di peringkat global dengan memanfaatkan peranan tanah lembap.

China akan membina pusat hutan bakau antarabangsa di Shenzhen dan menyokong penganjuran persidangan Forum Pantai Sedunia (World Coastal Forum), seperti yang diumumkan oleh Xi.

Menurut kertas putih China berkenaan pemuliharaan biodiversiti, negara ini memberi sokongan kepada lebih 80 negara sedang membangun berhubung pemuliharaan biodiversiti di bawah rangka kerja kerjasama Selatan-Selatan.

China juga telah menjadikan kerjasama ekologi sebagai bahagian yang penting bagi kerjasama Jalur dan Jalan. Pada tahun 2021, China melancarkan Inisiatif Perkongsian Pembangunan Hijau "Jalur dan Jalan" bersama 31 negara rakan kongsi, menyeru kerjasama antarabangsa bagi mencapai pemulihan ekonomi hijau dan mampan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi karbon-rendah, bingkas dan inklusif pasca-wabak.

Tambahan pula, China telah mengambil bahagian yang aktif dalam persidangan dan aktiviti antarabangsa termasuk Sidang Kemuncak berkenaan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin berkenaan Iklim, seterusnya memberi dorongan kepada pemuliharaan biodiversiti dan pembangunan mampan.

Kes-kes ini merupakan mikrokosma daripada langkah-langkah konkrit oleh China untuk menggalakkan kerjasama ekologi global dengan konsepsi untuk membina masa depan yang dikongsi bersama untuk semua hidupan di Bumi sebagai sandaran.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-05/Xi-addresses-COP14-on-wetlands-conservation-1eIkUeITohW/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Conservation/Recycling Environmental Issues