omniture

Docquity digitalkan program kemampuan pesakit di Filipina, simpan lebih AS$1J untuk pesakit

Docquity
2022-11-08 15:24 90

Lebih daripada 350 doktor telah menyokong lebih 1,000 pesakit kanser untuk mendapatkan penjagaan yang lebih baik dan berpatutan sejak bermulanya program perintis tahun lalu

MANILA, Filipina, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Bagi menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan Filipina untuk menggalakkan penjagaan kesihatan sejagat, Docquity, komuniti ahli profesional penjagaan kesihatan terbesar dan dipercayai di Asia Tenggara, menginovasi dan mendigitalkan Program-program Kemampuan Pesakit (Patient Affordability Programs, PAP) di negara ini untuk memperkasa para doktor agar dapat memastikan hasil rawatan yang lebih baik untuk pesakit yang menghidap kanser, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Docquity PAP menyediakan kepada doktor-doktor dengan kemudahan telerunding yang dipercayai yang dapat meningkatkan pengurusan pesakit dan penjagaan susulan secara keseluruhan dengan pendaftaran pesakit dengan lancar ke dalam rangkaian farmasi yang lebih luas bagi tujuan akses kepada ubat-ubatan yang berpatutan tanpa mengira lokasi mereka serta membantu syarikat-syarikat rakan kongsi farmaseutikal dalam mendigitalkan dan menyelaraskan operasi dengan selamat. 


Sejak ia diujicuba tahun lalu, Docquity PAP mengupayakan lebih 350 doktor dari 150 hospital untuk menyokong lebih 1,000 pesakit yang menghidap kanser untuk mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan pada harga yang berpatutan. Program berkenaan telah memberikan penjimatan dengan jumlahnya lebih daripada AS$1 juta kepada pesakit.

"Ini merupakan salah satu program bermakna dan saling untung, sejajar dengan visi kami untuk menghubungkan doktor-doktor bagi membina kehidupan yang lebih sihat di seluruh dunia secara meluas. Program perintis Docquity PAP telah terbukti menjadi kes penggunaan yang besar untuk Filipina dan, berkemungkinan, negara-negara lain dan bidang terapeutik yang lain," kata Amit Vithal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pertumbuhan di Docquity.

"Matlamatnya adalah berlipat ganda – untuk memudahkan doktor-doktor menjaga pesakit mereka, membantu pesakit mengatasi kos ubat-ubatan dan rawatan yang tinggi serta isu-isu kebolehcapaian di kawasan luar bandar dan membantu menurunkan kos operasi serta mengupayakan rakan-rakan kongsi kami meluaskan impak mereka. Platform digital dan teknologi kami kini merupakan sebahagian daripada perjalanan yang diperbaharui dan impak yang kami lihat ke atas kehidupan pesakit adalah sangat ketara."

Membantu doktor menjadi lebih cekap dan berkesan

Docquity PAP membolehkan doktor-doktor untuk mengadakan telerunding dengan pesakit melalui Docquity Clinic, platform pengurusan pesakit hujung-ke-hujung berasaskan awan yang selamat yang boleh diakses daripada mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet, dengan mencalon dan mendaftarkan pesakit yang memerlukan bantuan kewangan, mengeluarkan e-preskripsi dan membuat tindakan susulan ke atas perkembangan rawatan. Pasukan Docquity Care yang berdedikasi menyediakan perkhidmatan yang saling bergandingan kepada semua peserta yang terlibat dalam proses tersebut, bermula daripada suai tugas kepada preskripsi dan pematuhan pesakit yang berterusan. Bagi mematuhi dan selaras dengan peraturan industri, Docquity memastikan agar setiap interaksi dengan pesakit didokumentasikan dan dipantau serta mengikuti syarat-syarat rakan kongsi untuk pelaporan kejadian buruk.

Meningkatkan akses kepada ubat-ubatan yang lebih berpatutan

Semasa ini, PAP yang berasaskan kertas telah mengehadkan pendaftaran pesakit kepada satu rangkaian farmasi untuk mendapatkan preskripsi pada harga diskaun. Pesakit yang memerlukan akses kepada rangkaian farmasi yang lain perlu mendaftar asing-asing. Docquity PAP memberi kefleksibelan dan kebolehcapaian untuk meluaskan rangkaian farmasi, membolehkan pesakit mengakses berbilang cawangan bergantung kepada lokasi mereka dan mengakses ubat-ubatan daripada jabatan-jabatan dengan inventori yang tersedia.

Docquity dapat memenuhi kemampuan secara keseluruhan, dengan menawarkan platform untuk membuat telerunding, menyerdehanakan logistik untuk mendapatkan ubat-ubatan lebih mudah dicapai dan memberi sokongan tambahan kepada pesakit. Ia dapat berhubung dengan pesakit melalui SMS, panggilan, emel dan robot sembang (chatbot) bagi memastikan pesakit meneruskan terapi mereka. Pesakit pakar perubatan yang belum lagi menyertai program Docquity boleh meminta doktor mereka mendaftar bagi mendapat akses kepada faedah-faedah ini.

Menjamin dan menyelaraskan program kemampuan pesakit

Docquity PAP membantu syarikat-syarikat rakan kongsi farmaseutikal menyelaraskan operasi untuk mengurangkan kos, memproses rekod dan keperluan dengan lebih cekap dan tepat, meningkatkan pengumpulan pandangan dan memantapkan prosedur penentusahan dengan pelbagai semakan dan pengesahan kata kunci sekali (OTP). Ia dapat menjamin sistem yang selamat dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kesilapan dan penipuan yang disebabkan oleh proses berasaskan kertas sepenuhnya, pergantungan kepada satu kedai yang mengawal penuh pelaksanaan program, kekurangan tangkapan data bagi bilangan ubat yang dipreskripsi dan didispens serta kurangnya pelaporan kejadian buruk.

Meneruskan kejayaan ini, Docquity terlibat dalam perbincangan yang selanjutnya dengan lebih banyak syarikat farmaseutikal untuk mendigitalkan PAP dan meliputi lebih banyak bidang terapeutik, membawa lebih ramai doktor dan menjadikan program ini tersedia kepada lebih ramai rakyat Filipina di seluruh negara ini.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti ahli profesional penjagaan kesihatan terbesar dan dipercayai di Asia Tenggara. Visi kami adalah untuk menghubungkan ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan untuk belajar, berhubung, berkembang maju dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati, mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan dan mendapatkan pandangan tentang mereka.

Docquity mempunyai seramai lebih 300,000 doktor pada platform ini dan pejabat-pejabat di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan. 


 

Source: Docquity
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Health Insurance