PARIS, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- ProductLife Group (PLG), penyedia pakar perkhidmatan kawal selia dan pematuhan untuk industri sains hayat, telah mengumumkan statusnya sebagai Rakan Kongsi Istimewa eksklusif untuk perkhidmatan Kawal Selia & Pematuhan bagi Venture Centre of Excellence (VCoE) atau Pusat Kecemerlangan Usaha Niaga. EIT Health akan mengesyorkan PLG kepada syarikat pemula Bioteknologi, Teknologi Perubatan dan kesihatan digital peringkat awal yang memerlukan sokongan daripada sudut perspektif kawal selia untuk mempercepat perjalanan mereka memasuki pasaran hasil daripada program VCoE.
Peranan VCoE adalah untuk meningkatkan dan mempercepat peluang pasaran kepada syarikat pemula bioteknologi, Teknologi Perubatan dan kesihatan digital peringkat awal di seluruh Eropah dengan memadankan syarikat-syarikat baharu ini dengan pembiayaan, kepakaran perkhidmatan profesional dan hubungan yang mereka perlukan. Matlamat yang lebih luas adalah untuk menjadikan Eropah sebagai pasaran yang lebih menarik dan menguntungkan bagi generasi baharu pelopor sains hayat, sama ada mereka memasuki pasaran buat kali pertama atau ingin mengembangkan aktiviti mereka ke negara-negara lain di seluruh benua ini.
Apabila Suruhanjaya Eropah mengumumkan pelaburan utamanya yang bernilai EUR150 juta ke dalam program tersebut pada bulan Oktober 2020, ia menetapkan matlamat untuk membantu memudahkan pelaburan bernilai 2 bilion Euro dan membawa 200 buah syarikat pemula baharu ke pasaran dalam tempoh 15 tahun. Tahap pelaburan tersebut telah pun dicapai, dengan lebih 60 buah syarikat pemula setakat ini mendapat manfaat daripada pembiayaan yang digerakkan hasil daripada program ini, bermula daripada dana modal usaha niaga (VC) dan ahli Korporat terpilih yang telah menyertai inisiatif ini, dengan lebih banyak lagi entiti sedemikian yang akan menyertai dalam masa beberapa minggu dan beberapa bulan akan datang.
Selain meletakkan syarikat pemula peringkat awal yang berpotensi bersama-sama dengan pembiayaan yang penting, VCoE EIT Health menyasarkan untuk membina kesediaan pasaran mereka melalui hubungan berharga dan akses kepada perkhidmatan profesional. Memandangkan kebanyakan pasukan saintifik kecil ini telah bermula dari makmal universiti, mereka mungkin dapat membawa inovasi berharga ke pasaran apabila mereka mendapat sokongan dari segi aspek pentadbiran projek mereka. Peranan VCoE juga adalah untuk mencadangkan sokongan ini kepada syarikat pemula dan memudahkan laluan mereka untuk memasuki pasaran.
Dengan melibatkan campur tangan PLG, ia akan dapat memastikan pasukan syarikat pemula baharu yang berpotensi dan bercita-cita tinggi berada dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan kelulusan kawal selia, menghapuskan risiko bagi laluan mereka untuk memasuki pasaran & menjadikan mereka syarikat yang lebih selamat untuk penyokong VC dan korporat melabur.
Sebuah syarikat pemula yang telah menggunakan perkhidmatan PLG melalui kerjasama ini ialah Sensius - yang menggunakan analisis jurang penilaian klinikal dalam konteks peranti perubatan
Pemilihan PLG oleh EIT Health sebagai rakan kongsi istimewa eksklusifnya untuk perkhidmatan Kawal Selia & Pematuhan dalam VCoE merupakan bukti kepada prestasi PLG yang terbukti dalam membantu syarikat pemula baru muncul dalam bidang Bioteknologi dan sains hayat lain yang inovatif untuk menguruskan kerumitan kawal selia. PLG ialah rakan kongsi EIT Health yang dipercayai sejak sekian lama.
Mengulas tentang kerjasama baharu antara VCoE dan PLG, Isaac Middelmann, Ketua Akses Kewangan EIT Health InvestHealth berkata: "Ini merupakan perkembangan yang sangat menarik yang akan membantu mengukuhkan peluang yang telah kami tetapkan untuk syarikat pemula peringkat awal yang berpotensi yang menyasarkan cabaran dan peluang terkini dalam bidang sains hayat yang canggih. Akses kepada perkhidmatan dan kepakaran profesional yang dipercayai adalah penting untuk syarikat pemula ini sebagai sebuah pelaburan kewangan memandangkan kedua-dua perkara ini saling berkaitan."
Jean-Marc Bourez, Pengarah Urusan Perkhidmatan & Pelaburan EIT Health menambah: "Ahli korporat dan VC kami sangat berminat untuk menyokong syarikat-syarikat baharu, inovatif dan bercita-cita tinggi ini, malah ia adalah sangat membantu sekiranya pasukan yang tampil ke hadapan telah pun disaring dan dibimbing dalam melepasi syarat kawal selia yang berkaitan untuk membawa terapi mereka ke pasaran di Eropah. PLG berada pada kedudukan yang ideal untuk membantu dengan pengetahuannya yang luas tentang konteks kawal selia dan budaya dalam setiap pasaran Eropah serta pemahaman terperinci tentang bagaimana pembayaran balik berfungsi di setiap negara dan syarat yang kompleks berkaitan dengan ujian klinikal."
"Kami berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan ini, yang mana ia amat bersesuaian dengan matlamat strategik kami sendiri untuk memperjuangkan generasi peneraju sains hayat Eropah yang seterusnya," kata Xavier Duburcq, Ketua Pegawai Eksekutif PLG. "Ini semua adalah tentang meningkatkan peluang syarikat pemula yang bercita-cita tinggi di Eropah berbanding pasaran geografi penting yang lain seperti Amerika Utara dan rantau Asia Pasifik."
Gabrièle Breda, Ketua Inovasi PLG menambah: "Memupuk inovasi dalam bidang bioteknologi, Teknologi Perubatan dan kesihatan digital merupakan bahagian utama strategi kami. Oleh itu, kami dengan besar hatinya menerima kerjasama yang berprestij ini dan peluang yang tidak ternilai daripada kerjasama ini untuk membantu syarikat-syarikat baharu yang bercita-cita tinggi untuk menangani kerumitan pasaran dengan berkesan dan cekap supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka tanpa berlengah-lengah."
Kedua-dua VCoE EIT dan PLG akan mengambil bahagian yang aktif dalam pameran perdagangan Medica yang akan datang pada 14 hingga 17 November.
Tentang EIT Health
EIT Health ialah rangkaian inovator bidang kesihatan yang terbaik dalam industrinya yang disokong oleh EU. Kami bekerjasama merentasi sempadan untuk menyampaikan penyelesaian baharu yang dapat membolehkan warga Eropah menjalani kehidupan yang lebih panjang dan lebih sihat. Ketika orang Eropah cuba menangani cabaran terhadap peningkatan penyakit kronik dan morbiditi berbilang serta berusaha untuk merealisasikan peluang yang ditawarkan oleh teknologi untuk bergerak melangkaui pendekatan konvensional dalam rawatan, pencegahan dan gaya hidup yang sihat, kami memerlukan pemimpin pemikir, inovator serta cara yang cekap untuk membawa penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif ke pasaran. EIT Health dapat memenuhi segala keperluan ini. Kami menghubungkan semua peneraju penjagaan kesihatan yang berkenaan di seluruh sempadan Eropah – bagi memastikan keterangkuman semua bahagian bagi pendekatan "segi tiga pengetahuan" agar inovasi boleh berlaku melalui gabungan penyelidikan, pendidikan dan perniagaan untuk manfaat rakyat.
Tentang Pusat Kecemerlangan Usaha Niaga
Melalui VCoE, ahli-ahli menyertai sebuah komuniti eksklusif dana modal usaha niaga terpilih dan pelabur swasta yang seterusnya meningkatkan aliran pelaburan ke arah syarikat pemula sains hayat Eropah, PKS dan Syarikat Permodalan Kecil-Sederhana dengan memadankan pengurus dana dengan korporat farmaseutikal dan pelabur strategik lain yang berminat. VCoE mengambil kira minat khusus ahli-ahlinya untuk mengakses inovasi terbuka dengan meningkatkan keupayaan dan peluang pelaburan bersama mereka untuk kerjasama strategik dalam syarikat pemula sains hayat Eropah yang sangat inovatif. Ahli program akan dapat berkongsi syarikat-syarikat pemula ini, dan EIT Health juga akan menyaring syarikat pemula daripada rangkaiannya untuk dipersembahkan kepada ahlinya, hasil daripada platform berasaskan kecerdasan buatan eksklusif yang dibangunkan oleh Skopai, rakan teknikal VCoE.
Tentang ProductLife Group (PLG)
Misi ProductLife Group adalah untuk meningkatkan kesihatan manusia dengan menyampaikan perkhidmatan pematuhan kawal selia untuk penggunaan penyelesaian perubatan yang selamat dan berkesan.
Sejak hampir 30 tahun, PLG menyokong para pelanggan melalui keseluruhan kitaran hayat produk, menggabungkan kepakaran tempatan dengan jangkauan global yang merangkumi lebih 150 buah negara. Ia menyediakan perkhidmatan perundingan dan penyumberan luar dalam bidang hal ehwal kawal selia, kualiti dan pematuhan, akses pasaran (harga & pembayaran balik), kewaspadaan dan maklumat perubatan, meliputi produk yang mantap serta terapeutik & diagnostik yang inovatif.
Dengan matlamat untuk terus meningkatkan nilai yang disampaikan kepada orang ramai dan pelanggan, PLG komited terhadap kerjasama jangka panjang, inovasi, fleksibiliti dan kecekapan kos.
Untuk maklumat lanjut, sila layari productlifegroup.com
Hubungan
Fabrice Galzin
Ketua Pemasaran ProductLife Group
+33 675 349 606
fgalzin@productlife-group.com