GUANGZHOU, China, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 28 Oktober Waktu Beijing, sebagai wakil perusahaan, Midea Residential Air Conditioner Division ("Midea RAC") mengambil bahagian dalam mesyuarat pemerhatian pensijilan dalam talian sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Pengiktirafan Bersama Pengendali Ekonomi Dibenarkan (AEO) antara kastam China dan Thailand ("Pelan").
Tujuan mesyuarat maya tersebut, sebagai sebahagian daripada protokol Pelan berkenaan adalah untuk membolehkan Kastam Thai memahami proses pensijilan lapangan yang dijalankan oleh Kastam China dan melaksanakan komunikasi secara bersemuka antara pihak-pihak kastam kedua-dua negara dengan lebih baik. Di samping itu, ia membantu Kastam Thai mendapat pengetahuan yang komprehensif tentang perusahaan penanda aras China dan menyumbang kepada pengoptimuman proses pengiktirafan bersama AEO antara kedua-dua negara.
Semasa mesyuarat tersebut, Midea RAC menunjukkan keupayaan pematuhan dan pengurusan terpiawainya kepada Kastam Thai sebagai perusahaan penanda aras AEO Cina dalam pengurusan perusahaan, kawalan berasaskan IT, kawalan keselamatan perdagangan dan aspek-aspek lain.
Midea RAC telah mematuhi piawaian yang ditetapkan terlebih dahulu di bawah program AEO dan diperakui oleh Kastam China sebagai "Perusahaan Diperakui Termaju" (ACE) pada tahun 2016. Dalam bulan April tahun ini, ia dipilih oleh Kastam China sebagai salah satu kelompok pertama daripada perusahaan pengiktirafan bersama antarabangsa AEO bagi tujuan pemerhatian, untuk menjadi penanda aras kepada syarikat-syarikat lain dari segi cara untuk menunjukkan kelakuan berhubung proses pengiktirafan bersama AEO.
Liu Quanfa, Ketua Hal Ehwal Kastam Global, Midea Group, berkata, "Sebagai sebuah firma dagangan asing Cina terkemuka yang berskala besar, Midea RAC mengeksport produk-produk ke Thailand, Malaysia dan banyak negara Asia Tenggara yang lain. Hasil daripada sistem AEO, proses pelepasan kastam telah banyak dipermudahkan dan dipercepatkan serta membolehkan kami mengembangkan perniagaan kami di Asia Tenggara tanpa halangan pita merah birokrasi."
Sistem AEO disokong oleh World Customs Organization, yang mana pihak-pihak berkuasa kastam daripada negara-negara anggota memperakui pengeluar yang telah menunjukkan tahap pematuhan, status kredit dan keselamatan yang lebih tinggi serta memberi pelepasan kastam yang diutamakan dan dipercepatkan untuk mereka yang lulus pensijilan. AEO dapat menikmati pemeriksaan kastam yang kurang dan pelepasan kastam diutamakan apabila menghantar barang antara dua negara yang mencapai persetujuan pengiktirafan bersama.
Mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan penyaman udara rumah, Midea RAC mempunyai rantaian industri yang lengkap. Sejajar dengan misi kumpulan untuk mewujudkan firma digital dan dipacu kecerdasan yang menyediakan kepimpinan teknologi dan akses langsung kepada pengguna selain daripada menjadi penginovasi teknologi, Midea komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor penyaman udara rumah, mengeksport produk ke hampir 400 juta pengguna di 200 negara dan wilayah seluruh dunia.
Memandangkan Kastam China mahupun Thailand telah berjanji untuk mempercepatkan perbincangan tentang pengiktirafan bersama AEO di bawah Pelan tersebut, Midea RAC dijangka mengurangkan perbelanjaan berkaitan perdagangan seperti kos pelabuhan, insurans dan logistik, merangsang pengeluaran di kilangnya di Thailand, meningkatkan daya saing antarabangsa dan memperkemas hala tuju pembangunannya termasuk penyertaan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).