omniture

JURUANIMASI FILEM MENGADAPTASIKAN PENGUIN G&G DALAM VIDEO PENDEK

G&G
2022-11-09 17:30 285

ZHUHAI, China, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- G&G, jenama premium yang menyediakan bahan guna cetak standard emas dan penyelesaian percetakan profesional, bekerjasama dengan bekas juruanimasi Disney untuk menghidupkan watak penguinnya dalam sebuah filem pendek.

 

G&G menggunakan penguin dalam karya seni promosi dan pempakejannya selama hampir 20tahun. Menurut Eric Zhang, Pengurus Besar Ninestar Image, pemimpin-pemimpin syarikat menyaksikan impak perubahan iklim ke atas maharaja penguin semasa satu kunjungan ke Antartika pada tahun 2003. Pemimpin-pemimpin syarikat amat terkesan dengan kekentalan semangat makhluk ini ketika ia bergelut untuk terus hidup.

"Melihat persekitaran yang terjejas itu mengingatkan kepada kami, sebagai pemimpin bahawa G&G juga perlu menjadi kuat dan berdaya tahan," kata Zhang. "Di G&G, kami sentiasa mengambil inisiatif untuk menggalas tanggungjawab sosial korporat. Kami memutuskan bahawa produk kami perlu berciri mesra alam dan berusaha untuk membuka jalan bagi mencapai pembangunan mampan yang hijau dan rendah karbon."

Susulan kembalinya mereka ke China, G&G meneruskan sumbangan kepada 'World Wildlife Fund' untuk membantu memelihara hidupan liar semula jadi planet ini. "Itulah juga sebabnya maharaja penguin menjadi maskot untuk rangkaian produk G&G," tambah Zhang. "Kami terus menjadi pemikir yang mementingkan alam sekitar melalui pelbagai tindakan hijau termasuk Kempen Go Green G&G."

Filem animasi pendek baharu ini menyaksikan dua ekor penguin kembali daripada percutian di Antartika. Greg dan Grace (gambar), dengan huruf awalan G dan G, diberi nama sedemikian sempena jenama G&G. Seekor maharaja penguin yang ramah bertindak untuk menyelamatkan keadaan pada hari itu apabila timbul konflik berhubung pencetakan semasa percutian mereka.

Scan to Watch G&G Carton "Holiday Photos" Made by A Feature Film Animator
Scan to Watch G&G Carton "Holiday Photos" Made by A Feature Film Animator

Juruanimasi Lily Dell berkata, "Bekerjasama dengan G&G dan penguin mereka adalah sesuatu yang mengujakan." Dell pernah bekerjasama dalam sekuel Disney untuk Lion King, Cinderella, Jungle Book, Brother Bear dan Lilo & Stitch. "Berkongsi cerita tentang Maharaja Penguin, Greg dan Grace sememangnya amat menyeronokkan,"beliau menambah. "Kami mempunyai banyak cerita tambahan yang kami boleh hidupkan juga. Saya berharap dapat melakukan lebih banyak lagi bersama G&G." 

Klik di sini untuk mempelajari lebih lanjut tentang maskot penguin G&G. Mencari cetakan yang andal dan berkualiti? Sila emelkan kepada marketing_center@ggimage.com

Scan to Watch G&G Carton "Holiday Photos" Made by A Feature Film Animator

LATAR BELAKANG G&G

G&G, jenama premium bertaraf global dalam menyampaikan bahan guna habis cetakan standard emas dan penyelesaian pencetakan profesional kepada lebih 200 juta pengguna di lebih 170 negara.

G&G bermatlamat untuk membantu orang ramai mengusahakan imej terbaik mereka dengan menjadikan pencetakan ringkas, andal, berpatutan dan mampan melalui inovasi, kecekapan dan rasa hormat kepada insan.

Source: G&G
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Internet Technology Retail Telecommunications New products/services