omniture

CGTN: Pengalaman langsung bagaimana demokrasi China berfungsi

CGTN
2022-11-09 20:12 213

BEIJING, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Laporan Kongres Kebangsaan CPC ke-20 menekankan kepentingan utama untuk memajukan demokrasi rakyat dalam seluruh proses dan memastikan agar rakyat mengurus negara ini. Demokrasi rakyat merupakan nadi sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan ia penting dalam usaha China bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek.

Bagaimana untuk memahami demokrasi di China? Menurut Victor Gao, Pengerusi Yale Law School Association of China, dari segi falsafah, tiada negara di dunia yang mempunyai monopoli terhadap demokrasi. Demokrasi perlu berfungsi dan satu-satunya ujian mudah untuk demokrasi ialah sama ada ia dapat menghasilkan faedah-faedah yang ketara untuk rakyat. China tidak dapat mencapai transformasi ekonomi yang lengkap dan mendalam sepanjang empat dekad yang lalu tanpa rakyat Cina mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembuatan keputusan.

Biarpun CPC di China merupakan parti pemerintah, semua orang digalakkan untuk melakukan lebih banyak lagi untuk negara ini dan menawarkan idea, cadangan dan saranan bagi tujuan penambahbaikan. Sekiranya China dibayangkan sebagai sebuah kereta, maka semua roda kenderaan itu dijajarkan dalam arah yang sama, bergerak ke hadapan secara segerak dan selaras dengan satu sama lain.

Walaupun digelar sebagai seorang jurucakap Parti Komunis China oleh beberapa media barat, hakikatnya Victor Gao bukanlah ahli CPC, tetapi ahli sebuah parti demokratik China. Gao telah dirujuk dalam banyak kesempatan berhubung draf laporan kerajaan dan banyak inisiatif kerajaan, terutamanya dalam peringkat penggubalan. Dengan latar belakang sebagai seorang peguam, jurubank, ahli profesional ekuiti persendirian dan profesor, Gao telah mengemukakan pelbagai cadangan dasar, antaranya telah disemak dan diterima di peringkat paling tinggi dalam sistem politik China.

Menerusi latar belakang akademik dalam politik perbandingan, Gao menyatakan bahawa setiap negara berhak memilih laluan pembangunannya. Kepelbagaian dan ciri-ciri unik negara-negara yang berbeza harus menjadikan umat manusia lebih kuat. Bagi China, beliau percaya bahawa ia berbeza daripada banyak negara yang lain, terutamanya daripada negara-negara barat. Satu-satunya perkara yang penting ialah sama ada demokrasi dengan ciri-ciri Cina berfungsi untuk kepentingan asas rakyat Cina.

Gao memerhatikan bahawa Kongres Parti ke-20 merupakan dedikasi semula kepada kepercayaan asas ini dan komitmen semula untuk mencapai pemodenan komprehensif rakyat Cina dan bagi mencapai impian penggiatan semula yang hebat untuk bangsa Cina dalam dekad-dekad akan datang.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-07/How-does-whole-process-people-s-democracy-work--1eJSwwxCtji/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service