BEIJING, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Dunia sedang melalui perubahan yang pesat dan bergelut dengan cabaran yang tidak pernah dilihat dalam seabad. Ramai orang yang tertanya-tanya: Bolehkah dunia menjadi tempat yang lebih baik? Tian Wei daripada CGTN, sebagai seorang wartawan dan komunikator budaya, berkongsi pandangan unik beliau dalam China Talk selama 10 minit ini.
Tian berkata bahawa dari 800 SM hingga 200 SM, tamadun-tamadun utama dunia melahirkan beberapa pemikir yang paling bijak: Confucius, Laozi, Zhuangzi, Xunzi dan Hanfeizi di China; Socrates, Plato dan Aristotle di Greek; Nabi-nabi Yahudi Yesaya dan Zoroaster dari Parsi; dan juga Buddha dari India kuno. Mereka meletakkan asas falsafah untuk semua umat manusia dan menyediakan beberapa rujukan terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh orang ramai untuk mendapatkan jawapan.
Namun begitu, hari ini, Tian menyatakan bahawa dengan naratif dan perspektif yang didominasi oleh Barat, jawapan yang bagus sukar diperoleh.
Pada pendapat beliau, terdapat kekurangan maklumat yang jelas dalam bidang sejarah dan budaya, dengan skop yang terlalu terhad. Umpamanya, dalam tahun 2013, Time Magazine, terkenal kerana melahirkan insan yang paling berpengaruh dalam tahun tersebut, mengeluarkan senarai tentang "100 paling signifikan dalam sejarah." Tiada seorangpun dari Asia yang berjaya disenaraikan. Ini jelas menunjukkan bahawa sesetengah nilai global kontemporari mencerminkan bahagian yang sangat terhad pada zaman lalu umat manusia. Bagaimana orang ramai boleh mengatasi cabaran yang dihadapi oleh semua insan, sekiranya mereka hanya dihadkan kepada inspirasi dan kebijaksanaan daripada beberapa pelosok dunia?
Tian berkata kekurangan maklumat dan hilangnya kepelbagaian naratif membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu kurang kesedaran diri dan harga diri dalam budaya seseorang. Jadikan Konfusianisme sebagai contoh. Aliran fikir ini menekankan ketepatan hubungan sosial, keadilan, kebaikan dan keikhlasan. Ia mengajar bahawa seorang pemerintah harus memerintah dengan kebaikan, bukan dengan paksaan, dengan sistem yang lengkap diwujudkan untuk mengekang kuasa empayar. Dengan falsafah praktikal yang memberi tumpuan kepada hubungan antara individu dan masyarakat, Konfusianisme menemui jalannya jauh ke lubuk hati insan.
Tian berkata penemuan diri, kesedaran diri dan harga diri dalam budaya seseorang bukan sahaja penting untuk mereka, bahkan ia merupakan satu khidmat yang hebat buat semua, kerana orang ramai perlu membawa daya kreativiti dan kepelbagaian terbaik untuk menangani cabaran yang dihadapi pada hari ini. (tamat)
https://news.cgtn.com/news/2022-11-07/Cultural-solutions-to-world-challenges-1eKxjb3oyWs/index.html