omniture

Pameran Canton ke-132 Sampaikan Prestasi Lancar dan Catat Rekod Baharu pada Pelbagai Peringkat

Canton Fair
2022-11-09 22:11 265

GUANGZHOU, China, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-132 menggamit perhatian dan menarik penyertaan daripada peserta pameran seluruh dunia dan dalam masa yang sama menyampaikan prestasi yang lancar serta mencatat beberapa rekod baharu sejak pembukaannya pada 15 Oktober 2022. Dengan menggalakkan perangkaian antara pembekal dan pembeli, acara ini telah meningkatkan kualiti perdagangan antarabangsa ke tahap serba baharu. Setakat 24 Oktober, bilangan pengunjung ke laman sesawang rasmi Pameran Canton melebihi 10.4 juta dengan lawatan melangkaui 38 juta, menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 3.27% dan 13.75% berbanding dengan sesi terdahulu.

Alami Siaran Berita Multimedia interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/9110351-132nd-canton-fair/ 

Pameran Canton ke-132
Pameran Canton ke-132

Pameran diperluaskan mencatat rekod baharu pada pelbagai peringkat

Acara tahun ini menarik minat 35,000 peserta pameran, meningkat 40% daripada sesi terdahulu. Peserta pameran melibatkan kira-kira 5,000 syarikat yang mendapat penilaian tertinggi, antaranya beberapa firma teknologi tinggi terkemuka China dan perniagaan lain yang telah sekian lama bertapak kukuh, meningkat 5% daripada edisi terdahulu. Bilangan pameran keseluruhan juga meningkat 10% kepada lebih 3.3 juta.

Di samping itu, acara ini juga mencatat rekod baharu dari segi bilangan negara dan wilayah di tempat pembeli berada; 510,000 pembeli dari 229 negara dan wilayah telah mendaftar. 72 firma multinasional besar menghadiri Pameran ini, satu peningkatan sebanyak 41.18%.

Antara banyak perkhidmatan sokongan, pemadanan perniagaan menonjol sebagai perkhidmatan yang menyampaikan hasil terbanyak kepada hadirin

Menyasarkan 46 pasaran penting dan 26 negara Jalur dan Jalan, Pameran Canton menganjurkan barisan perkhidmatan sokongan profesional untuk pelanggan tertentu dalam sektor-sektor penting.

Dengan pelbagai perkhidmatan sokongan, Pameran Canton mempromosikan produk buatan China premium dengan memudahkan pertukaran, interaksi dan pemadanan yang tepat antara pembeli dan pembekal serta membantu mereka menutup urus niaga. Acara dan perkhidmatan yang ditonjolkan termasuk minggu pemadanan perniagaan untuk syarikat-syarikat multinasional terkemuka, aktiviti promosi perdagangan "Dwi Peredaran" ("Dual Circulation"), lebih 80 kempen promosi "Jambatan Perdagangan" ("Trade Bridge") untuk pembekal dan pembeli global, acara promosi perdagangan "Terokai Pameran Canton dengan Lebah dan Madu" ("Discover Canton Fair with Bee and Honey") dan 200 pelancaran produk baharu dalam 7 sektor utama.

Acara ini mempromosikan penggiatan luar bandar  

Bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan sektor-sektor luar bandar, Pameran Canton menyediakan zon "Penggiatan Luar Bandar" khas, menarik minat 933 syarikat dari 21 wilayah, perbandaran dan wilayah berautonomi Cina. Peserta pameran mempamerkan 46,400 produk termasuk 12,400 tawaran baharu dan 9,900 penyelesaian karbon rendah hijau.

Platform dalam talian bagi Pameran Canton masih dapat diakses hingga 15 Mac 2023 dan terus menyediakan perkhidmatan komunikasi segera dan pemadanan perdagangan. Dengan waktu perkhidmatan yang dilanjutkan, acara ini dijangka dapat terus membantu peserta pameran di seluruh dunia memperoleh pesanan dan memanfaatkan peluang perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila daftar di https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

 

Source: Canton Fair
Keywords: Advertising Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements Trade show news