omniture

Majlis Piawaian Keselamatan PCI Melantik Yew Kuann Cheng sebagai Naib Presiden Serantau Asia Pasifik

PCI Security Standards Council
2022-11-09 23:22 196

 Pakar keselamatan pembayaran veteran bakal memimpin PCI SSC Asia Pasifik 

WAKEFIELD, Massachusetts, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Majlis Piawaian Keselamatan PCI, sebuah badan piawaian global untuk industri kad pembayaran, telah mengumumkan pelantikan Yew Kuann Cheng sebagai Naib Presiden Serantau baharu untuk Asia Pasifik.  Jawatan ini akan mengusahakan peluasan jangkauan bagi mendidik dan mempromosikan kepentingan Piawaian Keselamatan PCI di seluruh rantau ini. 

Yew Kuann akan berkhidmat sebagai Naib Presiden Serantau dan bertanggungjawab untuk memacu penerimagunaan piawaian keselamatan PCI bagi keselamatan pembayaran di seluruh rantau Asia Pasifik.  Berpangkalan di Singapura, Yew Kuann akan berkhidmat sebagai wakil pengurusan kanan dan pengurus perhubungan PCI SSC di Asia Pasifik.  Dalam jawatan baharu ini, beliau akan membantu mendorong kesedaran dan pertumbuhan Majlis ini dengan memberi penekanan untuk memahamkan pihak berkepentingan akan pentingnya keselamatan data untuk pembayaran, meningkatkan penyertaan dan menyokong penerimagunaan piawaian SSC PCI di rantau Asia Pasifik.  

"Yew Kuann membawa satu set kemahiran dan pengetahuan yang unik kepada PCI SSC dan kami teruja untuk mengalu-alukan penyertaannya ke dalam keluarga PCI" kata Lance Johnson, Pengarah Eksekutif Majlis Piawaian Keselamatan PCI.    "Yew Kuann akan memainkan peranan penting dalam fokus kami yang berterusan di Asia Pasifik sebagai rantau keselamatan pembayaran yang diberi keutamaan."

"Saya teruja untuk menangani cabaran baharu ini dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri pembayaran di seluruh rantau ini," ujar Yew Kuann Cheng. "Latar belakang saya dalam bidang pembayaran, pematuhan dan pengurusan risiko penipuan serta minat saya dalam bidang keselamatan dapat membantu organisasi memahami kepentingan aktiviti yang dijalankan oleh PCI SSC dan sebab-sebabnya.  Kita semua perlu berganding bahu untuk memerangi ancaman hari ini yang wujud di luar sana." 

Yew Kuann memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran dari Monash University, Australia. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai Pengarah Kanan Operasi dan Strategi Risiko Visa di Asia Pasifik.

Yew Kuann ialah seorang pemastautin di Singapura dan gemar meluangkan masa bersama keluarga, membaca dan bersiar-siar bersama anjing. 

Tentang Majlis Piawaian Keselamatan PCI

Majlis Piawaian Keselamatan PCI (PCI SSC) menerajui usaha silang industri global untuk meningkatkan keselamatan pembayaran dengan menyediakan piawaian dan program keselamatan data yang dipacu industri, fleksibel dan berkesan yang membantu perniagaan mengesan, mengurangkan dan mencegah serangan siber serta pelanggaran. Berhubung dengan PCI SSC di LinkedIn. Sertai perbualan di Twitter @PCISSC. Langgani PCI Perspectives Blog.

Source: PCI Security Standards Council
Keywords: Banking/Financial Service