omniture

Sterling Bekerjasama dengan Yoti untuk Melancarkan Penyelesaian Identiti Digital Mudah Alih yang Eksklusif di Peringkat Antarabangsa

Sterling
2022-11-09 23:52 219
  • Sterling dan Yoti akan menyepadukan aliran kerja pengesahan identiti digital yang unik ke dalam proses pengambilan pekerja di seluruh EMEA dan APAC
  • Langkah ini akan mengukuhkan pemeriksaan sebelum pengambilan bekerja bagi syarikat-syarikat di seluruh dunia
  • Kedua-dua syarikat ini juga akan memperkenalkan identiti digital yang selamat untuk calon-calon supaya mereka boleh berkongsi dengan perniagaan dan organisasi lain untuk pelbagai penggunaan

NEW YORK, 9 November 2022 /PRNewswire/ -- Sterling (NASDAQ: STER), penyedia terkemuka bagi penyelesaian identiti dan latar belakang, bekerjasama dengan syarikat identiti digital, Yoti, untuk memperkemas pemeriksaan latar belakang dan memperluas penyelesaian identiti digital mereka. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran Sterling dalam saringan latar belakang selama lebih 45 tahun dengan teknologi pengesahan identiti yang inovatif dari Yoti. Kerjasama global ini akan memperluas keupayaan identiti digital Sterling di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) serta Asia pasifik (APAC) dan mempercepat visinya untuk menghasilkan identiti mudah alih yang berteraskan privasi kepada para calon.

Kerjasama Sterling – Yoti ini akan membolehkan aliran kerja pengesahan identiti digital eksklusif yang disepadukan secara langsung ke dalam proses pengambilan pekerja yang membolehkan para majikan mengambil pendekatan yang mengutamakan identiti, di mana identiti calon disahkan sebelum melengkapkan pemeriksaan latar belakang yang lain dan sebelum calon diambil bekerja. Ini mengukuhkan pemeriksaan sebelum pengambilan bekerja, mengurangkan atau menghapuskan keperluan terhadap penggunaan dokumen fizikal dan mewujudkan pengalaman pengambilan pekerja dan suai tugas yang mudah untuk majikan dan juga calon.

Selain itu, calon yang mengesahkan identiti mereka melalui Sterling dan Yoti akan dapat menghasilkan identiti digital yang selamat dan boleh diguna semula dengan lancar. Ia akan membolehkan mereka mengesahkan identiti mereka hanya sekali dan berkongsi butiran mereka dengan perniagaan lain dalam beberapa saat, sekali gus menjadikan proses pengesahan lebih diperkemas untuk majikan dan calon. Individu akan dapat menggunakan identiti digital mereka untuk peluang pekerjaan, pengesahan usia dan sebarang proses di masa akan datang yang memerlukan pengesahan identiti.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Yoti, peneraju antarabangsa dalam pengesahan identiti digital, bagi memperluas akses tawaran identiti Sterling kepada majikan di seluruh dunia," kata Josh Peirez, Ketua Pegawai Eksekutif Sterling. "Kerjasama ini akan memberikan penyelesaian identiti digital yang eksklusif dan bersepadu sepenuhnya kepada para pelanggan kami, yang akan memperkemas dan mempermudah pengesahan identiti dalam proses pengambilan pekerja serta meningkatkan ketepatan pemeriksaan latar belakang."

Robin Tombs, Ketua Pegawai Eksekutif Yoti berkata: "Kami berbesar hati dapat menggabungkan teknologi pengesahan identiti digital kami dengan kepakaran Sterling dalam saringan latar belakang bagi menghasilkan penyelesaian identiti digital bersepadu yang inovatif. Kami dapat menawarkan pemeriksaan pekerjaan yang paling menyeluruh, selamat dan cekap kepada syarikat-syarikat. Dengan mengguna pakai pendekatan yang 'mengutamakan identiti', para majikan boleh mempunyai keyakinan bahawa orang yang betul memohon pekerjaan tersebut serta mendapat manfaat daripada proses suai tugas yang lancar. Pemeriksaan identiti digital kami akan memperkemas saringan latar belakang dan meningkatkan kecekapan di sepanjang proses pengambilan pekerja."

Sterling dan Yoti telah bekerjasama untuk mewujudkan aliran kerja yang bersepadu dan berstruktur sepenuhnya berkaitan identiti digital yang boleh diguna semula dan piawaian yang melindungi privasi. Para pelanggan Sterling dan calon mereka akan dapat menikmati pengalaman unik di seluruh rantau antarabangsa Sterling yang bermula pada tahun 2023, dengan fasa pertama bermula di UK.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjasama ini, sila layari Hab Identiti Digital Sterling.

Nota kepada editor: 

Mengikut undang-undang baharu, semakan Hak untuk Bekerja dan DBS kini boleh dilengkapkan secara digital menggunakan Pembekal Perkhidmatan Identiti (IDSP). Yoti dan rakan niaganya, Post Office menjadi IDSP pertama yang diperakui di UK. Sterling juga merupakan IDSP yang diperakui, di bawah Rangka Kerja Kepercayaan Atribut & Identiti Digital UK, bagi pemeriksaan Hak untuk Bekerja UK, Rekod Jenayah DBS dan Hak untuk Menyewa UK.

Tentang Sterling

Sterling (NASDAQ: STER) — penyedia terkemuka bagi perkhidmatan latar belakang dan identiti — menawarkan pengesahan latar belakang dan identiti untuk membantu lebih 50,000 pelanggan mewujudkan budaya mengutamakan para pekerja yang dibina berasaskan kepercayaan dan keselamatan. Perkhidmatan didayakan teknologi daripada Sterling ini membantu organisasi merentasi pelbagai industri mewujudkan persekitaran yang hebat untuk para pekerja, rakan kongsi dan para pelanggan mereka. Dengan operasi di seluruh dunia, Sterling menjalankan lebih 95 juta carian dalam tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 31 Disember 2021. Sila kunjungi kami di sterlingcheck.com/.

Tentang Yoti

Yoti ialah sebuah syarikat teknologi identiti digital yang menjadikannya lebih selamat bagi orang ramai untuk membuktikan siapa mereka, mengesahkan identiti dan kelayakan yang dipercayai secara dalam talian dan bersemuka. Syarikat ini kini menyediakan penyelesaian pengesahan di seluruh dunia yang meliputi pengesahan identiti, pengesahan usia, e-Tandatangan dokumen, pengurusan akses dan pengesahihan. Di UK, Yoti telah bekerjasama dengan Post Office untuk mempercepat penerimagunaan identiti digital dengan kehadiran di seluruh negara tersebut yang meliputi 11,500 buah cawangan Post Office, secara dalam talian dan banyak lagi. Lebih 12 juta orang telah memuat turun aplikasi percuma Yoti di seluruh dunia. Ia tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jerman, Portugis dan Poland. Yoti diperakui oleh ISO/IEC 27001:2013 untuk Perkhidmatan Pengesahan ID dan ISAE 3000 (SOC 2) Jenis 2 yang memperakui proses keselamatan organisasi dan teknikal miliknya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yoti.com.

Hubungan:

Sterling
Pelabur:
Judah Sokel
IR@sterlingcheck.com 

Media:
Jamie Serino
Jamie.Serino@sterlingcheck.com

Yoti
press@yoti.com

Yoti is a digital identity technology company that makes it safer for people to prove who they are, verifying identities and trusted credentials online and in-person. They now provide verification solutions across the globe, spanning identity verification, age verification, document eSigning, access management, and authentication. For more information, please visit www.yoti.com.
Yoti is a digital identity technology company that makes it safer for people to prove who they are, verifying identities and trusted credentials online and in-person. They now provide verification solutions across the globe, spanning identity verification, age verification, document eSigning, access management, and authentication. For more information, please visit www.yoti.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/391492/Sterling_Talent_Solutions_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1941993/Yoti.jpg?p=medium600 

 

Source: Sterling
Related Stocks:
NASDAQ:STER
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements New products/services