omniture

Alphawave IP Menerima Anugerah Rakan Kongsi Terbaik OIP TSMC 2022 untuk Inovasi IP SerDes Berkelajuan Tinggi

Alphawave IP Group Plc
2022-11-10 02:02 180

Ini menandakan tahun ketiga berturut-turut Alphawave memenangi anugerah berprestij ini yang memberi penghormatan kepada pendayaan reka bentuk generasi seterusnya

TORONTO dan HSINCHU, Taiwan, 10 November 2022 /PRNewswire/-- Alphawave IP (LSE: AWE), peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur berteknologi di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima anugerah Rakan Kongsi Terbaik OIP TSMC 2022 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi. Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Alphawave IP memenangi anugerah ini, yang memberi penghargaan kepada kecemerlangan rakan kongsi ekosistem Platform Inovasi Terbuka (OIP) TSMC® dalam pendayaan reka bentuk generasi seterusnya sepanjang tahun lalu.

TSMC mengumumkan pemenang anugerah ini pada Forum Ekosistem OIP 2022, iaitu sebuah acara yang menghimpunkan rakan kongsi ekosistem reka bentuk semikonduktor dan pelanggan TSMC, menyediakan satu platform yang ideal untuk perbincangan tentang teknologi terkini dan penyelesaian reka bentuk aplikasi HPC, mudah alih, automotif dan IoT. Alphawave IP memenangi anugerah pada tahun ini untuk portfolio IP kesalinghubungan silikon yang tersedia kepada pelanggan TSMC serta kemajuan teknologi dengan terhasilnya kejayaan reka bentuk akhir SerDes ZeusCORE100® 1-112Gbps NRZ/PAM4 pada proses N3E TSMC.

"Kami berbesar hati kerana telah menerima anugerah Rakan Kongsi Terbaik OIP TSMC untuk tahun ketiga berturut-turut," kata Tony Pialis, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Alphawave IP. "Sepanjang tahun lalu, kami bekerjasama rapat dengan pasukan TSMC untuk melakukan inovasi yang penting dalam teknologi kesalinghubungan berkelajuan tinggi yang merangkumi teknologi cip ujian Alphawave pertama pada proses N3E TSMC yang paling canggih. Bersama-sama dengan TSMC, kami akan terus membangunkan rangkaian, pelayan dan produk storan generasi seterusnya untuk syarikat berskala hiper dan pelanggan semikonduktor. Kami berasa bangga kerana diiktiraf sebagai rakan kongsi ekosistem TSMC yang terkemuka dan berharap dapat membawa lebih banyak penyelesaian kesalinghubungan terkemuka ke Platform Inovasi Terbuka TSMC."

"TSMC memberikan Anugerah Rakan Kongsi Terbaik OIP TSMC 2022 kepada Alphawave IP atas sumbangannya kepada ekosistem reka bentuk OIP," kata Dan Kochpatcharin, Ketua Bahagian Pengurusan Infrastruktur Reka Bentuk TSMC. "Kerjasama dan usaha berterusan Alphawave IP dengan TSMC akan memastikan pelanggan bersama kami boleh mendapat manfaat daripada kuasa dan peningkatan prestasi teknologi canggih TSMC yang signifikan serta mencapai hasil reka bentuk yang terbaik."

Anugerah Rakan Kongsi Terbaik OIP ini diberikan kepada rakan kongsi syarikat yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencapai standard reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan teknologi yang tertinggi. Alphawave IP berharap dapat meneruskan hubungan yang kukuh dengan TSMC untuk mendayakan penghasilan reka bentuk generasi seterusnya dengan penyelesaian dan perkhidmatan yang diperakui menggunakan teknologi terkini TSMC.

Tentang Alphawave IP
Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Alphawave ialah peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur berteknologi di dunia. Oleh itu, penyelesaian IP kami memenuhi keperluan para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 oleh sepasukan pakar teknikal dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada cabaran kesalinghubungan yang paling sukar untuk diselesaikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave IP, sila layari awaveip.com.

Maklumat hubungan: Alphawave IP Group Plc, John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif, Jose Cano, Ketua Perhubungan Pelabur Global, ir@awaveip.com, +44 (0) 20 7717 5877; Brunswick Group: Simone Selzer, Sarah West, alphawave@brunswickgroup.com, +44 (0) 20 74045959; Gravitate PR: Lisette Paras, Wynton Yu, alphawave@gravitatepr.com, +1 415 420 8420

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1942012/Alphawave_IP_Group_Plc_Alphawave_IP_Receives_2022_TSMC_OIP_Partn.jpg?p=medium600

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Internet Technology Telecommunications Awards