omniture

GWM Capai Rekod Jualan Luar Negara Bulanan Tertinggi Seumpamanya menjelang Oktober Ini

GWM
2022-11-10 14:16 126

BAODING, China, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- GWM mengeluarkan data jualan yang terkini pada 4 November. Syarikat ini menjual 100,208 unit dalam pasaran seluruh dunia pada bulan Oktober. Jualan kenderaannya mencapai paras tinggi mencatat rekod iaitu 21,052 unit dalam pasaran luar negara, meningkat 49.58%. Dari Januari hingga Oktober 2022, GWM menjual 132,796 kenderaan luar negara dengan peningkatan berbanding tahun sebelumnya (YoY) meningkat sebanyak 18.55% dan mencapai keputusan jualan yang cemerlang dalam banyak pasaran.

GWM Capai Rekod Jualan Luar Negara Bulanan Tertinggi Seumpamanya menjelang Oktober Ini
GWM Capai Rekod Jualan Luar Negara Bulanan Tertinggi Seumpamanya menjelang Oktober Ini

Menurut data yang dikeluarkan oleh National Association of Automobile Manufacturers of South Africa (NAAMSA), GWM melonjak ke tempat keenam antara jenama-jenama automobil paling laris terjual di peringkat tempatan pada bulan Oktober ini, mengatasi Ford dan Kia. HAVAL JOLION telah menjual hampir 8,000 unit di Afrika Selatan dari Januari hingga Oktober pada tahun ini dan baru-baru ini dinilai sebagai "Anugerah Pengilangan Kereta Pendatang Baharu Diimport Terbaik Tahunan" oleh NAAMSA. GWM PICKUP turut mencapai jualan yang sangat baik di Afrika Selatan. GWM POER tersenarai antara sepuluh terbaik dalam segmen-segmen pasaran tempatan pada bulan Oktober.

Di Australia, menurut laporan jualan kereta-baharu Federal Chamber of Automotive Industries VFACTS, volum jualan GWM meningkat sebanyak 45.5% YoY pada bulan Oktober, mengatasi Tesla dan Subaru serta tersenarai antara 10 terbaik. Dari Januari hingga Oktober, jualan kumulatif GWM melebihi 18,000 unit, dengan peningkatan YoY sebanyak 26.5%.

Di Thailand, di mana kenderaan tenaga baharu (NEV) kini sedang rancak berjalan, GWM ORA GOOD CAT mengekalkan kedudukan utama dalam segmen pasaran EV tempatan. Pada bulan Jun 2022, ORA GOOD CAT GT dilancarkan di Thailand dan kesemua 500 pra-pesanan ditempah dalam tempoh 58 minit. Menjelang penghujung Oktober tahun ini, pesanan kumulatif GOOD CAT dan GOOD CAT GT telah melebihi 5,500 unit, mencapai puncak jualan baharu untuk model-model EV di Thailand.

Bagi memenuhi keperluan pelbagai pelanggan global untuk perjalanan mesra alam dan karbon rendah, GWM melancarkan secara berturut-turut beberapa model tenaga baharu seperti HAVAL H6 PHEV, H6 HEV dan JOLION HEV. Ketiga-tiga model ini kesemuanya diaplikasikan dengan L.E.M.O.N. DHT dan boleh menukar mod pemanduan dengan pintar apabila berada dalam senario berbeza untuk mencapai penggunaan bahan api yang lebih rendah.

GWM sentiasa meluaskan skalanya di Eropah yang merupakan pasaran NEV canggih. Dalam bulan Oktober 2022, GWM memaparkan pelbagai NEV pintar termasuk WEY Coffee 01, WEY Coffee 02, model-modeul EV tulen ORA GOOD CAT (dinamakan FUNKY CAT dalam pasaran Eropah) dan Lightning Cat (untuk pasaran Cina) di Pameran Motor Paris 2022. Dengan reka bentuk yang cemerlang dan teknologi terkemuka, model-model ini telah menarik perhatian yang luas dalam kalangan pelanggan.

Ketika ini, GWM mempunyai produk yang pelbagai dalam pasaran global. Syarikat ini merancang untuk terus meningkatkan pelaburan dalam produk pintar dan NEV bagi memenuhi keperluan dibezakan pelanggan global dengan lebih baik.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities Sales reports