omniture

PEMIMPIN TELEKOMUNIKASI BERHIMPUN DI WEMEET EUROPE UNTUK MEMUKTAMADKAN SIRI PERSIDANGAN WEMEET GLOBAL MOBILEUM TAHUN 2022

Mobileum
2022-11-10 18:41 173

Persidangan Selama Dua Hari Menekankan Pendayaan dan Pengewangan 5G, Peralihan Awan, Keselamatan Siber dan Pelbagai Lagi Perkara dengan para Peneraju Telekomunikasi Global 

CUPERTINO, California, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian telekomunikasi analitik yang terkemuka, baru-baru ini memuktamadkan persidangan WeMeet Europe di Porto, Portugal. WeMeet ialah satu siri persidangan global tahunan anjuran Mobileum yang menyatukan para pemimpin industri bagi meneroka isu-isu dan peluang dalam sektor telekomunikasi dan teknologi. WeMeet Europe merupakan siri persidangan akhir untuk tahun 2022, selepas WeMeet Americas di Miami dan WeMeet Asia di Bangkok.

Acara Mobileum selama dua hari ini menampilkan para penceramah dan peserta dari kalangan pemimpin telekomunikasi di Eropah serta jenama-jenama inovatif seperti Microsoft, Sky, Audi, Dish dan GSMA, organisasi dalam industri global yang menyatukan ekosistem mudah alih. Para peserta membuat pembentangan dan demonstrasi produk serta terlibat dalam perbincangan bersama panel penceramah sambil membina rangkaian.

Tema WeMeet Europe ialah "Quantum Connections" atau Hubungan Kuantum yang merangkumi topik-topik tentang kelebihan kesalinghubungan canggih masa kini:

  • Peralihan Awan dan Transformasi Digital
  • Perlindungan Terhadap Ancaman Siber dalam Persekitaran Geopolitik yang Berkembang Pesat
  • Jaminan Perkhidmatan dan Rangkaian untuk Mengatasi Kerumitannya yang Semakin Meningkat
  • Pendayaan dan Pengewangan 5G
  • Merintis Laluan untuk Rangkaian Peribadi

Mobileum bekerjasama dengan 35 daripada 36 pengendali rangkaian Tahap 1 global dan 70% syarikat telekomunikasi Tahap 2 di lebih 190 negara termasuk pelanggan cip biru seperti MTN, Orange, T-Mobile dan Verizon. Active Intelligence PlatformTM miliknya merupakan penyelesaian sehenti untuk keperluan Data Raya para pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP). Dengan Active Intelligence, CSP boleh membuat keputusan bermaklumat dan dipacu data yang mendorong penambahbaikan dalam mengekalkan pelanggan, perbelanjaan infrastruktur yang dioptimumkan dan pertumbuhan perniagaan serta transformasi digital yang dipercepat.

"Rangkaian generasi seterusnya memerlukan kerjasama yang merangkumi seluruh ekosistem terhubung. Persidangan WeMeet menawarkan peluang untuk bersama-sama dengan rakan industri dalam mempelajari serta menangani cabaran dan peluang terbesar yang muncul akibat kemajuan berterusan dalam teknologi telekomunikasi," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum. "Kami berterima kasih kepada rakan sekerja dan pelanggan kami di Eropah kerana membawakan semangat untuk berinovasi secara kolaboratif ini ke WeMeet Eropah."

Antara sorotan program ini ialah:

  • Demonstrasi Platform Active IntelligenceTM secara langsung yang menunjukkan pemantauan data berbilang sumber dan pelbagai format dalam masa nyata, dengan logik perniagaan yang boleh dilaksanakan untuk menguruskan trafik, mengurangkan risiko dan melindungi rangkaian.
  • Pembentangan daripada GSMA tentang eBusiness Network, suatu rangkaian blok rantai gred komersial seluruh industri yang disokong oleh Mobileum, yang menyediakan pengendali mudah alih dengan antara muka tunggal untuk mendayakan penyelesaian perayauan secara automatik, telus dan cekap.
  • Pelbagai perbincangan tentang isu dan peluang yang berkaitan dengan pelancaran 5G, dengan fokus untuk mengatasi kemerosotan 2G/3G, jaminan rangkaian dan pengewangan lestari.

"Kami berbesar hati dapat menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian yang dipercayai oleh para pengendali telekomunikasi terkemuka dan inovator lain dalam ekosistem terhubung ini – di Eropah dan di seluruh dunia," kata Bernardo Lucas, Ketua Pegawai Pemasaran & Strategi Mobileum. "Dengan keupayaan Active Intelligence dan skala global kami, Mobileum berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan kecekapan dan mengenal pasti peluang baharu dalam rantaian nilai telekomunikasi. WeMeet memberi gambaran tentang pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh cerapan dan analisis data Mobileum untuk menyokong rangkaian yang menjadi asas kepada masa depan digital."

Tentang Mobileum Inc.  

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta risikan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence milik syarikat ini, yang menyediakan penyelesaian analitik canggih serta membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Jerman, Greece, India, Indonesia, Portugal, Singapura dan UK. 

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/ dan ikuti @MobileumInc di Twitter.  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Mobileum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment High Tech Security Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news Data Analytics