omniture

CCTV+: Bunyi yang Berlegar-legar di Akademi

CCTV+
2022-11-11 01:47 285

BEIJING, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Bilakah White Deer Cave terbentuk dan muncul bersebelahan Five Old Men Peak? Di kaki bahagian selatan Five Old Men Peak, Lushan, sebuah bangunan usang yang telah mengharungi liku-liku kehidupan, teguh berdiri di sana, memaparkan keindahan zaman dahulu kala. Bangunan ini merupakan White Deer Cave Academy, yang menduduki tempat pertama antara empat akademi purba Cina. Selama beribu-ribu tahun lamanya, ramai sarjana yang telah dididik di sini dan ramai juga pelajar cemerlang menamatkan pengajian di sini dan melangkah menuju laluan yang berbeza. Selepas berabad-abad, nama-nama pada loh masih lagi mempesonakan. Pada 1216 Tahun Masihi, seorang lelaki berumur 18 tahun datang ke White Deer Cave Academy. Beliau ialah Jiang Wanli dari Duchang, Wilayah Jiangxi. Lantaran rasa kagum terhadap Zhu Xi, seorang ilmuwan yang hebat, beliau datang ke sini untuk belajar. Ketika itu, White Deer Cave Academy telahpun dipenuhi dengan ilmuwan yang hebat, dengan beribu-ribu orang pelajar. Mereka belajar klasik Konfusianisme dan menurunkan semangat Konfusianisme iaitu "kemanusiaan, keadilan, budi bahasa dan kebijaksanaan," lalu membuatkan White Deer Cave meningkat kedudukannya sebagai sekolah terbaik di China.

 

Pada tahun 1241 Tahun Masihi, Jiang Wanli yang berumur 44 tahun menubuhkan Bailuzhou College, yang mana beliau menggunakan sistem White Deer Cave Academy dan mengajar semua pelajar secara peribadi. Kemudian pada tahun 1243, beliau menubuhkan Zonglian Jingshe Academy dan Daoyuan Academy. Dalam tahun-tahun kemudiannya, beliau menubuhkan Zhishan Academy di tempat kediaman beliau di Wilayah Raozhou. Dalam tempoh 40 tahun, beliau menubuhkan 4 buah akademi. Melalui kerjaya pendidikan beliau, beliau tekal mendukung falsafah pendidikan iaitu "integriti dan kewajaran."

Semangat akademi-akademi Jiangxi kekal mendalam dan ekstensif sementara konteks budaya Jiangxi pula terus hidup. Semasa Dinasti Song Utara dan Selatan, kesemuanya terdapat 515 akademi di China, manakala terdapat 170 di Jiangxi sahaja, menyumbang satu pertiga di China. Dalam Dinasti Song, terdapat 5,534 calon yang berjaya dalam peperiksaan imperial tertinggi di Jiangxi, menduduki kedudukan pertama di China. Dalam Dinasti Ming, antara 1,239 akademi di China, terdapat 238 di Jiangxi. Musim-musim berubah pantas dan bunyi bacaan secara kuat ketika itu tidak lagi wujud, namun semangat patriotisme, integriti nasional dan semangat akademik dalam menuntut ilmu terus subur dan terus berkembang seluas-luasnya.

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Art Education Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications