omniture

ZTE terajui transformasi digital di Sidang Kemuncak 5G dan Kongres Pengguna 2022

ZTE Corporation
2022-11-11 01:57 405

SHENZHEN, China, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, hari ini memulakan Sidang Kemuncak 5G dan Kongres Pengguna 2022 di Lake Maggiore di Stresa, Itali.

ZTE terajui transformasi digital di Sidang Kemuncak 5G dan Kongres Pengguna 2022
ZTE terajui transformasi digital di Sidang Kemuncak 5G dan Kongres Pengguna 2022

ZTE mengadakan Sidang Kemuncak 5G dan Kongres Pengguna ini dengan tema "Inspirasikan Transformasi Digital" mulai 8-9 November 2022. Ramai pemimpin pemikiran, rakan kongsi industri, penganalisis terkemuka daripada GSMA, Intel, CCS, IGF, 3GPP dan Global Data, operator peringkat tinggi dan ramai lagi yang lain menyertai acara ini dan akan berkongsi pandangan penting mereka. Acara selama 2 hari ini menjemput lebih 300 hadirin daripada lebih 70 syarikat, manakala lebih 50 tetamu akan berbicara tentang kes-kes 5G, ekosistem yang berjaya, transformasi digital, B5G dan juga topik mampan yang mesra alam.

"Pada masa akan datang, dunia digital dan dunia sebenar akan berinteraksi dengan satu sama lain pada skala yang lebih besar, memecahkan ruang dimensi dan berkembang secara berperingkat-peringkat menuju era baharu dengan sambungan mendalam dan lancar," seperti yang ditekankan oleh En. Xiao Ming, Naib Presiden Kanan ZTE. "Setiap langkah yang kita ambil pada hari ini adalah untuk mengukur dunia sebenar dengan jujur dan teguh serta untuk membuka dan membina semula sempadan baharu dalam dunia maya."

Transformasi Digital bukan lagi sekadar inovasi yang ringkas dan ia telah menjadi sambungan pintar bagi perkhidmatan dan vertikal industri yang berbeza.

"Salah satu misi penting 5G pada tahun-tahun akan datang adalah untuk memperkasa transformasi digital dalam semua sektor. Tahun lalu menyaksikan 5G berkembang secara komersial kepada vertikal, telahpun meninjau ekonomi skala," kata John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. "Walau bagaimanapun, bagi mencapai ekonomi ini, industri-industri perlu meninjau banyak senario aplikasi berbeza untuk mengubah 5G daripada teknologi pilihan kepada teknologi yang perlu dimiliki."

"Sekiranya kita ingin membina perniagaan dan komuniti yang lebih kukuh dan mencapai matlamat pembangunan yang mampan, kami tidak boleh meninggalkan sesiapapun di belakang. Operator mudah alih memainkan peranan penting dalam ekosistem inovasi teknologi. Operator boleh mengurangkan cabaran laluan-ke-pasaran dengan menyediakan platform, hubungan pelanggan dan sumber bagi memacu inovasi mudah alih mereka untuk berkembang," ujar Lara Dewar, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA Ltd.

Dengan semua-senario, aplikasi dan teknologi sambungan yang inovatif sebagai asas, ZTE telah mengintegrasikan pendigitalan pintar ke dalam segenap aspek kehidupan, seperti pembuatan pintar, pelabuhan, perubatan, rumah dan sebagainya dan juga menyediakan teknologi dasar dengan berkesan untuk menyokong transformasi digital industri-industri serta masyarakat. Model perniagaan, teknologi dan keperluan pelanggan sedang berubah pada kadar yang sangat pantas. Justeru itu, ekosistem yang kolaboratif membantu industri-industri syarikat telekomunikasi (telco) bukan sahaja untuk bertahan tetapi juga berkembang maju dalam era yang mendesak ini. Semasa berlangsungnya acara ini, ZTE akan memaparkan lagi teknologi dan penyelesaiannya yang canggih serta melancarkan Kertas Putih Teknologi B5G dengan kerjasama GSMA.

Demonstrasi kes vertikal yang berjaya ini bukan sahaja mempengaruhi realiti dalam era 5G tetapi turut mendemonstrasikan bagaimana industri ini dapat mengewangkan aplikasi dan skala yang besar ini. Selain itu, pakar-pakar dan pemimpin-pemimpin ZTE menunjukkan kejayaan rangkaian ini di wilayah-wilayah yang berbeza di seluruh dunia. Pelancaran Mini 5GC menunjukkan bahawa produk ZTE merupakan yang pertama dalam pasaran yang telahpun diguna pakai oleh operator.

Melangkah ke hadapan, ZTE, dengan komitmen terhadap visi dan misinya iaitu "untuk mengupayakan keterhubungan dan kepercayaan di mana-mana" dan "untuk menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik," akan terus merangsang transformasi digital.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news