SHANGHAI, 12 November 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada Xinhuanet:
Yuntianhua Group, salah satu daripada 500 perusahaan terbaik China yang berpangkalan di wilayah Yunnan, membuat kemunculan sulungnya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 pada 5 November di Shanghai. Berdasarkan kepada pencapaian tahun lalu, Yuntianhua Group, meluaskan lagi skala transaksi dan amaun kontrak di tapak mencecah USD 1.398 bilion, lantas menjadi perusahaan berkontrak terbesar bagi misi dagangan Yunnan untuk CIIE selama lima tahun berturut-turut.
Signing ceremony of Yunnan Trade Mission at the 5th China International Import Expo on 5th November 2022 in Shanghai, by Chen Fei
Dari tahun 2018 hingga 2022, jumlah kumulatif amaun penandatanganan Yuntianhua Group di CIIE mencecah USD 6.3 bilion. Dengan membina platform rantaian bekalan global, Yuntianhua menyelaraskan pasaran domestik dan antarabangsa dengan lebih baik dan dua jenis sumber, menginovasi mod dan model perdagangan antarabangsa yang baharu dan terus meningkatkan tahap pembukaan kepada dunia. Hasilnya, amaun transaksi di CIIE bagi Yuntianhua telah meningkat dengan pesat.
Yuntianhua Group telah mengembangkan perniagaan bijirin selama bertahun-tahun. Berbanding dengan Pameran keempat, jumlah amaun produk pertanian yang diimport oleh Yuntianhua Group yang ditandatangani pada tahun ini meningkat sebanyak 22%.
Sebagai contoh, amaun penandatanganan antara Yuntianhua dan Cargill, salah satu daripada empat peniaga bijirin utama dunia yang mengambil bahagian dalam CIIE selama lima tahun berturut-turut, meningkat tahun demi tahun, daripada USD 120 juta dalam tahun 2018 kepada USD 250 juta dalam tahun 2022, mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 108%.
Menjadikan Pameran ini sebagai sebuah pentas, Yuntianhua Group mempersembahkan imej sebuah perusahaan milik negara yang moden dengan pembangunan yang mampan ke mata dunia. Di Pameran tahun ini, rantaian bekalan kimia tenaga Yuntianhua Group terus berinovasi dan membangun, bertahan daripada impak wabak dan ketidaktentuan ekonomi dunia, menjamin bekalan bahan mentah yang stabil untuk pengeluaran pukal dengan efektif dan meningkatkan sekuriti, kestabilan dan kefleksibelan rantaian bekalan global Kumpulan ini.
Sementara itu, jaringan logistik Yuntianhua Group telah mencapai satu kejayaan yang penting. Dengan pembukaan laluan perkapalan baharu dari Pelabuhan Haiphong, Vietnam ke China dan penyambungan pengangkutan rel kontena antara Asia tengah dan Yunnan, radius penjualan komoditi Yuntianhua telah diperluaskan ke Kunming, kawasan pedalaman Yunnan. Ia juga meluaskan pelbagai perolehan bahan mentah dan mengurangkan kos perolehan bahan mentah dengan berkesan.