omniture

TCL Capai Bahagian Pasaran TV 98-inci Global Terbaik

TCL Electronics
2022-11-12 02:28 3382

HONG KONG, 12 November 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengungguli kategori TV 98-inci global menerusi bahagian pasaran yang terbesar di dunia dari suku pertama hingga suku ketiga tahun ini. TCL juga menduduki tempat pertama di Perancis, Itali, Australia dan Pakistan dari segi prestasi jualan untuk pasaran TV 98-inci, seterusnya memberikan kepada mereka kedudukan yang utama secara keseluruhan setakat ini.


*Sila klik di sini untuk imej resolusi tinggi.

Di bawah pengenalan penjenamaan untuk 'Menginspirasikan Kehebatan' ('Inspire Greatness'), TCL terus menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan inovasi perintis yang memainkan peranan penting dalam kehidupan pengguna, dengan memperkasa mereka untuk meningkatkan pengalaman tontonan di rumah mereka dengan teknologi yang diinspirasikan oleh panggung wayang.

Di IFA 2022, TCL mempersembahkan TV QLED 98-inci 98C735, model yang terbesar dalam XL Collection kepada pengguna. Menerusi resolusi QLED 4K yang luar biasa, volum warna 100 peratus+ yang utama dan kecerahan yang menakjubkan, ia membolehkan pengguna menikmati pengalaman tontonan yang imersif dengan kualiti imej mengagumkan serta kontras yang mempesonakan. Paparan IMAX Enhanced memenuhi standard pensijilan tertinggi untuk resolusi dan kadar segar semula, mentransformasikan peminat sukan menjadi penonton barisan hadapan seolah-olah mereka berada di stadium atau menyediakan kepada penggemar filem dengan pengalaman sinematik di rumah pada musim cuti ini.

Di samping itu, sebuah acara sukan bola sepak tertentu yang mengujakan juga akan tiba. Dengan skrin besar yang mengagumkan, TV XL Collection TCL direka bentuk untuk peminat sukan bagi meraikan musim pesta bola sepak ini di rumah, duduk di tepi gelanggang tanpa perlu meninggalkan keselesaan sofa mereka.

XL Collection turut direka bentuk untuk memaparkan adegan bergerak pantas dan padat dengan aksi pada kelajuan natifnya, lalu memberi pengalaman yang menakjubkan untuk filem dan permainan video.

Kedudukan TCL sebagai peneraju pasaran untuk TV 98-inci akan terus berkembang maju melalui inovasi teknologi dan sinergi dengan kategori-kategori produk yang lain seperti bar bunyinya yang meningkatkan lagi pengalaman tontonan dengan mewujudkan persekitaran yang diintegrasikan sepenuhnya dan imersif.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Television