SHANGHAI, 10 Disember 2013 /PRNewswire/ -- The Peninsula Shanghai telah diiktiraf sebagai hotel perniagaan terbaik di dunia buat kali kedua berturut-turut oleh majalah Travel+Leisure yang berpusat di AS. Hasil kaji selidik tahunan Hotel Perniagaan Terbaik Dunia diterbitkan dalam isu bulan Disember 2013 majalah itu, yang memaparkan hotel unggul untuk pengembara perniagaan di bandar seluruh dunia seperti yang diundi oleh para pembacanya. Penghargaan berprestij ini mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh The Peninsula Shanghai dalam mempromosikan kecemerlangan hospitaliti di China, yang diramalkan oleh Persatuan Kembara Perniagaan Global akan menjadi pasaran pengembaraan perniagaan yang paling besar di dunia menjelang tahun 2016.
The Peninsula Shanghai mengungguli senarai Hotel Perniagaan Terbaik Dunia Travel+Leisure, dengan markah yang mengagumkan sebanyak 97.27 daripada 100. Ulasan majalah itu tentang hotel itu memuji "235 kamar tetamu yang menggabungkan lampu kaca cetak timbul serta skrin lakuer hitam dengan kemudahan kurun ke-21. Semuanya dilengkapi dengan telefon VoIP, panel kawalan utama mudah alih, serta tab spa dengan tetapan muzik dan cahaya."
Setiap tahun, para pembaca Travel+Leisure -- penerbitan yang diiktiraf ramai sebagai kuasa global yang menerajui dalam penentuan arah aliran perniagaan dan pelancongan -- diminta mencalonkan hotel yang mewakili yang terbaik sekali dalam perjalanan perniagaan seluruh dunia. Responden diminta memeringkatkan hotel berdasarkan kualiti dan kemudahan bilik, kemudahan untuk pengembara perniagaan, lokasi, standard perkhidmatan, restoran dan makanan, serta nilai keseluruhan. Sidang redaksi Travel+Leisure menapis semua responden, dan maklum balas daripada sebarang profesional industri pengembaraan yang dikenal pasti melengkapkan kaji selidik itu akan disingkirkan daripada kiraan undi akhir.
"Diundi sebagai hotel perniagaan terbaik dunia untuk tahun kedua berturut-turut oleh pihak yang dihormati seperti Travel+Leisure ialah pencapaian yang hebat. Ini merupakan antara anugerah yang diidam-idamkan dalam industri pengembaraan global," kata Joseph W.Y. Chong, Pengurus Besar, The Peninsula Shanghai.
"Memenangi gelaran ini membuktikan industri hospitaliti di China kini boleh bersaing dengan antara yang terbaik di dunia. Ia memberi kami motivasi yang lebih sebagai satu pasukan untuk memberikan standard keselesaan dan perkhidmatan bertaraf dunia, yang disokong oleh teknologi milikan kami yang canggih kepada pengembara perniagaan di Shanghai, yang merupakan pusat kewangan dan komersil utama di Tanah Besar China."
Latar Belakang Travel+Leisure
Travel+Leisure, majalah bulanan oleh American Express Publishing, mempunyai golongan pembaca yang paling banyak berbanding sebarang majalah pengembaraan antarabangsa. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.travelandleisure.com
Latar Belakang The Peninsula Shanghai
Terletak di tebing sungai bersejarah Bund, The Peninsula Shanghai memberi penghormatan kepada Shanghai zaman 1920an dan 1930an, dan mencipta semula pemandangan dan suasana era penuh glamor ini apabila bandar itu diangkat sebagai "Kota Paris Timur". The Peninsula Shanghai mempunyai 235 kamar tetamu dan suite yang selesa dengan pemandangan bandar serta taman, tiga restoran -- Yi Long Court untuk sajian Kantonis mewah, Sir Elly yang menyajikan makanan Eropah moden, dan The Lobby yang menawarkan hidangan Minuman Teh Petang The Peninsula yang terkenal -- ditambah dengan Compass Bar bertema lautan dan malam penuh dansa di Salon de Ning yang tidak lapuk dek zaman.
Tambahan lagi, hotel itu menawarkan untuk tetamu pilihan rawatan yang menyegarkan serta terapi kesihatan badan di The Peninsula Spa. The Peninsula Arcade pula menempatkan lebih 25 kedai jenama antarabangsa barangan mewah, dan The Peninsula Boutique mempunyai rangkaian luas barangan Peninsula yang berjenama serta kudapan gourmet.