omniture

Sertai acara 'World Cup Craze' bersama Vantage dan menangi hadiah dengan pasukan bola sepak kegemaran anda

Vantage
2022-11-15 08:45 350

Undi pasukan menang dan peroleh hadiah semasa kejohanan sukan bola sepak akan datang, dicipta oleh Vantage - aplikasi dan perkhidmatan kewangan moden untuk perdagangan yang mudah di mana-mana.

SINGAPURA, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Vantage (atau "Vantage Markets"), broker berbilang aset bertaraf antarabangsa, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran World Cup Craze Event, sempena penantian Piala Dunia 2022 yang akan datang. Mulai hari ini, pedagang pada Vantage App akan berpeluang untuk mengundi pasukan yang menang dalam setiap perlawanan untuk memperoleh hadiah yang menarik.

Dengan sejumlah 64 perlawanan sepanjang acara tersebut, World Cup Craze dijangka menjadi cara yang menarik dan menyeronokkan untuk peminat sukan mengikuti pemain, pasukan dan keputusan perlawanan sambil berinteraksi dengan para peminat sukan bola sepak yang lain dalam acara Vantage yang unik ini yang bertumpukan sukan kegemaran di seluruh dunia ini. Para pemenang akan diumumkan selepas penutupan acara tersebut iaitu pada 23 Disember 2022.

Aplikasi Vantage meningkatkan pengalaman dagangan mudah alih pengguna dengan ciri-ciri dagangan aplikasi sosial, deposit dalam-aplikasi yang lancar, alatan analisis teknikal proprietari dan banyak lagi bagi memastikan pengguna mendapat alat yang terbaik untuk memanfaatkan peluang dagangan mereka sepenuhnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang World Cup Craze Vantage dan untuk menyertainya, kunjungi halaman penyertaan rasmi di sini. Peserta-peserta juga boleh berinteraksi dengan Vantage di TikTokTwitterInstagram dan Facebook untuk mengikuti perkembangan berhubung pendedahan pemain dan pengumuman berkaitan acara.

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau "Vantage Markets") ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, Bon dan ETF.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

Diperkasakan untuk memanfaatkan peluang pasaran yang menarik dengan lebih baik apabila anda berdagang dengan lebih bijak @vantage

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Mobile Entertainment Sports Hispanic-oriented news Financial Technology