omniture

Toys"R"Us Malaysia Dedahkan Senarai 10 Teratas bagi Mainan Krismas Yang Perlu Dimiliki

Toys"R"Us Asia
2022-11-15 14:18 185

Menjadikan pemberian hadiah lebih mudah, pilihan pakar termasuk sesuatu yang menyeronokkan untuk setiap lingkungan umur dan tahap perkembangan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Sedang mencari hadiah Hari Krismas yang sempurna? Tidak perlu mencari lebih jauh! Sebagai pakar mainan, Toys"R"Us di Malaysia komited untuk menjadikan tugas yang kadang kala mencabar bagi mencari hadiah yang sempurna lebih mudah untuk ibu bapa dan pemberi hadiah ketika mereka meraikan Hari Krismas bersama-sama dan teruja untuk memperkenalkan beberapa mainan istimewa yang telah tersenarai dalam senarai Mainan Paling Popular (Top Toy) pada tahun ini dan boleh didapati di kedai atau secara dalam talian.

Senarai Mainan Paling Popular Krimas Toys"R"Us Malaysia ditentukan mengikut faktor-faktor seperti trend yang hangat, keutamaan pasaran tempatan dan faedah-faedah perkembangan
Senarai Mainan Paling Popular Krimas Toys"R"Us Malaysia ditentukan mengikut faktor-faktor seperti trend yang hangat, keutamaan pasaran tempatan dan faedah-faedah perkembangan

Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, ia mungkin mencabar untuk mencari pilihan hadiah sempurna yang mampu mencipta berjam-jam waktu bermain yang menyeronokkan dan imaginatif, bahkan dapat menyokong pembangunan kemahiran kognitif, motor, sosial, emosi dan linguistik sesuatu yang mencabar. Mainan Paling Popular telah ditentukan oleh Toys"R"Us melalui analisis yang ekstensif, mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk trend yang hangat musim ini, keutamaan pasaran tempatan, kesesuaian lingkungan umur, faedah-faedah perkembangan, kemampuan, faktor-keseronokan dan kehebatan menyeluruh. Dengan kesemua item di rak tertakluk kepada standard dan ujian kualiti serta keselamatan antarabangsa yang ketat, Toys"R"Us memberi ketenangan minda yang tiada tandingan kepada pemberi hadiah.

"Memandangkan ramai dalam kalangan kita di Toys"R"Us juga adalah ibu bapa, kami memahami keterujaan yang dirasai oleh pemberi hadiah apabila melihat keseronokan dan kegembiraan pada wajah anak-anak kita apabila mereka membuka hadiah mereka pada hari penting itu dan menemui barang yang sempurna, mainan istimewa yang mereka impikan untuk merangsang imaginasi mereka," kata Carol Chua, Pengurus Besar, Toys"R"Us Malaysia. "Pilihan Mainan Paling Popular kami yang mengujakan merupakan produk yang akan disukai oleh kanak-kanak dan dipercayai oleh ibu bapa semestinya dapat memberi berjam-jam keseronokan serta hiburan sambil mengeratkan ikatan kekeluargaan."

Penyenaraian Mainan Paling Popular ia menambah keterujaan musim perayaan yang telahpun dihidupkan untuk keluarga, dengan kedai-kedai Toys"R"Us di Malaysia sudah mula dihiasi dengan hiasan Krismas, menjadikannya ia tempat menarik dan menyeronokkan untuk dikunjungi dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai semangat perayaan. 

Senarai Mainan Paling Popular Krismas 2022 Toys"R"Us Malaysia

1. Rubik's 3x3 Cube: Kiub ikonik ini merupakan cabaran minda yang hebat untuk diselesaikan di rumah atau semasa dalam perjalanan

2. Hot Wheels 5-Car Gift Pack: Pek sedia-lumba yang menampilkan lima kenderaan tuangan terap terperinci yang sangat sesuai untuk membina kemahiran motor, kognitif dan sosial

3. Speed City Radio-controlled Stunt Twister: Padat dengan ciri-ciri untuk melakukan helah dan aksi sambil membina koordinasi tangan-mata kanak-kanak serta kemahiran motor halus

4. Carnival Air Hockey: Permainan yang pantas dan mendebarkan yang meningkatkan refleks serta pemikiran kritis kanak-kanak untuk menghasilkan strategi kemenangan

5. LEGO Orchid Plant Decor Building Kit : Projek pembinaan yang mendatangkan kepuasan yang merupakan sebahagian daripada koleksi bunga dan tumbuhan yang diinspirasikan oleh kehidupan sebenar bagi menyerikan mana-mana bilik

6. So You 4-In-1 Unicorn Jewellery Dream Set: Biarkan imaginasi anak anda berkembang ketika mereka menyempurnakan kemahiran motor halus mereka sambil mencipta barang kemas peribadi milik mereka sendiri

7. Smashers Series 5 Dino Island Epic Egg – Assorted: Pecahkan telur dan cari semua kepingan dino dalam pengalaman bermain taktil ini

8. Barbie Color Reveal Sunshine & Sprinkles Dolls and Accessories - Assorted : Kanak-kanak akan gembira membuka kotak patung ini dan mengumpulnya untuk sesuai padankan aksesori serta menambahkan keseronokan bercerita

9. Baby Blush's Fold' N Play House: Rumah anak patung yang berwarna-warni dengan aksesori yang terperinci ini menyokong aktiviti bermain yang imaginatif dan imersif

10. Friends For Life Bun Bun Soft Toy: Karakter yang amat lembut ini membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran interaksi sosial, bahkan turut menjadi kawan yang rapat sepanjang hayat

Mainan Paling Popular Toys"R"Us pastinya memberi keseronokan dan hiburan kepada kanak-kanak sambil mencipta detik ikatan istimewa untuk seisi keluarga
Mainan Paling Popular Toys"R"Us pastinya memberi keseronokan dan hiburan kepada kanak-kanak sambil mencipta detik ikatan istimewa untuk seisi keluarga

Toys"R"Us memahami keperluan unik kanak-kanak ketika mereka membesar dan berkembang serta membantu ibu bapa dan pemberi hadiah yang tidak pasti hadiah terbaik untuk dipilih yang bersesuaian dengan minat dan keperluan perkembangan tumbesaran anak-anak mereka. Pasukan di Toys"R"Us bersedia untuk membantu menyokong semua ibu bapa dan pemberi hadiah dengan khidmat mesra dan nasihat bermanfaat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan lebih menyeronokkan pada musim cuti ini.

Kad Hadiah Digital Kini Tersedia

Tambahan pula, kini pelanggan boleh membeli dan menghantar Kad Hadiah Digital Toys"R"Us kepada rakan-rakan atau insan tersayang dengan pesanan diperibadikan melalui emel untuk digunakan secara dalam talian atau di kedai yang tersedia di www.toysrus.com.my, lalu menjadikan membeli-belah jauh lebih mudah. Bagi menambahkan lagi kemudahan, pembeli mainan sentiasa dapat menemui mainan yang sempurna secara dalam talian dengan khidmat penghantaran ke rumah dan pilihan klik & Ambil disediakan.

Khidmat Membalut Hadiah Sambil Beramal

Tahun ini, Toys"R"Us bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia untuk menyumbang kembali kepada masyarakat sepanjang tempoh istimewa ini tahun ini dengan berusaha untuk membantu kanak-kanak, berumur antara 3 hingga 18 tahun, yang sedang sakit kritikal. Bermula dari 1 November hingga 26 Disember 2022, pelanggan di kedai berpeluang untuk membalut sempurna hadiah yang dibeli oleh mereka sebagai sumbangan kecil yang akan menjadikan impian kanak-kanak Make-A-Wish suatu kenyataan, bagi mencetuskan harapan buat mereka dan memberi kekuatan kepada mereka untuk melawan penyakit mereka.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia

Selama hampir 40 tahun, Toys"R"Us telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada keluarga sebagai destinasi utama untuk mainan, permainan, peralatan sukan dan kelengkapan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bayi, serta segala keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa baharu untuk menjaga dan menyokong bayi mereka.

Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat ini mengendalikan lebih 470 kedai bersama lebih daripada 10,000 ahli pasukan di seluruh Asia termasuk Brunei, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand – serta melesenkan lebih daripada 85 kedai di Filipina dan Macau. Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman dalam-kedai interaktif yang mendorong imaginasi kanak-kanak dan menginspirasikan pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services