omniture

LEBIH EMPAT DARIPADA SEPULUH PENGGUNA DI SELURUH DUNIA BERPENDAPAT BAHAWA MAKANAN BERASASKAN TUMBUHAN AKAN MENGGANTIKAN DAGING PADA DEKAD YANG AKAN DATANG

EAT
2022-11-15 16:00 125

LAPORAN GRAINS OF TRUTH: KAJIAN GLOBAL EAT-GLOBESCAN YANG BAHARU TURUT MENUNJUKKAN BAHAWA PENGGUNA LEBIH MENGETAHUI TENTANG PERANAN MAKANAN DALAM PERUBAHAN IKLIM BERBANDING KERAJAAN

OSLO, Norway, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Empat puluh dua peratus pengguna di seluruh dunia berpendapat bahawa kebanyakan orang berkemungkinan akan memakan makanan berasaskan tumbuhan berbanding daging dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, menurut kajian penyelidikan pengguna global baharu yang dijalankan oleh GlobeScan, syarikat perundingan pandangan dan nasihat global, dan EAT, syarikat bukan berkeuntungan berasaskan sains untuk transformasi sistem makanan global.

Laporan tersebut mengenai makanan yang sihat, lestari dan saksama turut mendedahkan bahawa lebih separuh daripada pengguna (51%) mengatakan bahawa mereka berasa kurang selamat dengan bekalan makanan mereka dalam menghadapi pandemik Covid-19, konflik dan perubahan iklim. Terdapat variasi yang ketara dalam bagaimana perkara ini dirasai di negara dan wilayah yang berbeza, dengan Amerika Latin melaporkan beberapa tahap ketakjaminan makanan yang tertinggi di Brazil (73%), Columbia (72%) dan Peru (69%) termasuk Kenya (77%) dan Itali (64%). Responden dari India (19%), Arab Saudi (33%) dan Mesir (35%) walau bagaimanapun menunjukkan kebimbangan yang paling kurang.

Penemuan ini ditampilkan dalam edisi kedua bagi siri Grains of Truth, mengambil kira pendapat hampir 30,000 orang pengguna di 31 pasaran di seluruh dunia dalam penyediaan makanan yang sihat, lestari dan saksama.

Kebimbangan tentang bekalan makanan merangkumi kebimbangan terhadap kekurangan makanan, dengan 60 peratus responden menyatakan bahawa ini merupakan suatu masalah yang sangat serius. Terdapat banyak variasi bagi tahap kebimbangan dalam kalangan negara-negara, dengan China (16%), Hong Kong (24%) dan Korea Selatan (28%) paling kurang berasa bimbang, manakala lebih lapan daripada sepuluh responden di Columbia, Peru, Kenya, Mexico, Brazil, Argentina dan Afrika Selatan mengatakan mereka berasa bimbang dengan masalah kekurangan makanan. Kenaikan kos sara hidup juga berkait rapat dengan masalah bekalan makanan, maka sejumlah sembilan puluh dua peratus orang awam turut mengatakan harga pembelian makanan biasa mereka telah meningkat dalam tempoh tiga bulan yang lalu. 

Berlatarbelakangkan peningkatan ketakjaminan makanan dan kenaikan harga barang, sebanyak 60 peratus pengguna mengatakan mereka memakan makanan yang sihat hampir setiap masa atau sepanjang masa, yang menyaksikan semakin ramai orang mengamalkan diet vegetarian atau vegan ‒ lebih satu daripada lima (22%) orang mengatakan bahawa mereka memakan makanan berasaskan tumbuhan atau vegan, suatu peningkatan daripada 17 peratus pada tahun 2019. Keinginan untuk mencuba diet berasaskan tumbuhan juga semakin meningkat di semua peringkat umur; 40 peratus daripada Generasi Z, 43 peratus daripada Generasi Milenium, 37 peratus daripada Generasi X dan 28 peratus daripada Generasi Boomer mengatakan bahawa mereka sangat berminat untuk mencuba cara pemakanan ini.

Terdapat jurang yang ketara antara mereka yang berminat untuk beralih kepada diet berasaskan tumbuhan dengan mereka yang sudah mengamalkan diet ini di kalangan beberapa negara. Jurang terbesar bagi perbandingan ini adalah di Vietnam (38% mata), Thailand (37% mata) dan Brazil (22% mata). 

Hampir sembilan daripada sepuluh pengguna (89%) mengatakan bahawa membeli makanan yang sihat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar adalah penting bagi mereka. Dua pertiga responden (64%) mendakwa mereka sanggup membayar lebih untuk mendapatnya, satu petunjuk nilai yang diletakkan pengguna pada barangan ini walaupun menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Menjelaskan tentang kajian ini, Dr. Gunhild Stordalen, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif EAT berkata: "Hakikat bahawa ramai orang di seluruh dunia semakin berminat untuk memakan makanan yang sihat dan lestari merupakan satu petanda yang memberangsangkan, memandangkan beberapa tahun lalu tidak ada sesiapa yang akan terfikir bahawa 42 peratus manusia di seluruh dunia akan percaya bahawa makanan berasaskan tumbuhan akan menggantikan daging dalam tempoh satu dekad. Namun orang ramai mula memahami krisis iklim dan alam semula jadi yang semakin meningkat serta bahaya yang dibawanya kepada kehidupan seharian mereka oleh kerana ia berkait rapat dengan krisis pandemik, peperangan di Ukraine dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Walaupun pengguna memahami isu-isu tersebut, ia terpulang kepada semua orang dalam sistem makanan untuk bertindak sekarang bagi membantu mereka – akses dan kemampuan akan memainkan peranan yang penting seperti yang ditunjukkan oleh edisi pertama laporan ini pada tahun lepas. EAT-Lancet 2.0 akan membantu menyatukan pencapaian sains terkini daripada pelbagai bidang yang berbeza bersama-sama untuk membina konsensus tentang sasaran bagi sistem makanan yang sihat, lestari dan saksama. Ini adalah penting untuk melenturkan lagi hala tuju aliran utama ke arah yang betul."

Chris Coulter, Ketua Pegawai Eksekutif GlobeScan berkata: "Penyelidikan yang tepat pada masanya ini memberikan gambaran tentang bagaimana kenaikan harga makanan, pencerobohan haram Rusia ke atas Ukraine dan perubahan iklim telah memburukkan lagi kebimbangan pengguna tentang ketakjaminan makanan. Walau bagaimanapun, terdapat sinar peralihan yang diharapkan terhadap pemakanan yang lebih sihat dan lestari dalam kalangan pengguna. Diet berasaskan tumbuhan sedang meningkat di semua rantau di seluruh dunia dan para pengguna semakin menyedari hubungan antara perubahan iklim dan pilihan makanan."

Untuk memuat turun salinan laporan penuh, termasuk perbandingan antara negara, sila klik di sini.

Source: EAT
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Survey, Polls & Research