omniture

CGTN: Kerjasama China dan UAE untuk masa depan yang dikongsi bersama

CGTN
2022-11-15 16:01 165

BEIJING, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Hubungan diplomatik China dan Emiriah Arab Bersatu hampir empat dekad, tetapi hubungan ekonomi dan budaya mereka telah terjalin lebih lama dan lebih mendalam, sejak zaman Laluan Sutera purba. Bertugas di Beijing sejak 2017, Ali Al Dhaheri , Duta UAE ke China, mempunyai pandangan yang luas tentang pembangunan China.

TYT Dhaheri memuji pencapaian menakjubkan China dalam dekad yang lalu dalam meningkatkan kehidupan rakyat dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Hari ini, China telah menjadi kuasa besar untuk pertumbuhan global dan hab untuk inovasi teknologi. Pada pendapatnya, kejayaan China ialah sesuatu yang unggul dan merupakan bukti kepimpinan teguh CPC.

Menurut TYT Dhaheri, perubahan besar dan positif China bukan sahaja berlaku di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung. Dalam perjalanannya ke daerah Malipo, Wilayah Yunnan, beliau melihat penduduk kampung yang bersiulan dan berdansa hidup dalam kebahagiaan dan kepuasan. Pengalaman ini memberinya pemahaman mendalam tentang pendekatan pembasmian kemiskinan China yang yang beliau yakin ialah model untuk diteladani oleh negara-negara membangun lain. Di samping itu, beliau percaya bahawa semasa China sedang merangka pelan tindakan yang bercita-cita tinggi untuk transformasi masa depan dengan Rancangan Lima Tahun Keempat Belasnya, pembangunan berkualiti tinggi negara akan benar-benar bersejarah, dengan kesan positif di seluruh dunia.

TYT Dhaheri berkata, sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif, UAE dan China berkongsi laluan pembangunan, konsep dan matlamat yang sama. Perkongsian mereka mempunyai banyak pencapaian. Salah satunya ialah penjagaan kesihatan, terutamanya mengeluarkan vaksin baharu di UAE secara kolaborasi. Oleh itu, perkongsian ini boleh menjadi model bagi negara-negara membangun untuk meneroka laluan ke arah pemodenan.

China ialah rakan dagangan terbesar UAE, dan UAE ialah rakan perdagangan bukan minyak terbesar China di Timur Tengah dan Afrika Utara. UAE juga merupakan antara negara pertama yang menyertai Inisiatif Jalur dan Jalan, menghidupkan semula hubungan Laluan Sutera purba. Kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kepercayaan bersama yang kukuh, multilateralisme, dan kerjasama antarabangsa.

TYT Dhaheri menekankan bahawa negara-negara di seluruh dunia harus kekal komited kepada visi bersama tentang kesamaan, kesyumulan dan kerjasama. Beliau menjangkakan lebih banyak kerjasama antara UAE dan China pada masa hadapan, dan beliau sendiri, gembira menjadi pembina jambatan antara kedua-dua negara dan kedua-dua rakyatnya.

https://news.cgtn.com/news/2022-11-13/China-and-UAE-collaboration-for-a-shared-future-1eVyS6nqMk8/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service