omniture

ADO E-Bike x Yvonne LI 2022: Kembara Memburu Kecemerlangan

ADO EBIKE
2022-11-15 21:46 453

KARLSRUHE, Jerman, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 November 2022, ADO (A DECE OASIS) E-Bike mengadakan majlis pelancaran duta di Sportzentrum Eggenstein di Karlsruhe, Jerman dan mengumumkan secara rasmi pemain badminton dunia Yvonne Li sebagai duta jenama ini. Yvonne Li telah menunjukkan wawasan jenama ADO iaitu "menginspirasikan lebih banyak potensi". Dengan kelayakan SGS, kedua-duanya mempromosikan "Projek Kembara Rendah Karbon" untuk memperbaharui kuasa produk ADO E-Bike, mencapai kejayaan dan mengejar kecemerlangan serta melindungi setiap penunggang basikal ADO secara bersama.

Cabaran dan Kejayaan Sentiasa Menambah Baik Produk ADO demi Pengalaman Tunggangan yang Lebih Baik  

Pada masa kini, Yvonne merupakan pemain badminton perseorangan wanita No.1 di Jerman. Yvonne Li berkata, "Matlamat saya adalah untuk berada di kedudukan yang lebih dekat dengan kedudukan pemain badminton terbaik di dunia, kemudian bersaing dengan lima pemain terbaik di dunia dan untuk mencapai kejayaan secara berterusan bagi menjadi pemain badminton terbaik di dunia." Yvonne Li sentiasa memberi tumpuan untuk memperbaiki kemahirannya. Beliau bekerja keras dan berusaha mencapai kesempurnaan sepanjang masa. Ini mendorong beliau untuk mencapai kedudukan ke-23 yang cemerlang dalam senarai kedudukan Badminton World Federation. Matlamat terdekat Yvonne adalah untuk mencapai kedudukan yang baik di Sukan Olimpik 2024 di Paris.


Sikap Yvonne Li iaitu "Mencabar, mencapai kejayaan dan mengejar kecemerlangan" seiring dengan ADO E-Bike.

ADO E-BIKE telah membina Makmal QTL ADO E-BIKE bersama SGS. ADO memfokuskan kepada kualiti dan usaha mengejar pengalaman tunggangan yang sempurna. Makmal ADO merupakan makmal QTL pertama dalam industri e-basikal yang diberi pensijilan oleh piawaian antarabangsa SGS.

Tambahan pula, ADO juga diberi kelayakan oleh DEKRA dan CE. Sudah pasti produk-produk ADO adalah selamat dan berkualiti tinggi.

Logistik Gudang Global dan Penyerahan Dinaik Taraf untuk Mencipta Pengalaman Membeli-belah Pelanggan 48-jam

ADO telahpun mencapai penyerahan 48-jam di Jerman, UK, Austria serta Belanda dan negara-negara lain sedang dibuka satu demi satu.

Tahun ini, ADO menyertai China Netzwerk Baden-Württemberg e.V. (CNBW), yang menghimpunkan kepentingan syarikat, kawasan perbandaran, institusi, universiti, kolej dan organisasi-organisasi lain. Dengan bantuan daripada CNBW, ADO akan diintegrasikan dengan lebih cepat ke dalam budaya dan masyarakat Jerman.

Generasi Baharu ADO Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Dengan pengumuman rasmi duta jenama ADO itu, generasi kedua produk ADO akan diperkenalkan pada tahun 2023 dengan lima koleksi baharu: ADO Air, ADO Jingle, ADO DECE, ADO Beast dan ADO Oasis. Dalam masa yang sama, seluruh siri produk tersebut akan dinaik taraf sepenuhnya dengan sistem kawalan ADO Smart dan ADO G-drive, mengintegrasikan sepenuhnya prestasi dan pengalaman, mencipta produk yang lebih canggih untuk senario yang berbeza dan menyediakan penyelesaian yang lebih dekat dengan keperluan tunggangan pengguna untuk perjalanan jarak dekat.

Pada masa akan datang, ADO E-bike akan berkolaborasi dengan duta jenama, Yvonne Li dan SGS bagi mencapai matlamat strategik "mobiliti rendah karbon", seterusnya mewujudkan gaya hidup yang sihat dan bertenaga serta menyasarkan untuk membuka lembaran baharu "mobiliti rendah karbon" bersama-sama.

Berita lebih lanjut di sini: https://www.facebook.com/Adoebike 

Hubungan media: marketing@adoebike.com

 

 

Source: ADO EBIKE
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories Licensing/marketing agreements