omniture

Sushma Panchawati Sertai National Research Group Stagwell (STGW) Sebagai Naib Presiden Kanan Semasa Firma ini Memperluas Jejaknya di Asia Pasifik

Stagwell Inc.
2022-11-16 01:24 317

 Panchawati menyertai pasukan kepemimpinan Kandungan dan Strategi serta akan berpangkalan di Singapura

NEW YORK dan SINGAPURA, 16 November 2022 /PRNewswire/ -- National Research Group (NRG) yang terkenal sebagai peneraju berwawasan bagi teknologi canggih, kandungan dan budaya, hari ini mengumumkan bahawa Sushma Panchawati seorang veteran pakar strategi berwawasan dan pasaran baru muncul telah dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Kandungan & Strategi. Beliau akan memantau kehadiran firma tersebut di rantau Asia Pasifik (APAC). NRG merupakan sebahagian daripada Stagwell (NASDAQ: STGW), rangkaian pencabar yang ditubuhkan untuk mengubah cara pemasaran.

Dalam jawatan beliau yang baharu ini, Panchawati akan bekerjasama erat dengan pelanggan sedia ada dan baharu di seluruh landskap penstriman, televisyen dan teater, kesihatan jenama terkemuka, penilaian konsep, pemesejan dan kedudukan, ujian kandungan serta ujian bahan kreatif.

"Ini merupakan masa yang benar-benar menarik untuk terlibat dalam landskap kandungan di Asia Pasifik memandangkan kesan ketara yang telah dihasilkannya di seluruh dunia sejak sedekad yang lalu. Saya amat teruja untuk membantu para pelanggan kami membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan memanfaatkan pelbagai budaya yang indah dan kaya yang ada di sini dan menjadi sebahagian daripada perjalanan NRG di rantau ini," ujar Panchawati.

Panchawati mempunyai lebih 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang strategi pemasaran dan produk. Yang terbaharu, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan pengasas Edvanza, rakan kemajuan kerjaya untuk para profesional muda. Di syarikat tersebut, beliau telah mengetuai reka bentuk dan penghasilan cadangan produk MVP serta perniagaan asas dan strategi pemasaran yang memacu pertumbuhan syarikat di UK, Afrika dan India. Sebelum itu, Panchawati telah mengetuai rantau APAC untuk The Sound, sebuah agensi strategi jenama dan inovasi produk. Beliau mengetuai usaha strategi dan penyelidikan di seluruh APAC, EU, Afrika dan Amerika Selatan melalui kerjasama dengan jenama seperti Google, Pinterest, Netflix, Amazon dan Apple dalam kempen pelancaran jenama, strategi pemasaran dan produk serta perancangan inovasi mereka.

"Dengan pasaran mantap yang kian matang, Asia Pasifik merupakan sebuah rantau yang amat penting bagi kebanyakan pelanggan hiburan kami. Walau bagaimanapun, pelbagai budaya dan citarasa yang dimiliki oleh rantau ini menunjukkan bahawa kejayaan akan bergantung pada strategi pemasaran yang khusus. Kepakaran Sushma yang mendalam dan perspektif uniknya di seluruh rantau ini akan menjadi amat berharga kepada para pelanggan kami ketika mereka meneroka peluang-peluang yang tersedia di hadapan," kat Stephen Palmer, Presiden Kandungan & Strategi.

Panchawati memperoleh Ijazah Sarjana Muda daripada Jawaharlal Nehru Technology University dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada MICA di India. Beliau merupakan seorang penceramah yang kerap berucap dalam persidangan global seperti European Society for Opinion and Marketing Research (ESOMAR), yang menyorot tentang pengalaman beliau bekerja di pelbagai pasaran dan metodologi. Beliau akan ditempatkan di Singapura.

Tentang National Research Group

National Research Group ialah sebuah firma strategi dan wawasan global yang terkemuka dalam pertembungan antara bidang hiburan dengan teknologi. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran industri selama empat dekad, pemasar terkemuka di dunia bergantung kepada syarikat kami untuk mendapatkan wawasan tentang pertumbuhan dan strategi bagi sebarang kandungan di mana-mana sahaja, pada mana-mana peranti. Terlibat dalam pertembungan antara kandungan dengan budaya dan teknologi, NRG menawarkan wawasan kepada para pencerita yang berani walau di mana sahaja mereka berada. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nationalresearchgroup.com serta ikuti kami di LinkedIn dan Instagram.

Tentang Stagwell

Stagwell merupakan rangkaian pencabar yang ditubuhkan untuk mengubah cara pemasaran. Kami menyampaikan prestasi kreatif yang berskala untuk jenama paling bercita-cita tinggi di dunia, menghubungkan kreativiti yang bergerak seiring bersama-sama budaya dengan penggunaan teknologi canggih untuk menyelaraskan seni dan sains berkaitan pemasaran. Dengan diterajui oleh para usahawan, lebih 13,000 orang pakar kami di lebih 34 buah negara bersatu di bawah satu matlamat: untuk memacu keberkesanan dan meningkatkan hasil perniagaan untuk para pelanggan mereka. Sertai kami di www.stagwellglobal.com.

Untuk NRG:
Mary Moczula
mary.moczula@nrgmr.com 

Untuk Stagwell:
Sarah Arvizo
pr@stagwellglobal.com 

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1770388/Stagwell_Inc_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Stagwell Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:STGW
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Personnel announcements Data Analytics