omniture

Techman Robot Umum Siri AI Cobot Semua-dalam-Satunya

Techman Robot Inc.
2022-11-16 10:00 329

Menggabungkan lengan robotik berkuasa dan jitu, pemprosesan AI natif, sistem penglihatan pintar dan rangkaian perisian komprehensif dalam pakej tunggal yang dapat digunakan dengan mudah

TAOYUAN, Taiwan, 16 November 2022 /PRNewswire/ -- Techman Robot telahpun mengumumkan pengenalan kepada siri TM AI Cobot miliknya. AI Cobot ialah Robot Kolaboratif, yang menggabungkan lengan robot yang berkuasa dan jitu dengan enjin inferens AI natif dan sistem penglihatan pintar dalam satu pakej lengkap, sedia digunakan di kilang-kilang, bagi mempercepatkan peralihan kepada Industri 4.0.

Techman Robot Umum Siri AI Cobot Semua-dalam-Satunya
Techman Robot Umum Siri AI Cobot Semua-dalam-Satunya

TM AI Cobot mengusahakan prinsip menjadi pintar, ringkas dan selamat. Dengan menggabungkan pemprosesan visual pada lengan robot, AI Cobot dapat melaksanakan pilih dan letak yang pantas dan tepat, AMR, penyusunan di atas palet, kimpalan, pembuatan semikonduktor dan produk, pemeriksaan AOI dan persediaan perkhidmatan makanan, antara banyak aplikasi lain yang dapat dipercepatkan oleh AI-Vision.

Ia merupakan satu-satunya siri lengan robotik pintar dalam pasaran yang disediakan dengan rangkaian perisian AI yang komprehensif. Ia termasuk TM AI+ Training Server, TM AI+ AOI Edge, TM Image Manager dan TM 3DVisionTM, lalu membolehkan syarikat-syarikat untuk melatih dan menyesuaikan sistem mereka agar memenuhi aplikasi mereka dengan tepat.

Kenyataan Presiden Techman Robot Shi-chi Ho mengumumkan pelancaran tersebut, "Techman Robot telah menakrifkan semula masa depan robotik industri dengan pengenalan siri AI Cobot yang dilengkapi dengan enjin AI natif, lengan robotik dan sistem penglihatan yang berkuasa dan tepat yang mewakili kombinasi sempurna antara "otak, tangan dan mata". Dengan sistem bersepadu semua-dalam-satu kami dan rangkaian perisian sokongan, kami memimpin industri ini dengan kemudahan integrasi, mempercepatkan produktiviti sambil memperkukuh kualiti dan membuka peluang baharu."

Kekuatan 25KG Peneraju-Industri

Memperkukuh komitmennya terhadap inovasi, baru-baru ini Techman Robot mendemonstrasikan siri produk AI Cobot miliknya yang berdaya untuk muatan 25KG – yang pertama dalam industri – di Pameran Kecerdasan Automasi dan Robot Taiwan (Taiwan Automation Intelligence and Robot Show) 2022. Model baharu ini akan tersedia pada satu tarikh akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang siri TM AI Cobot di https://www.tm-robot.com/en/

Source: Techman Robot Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation