omniture

ICIS Melancarkan Gerbang ETS EU Baharu dan Dipertingkatkan

ICIS
2013-12-13 16:06 169

LONDON, 13 Disember 2013 /PRNewswire/ -- ICIS dengan sukacitanya mengumumkan pelbagai peningkatan pada Gerbang ETS EUnya yang telah dilancarkan semula hari ini (11 Disember). Portal yang baru dipertingkatkan itu menyediakan data menyeluruh tentang pembangunan dan pergerakan harga dalam pasaran karbon berdasarkan asas pasaran dan corak kelakuan.

Pada tahun lepas, Gerbang ETS EU telah menjalani pembangunan signifikan bagi mempertingkatkan liputan dan kebolehgunaan serta menyepadukan ciri-ciri baharu. Kini ia juga mempunyai kemas kini berita tetap yang disediakan oleh wartawan pasaran karbon ICIS serta sistem penandaan baharu yang berguna untuk item berita dan analisis bagi memudahkan pengumpulan maklumat berdasarkan kata kunci. Bagi membantu lagi pengguna dengan perancangan jangka panjang mereka, ramalan telah dilanjutkan lagi dari 2020 hingga 2030. Pangkalan Data Kelakuan juga kini mempunyai maklumat tambahan tentang syarikat; liputan Pasaran Bukan EU telah diperluas untuk memasukkan sekali skim tambahan dan data rekaan pasaran tambahan.

Bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat yang relevan dengan lebih pantas, pengemudian gerbang disusun atur semula dan penjelasan model lanjutan kini memudahkan pemahaman tentang pelbagai model dan kaedah dengan sekilas pandang. Glosari juga telah disertakan.

Gerbang ETS EU ICIS ialah penyelesaian data berasaskan web yang menganalisis pembangunan dan pergerakan harga terkini dalam pasaran karbon bagi menyokong pembuat keputusan yang terlibat dalam perdagangan karbon. Gerbang itu mengandungi ramalan harga jangka pendek, sederhana dan panjang untuk EUA berdasarkan model yang tersendiri dan sangat boleh ramal yang menggabungkan asas pasaran karbon serta corak kelakuan pemain pasaran utama.

Latar Belakang ICIS

ICIS ialah penyedia maklumat pasaran petrokimia terbesar dunia dan mempunyai divisyen tenaga dan baja yang berkembang pesat. Matlamat kami adalah untuk memberikan kelebihan persaingan kepada syarikat dalam pasaran komoditi global dengan memberikan data penetapan harga yang diyakini, berita bernilai tinggi, analisis dan rundingan bebas, lalu membolehkan pelanggan kami membuat perdagangan dan keputusan perancangan yang lebih termaklum. Kami mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam menyediakan maklumat penetapan harga, berita, analisis dan perundingan kepada pembeli, penjual dan penganalisis.

Dengan kakitangan global seramai lebih 800 orang, ICIS mempunyai kakitangan yang berpusat di Houston, Washington, New York, London, Montpellier, Dusseldorf, Milan, Mumbai, Singapura, Guangzhou, Beijing, Shanghai, Yantai, Tokyo dan Perth. ICIS ialah divisyen Reed Business Information, sebahagian daripada Reed Elsevier Plc.

Latar Belakang Tschach Solutions

ICIS memperoleh firma analisis pasaran karbon Jerman Tschach Solutions pada bulan Julai 2013 bagi mendapatkan manfaat daripada kepakarannya yang luas dan kepintaran pasarannya yang luar biasa dalam pasaran karbon.

Setelah ditubuhkan pada tahun 2010 dan berpusat di Karlsruhe, Jerman, Tschach mempunyai reputasi industri yang kukuh dalam analisis pasaran karbon. Tawaran teras Tschach ialah data dan anggaran berkualiti tingginya yang menyeluruh tentang semua bidang relevan dalam perdagangan emisi, pasaran tenaga dan pasaran keseimbangan antarabangsa.

Tschach nyata lebih baik daripada pesaingnya kerana menggunakan Model Impak Pemasaan yang tersendiri untuk ramalan dan analisisnya yang menunjukkan impak corak kelakuan peserta pasaran ke atas harga karbon. Dalam masa yang terdekat, Tschach akan melancarkan produk yang miripnya untuk pasaran karbon California, China dan Australia.

Latar Belakang Reed Business Information

Reed Business Information membawa jenama yang menerajui di pasaran kepada jutaan pembuat keputusan seluruh dunia melalui media berbilang platformnya yang terdiri daripada perkhidmatan data, perkhidmatan penjanaan petunjuk dalam talian, laman web masyarakat, majalah dan acara. Reed Business Information adalah sebahagian daripada Reed Elsevier, penyedia yang menerajui di dunia untuk penyelesaian maklumat profesional dalam sektor Sains, Perubatan, Perundangan serta Risiko dan Perniagaan.

Bagi maklumat lanjut, hubungi:

Jacqueline Savory, Pengurus Kanan Pemasaran - +44(0)207-9111977

Sumber: ICIS

Source: ICIS
Keywords: Chemical Computer/Electronics Oil/Energy Utilities New products/services