Bagi menyokong pertumbuhan komersial dan pengembangan global yang pesat, SimSpace mengembangkan pasukan kepimpinan eksekutifnya dan memperkukuh tawaran mereka dengan membuka pejabat tambahan di AS, EMEA dan APAC.
BOSTON, 17 November 2022 /PRNewswire/ -- SimSpace, peneraju industri dalam rangkaian siber gred ketenteraan, hari ini mengumumkan ketersediaan komersial global bagi Platform Cyber Force SimSpaceSM yang telah dinaik taraf, sekali gus memperluas jejaknya ke pasaran global dengan nilai melebihi $200 bilion.
Dalam satu tempoh yang buat julung kalinya melibatkan risiko geopolitik, organisasi terkemuka kini boleh menggunakan teknologi canggih yang sama seperti pasukan pertahanan siber nasional dan agensi perisikan global AS. SimSpace boleh memampatkan serangan siber selama tiga tahun ke dalam tempoh 24 jam untuk memastikan tahap misi dan kesediaan pertahanan yang tertinggi.
Perang Rusia di Ukraine telah menyebabkan peningkatan sebanyak hampir 50% serangan siber pada separuh pertama tahun 2022. Goldman Sachs meramalkan bahawa serangan Rusia terhadap infrastruktur AS boleh menjejaskan ekonomi sehingga $1 trilion. Perniagaan yang mempunyai kepentingan negara sedang membuat persediaan pertempuran untuk pasukan siber mereka dan menggunakan keupayaan julat kesetiaan tinggi SimSpace untuk meningkatkan prestasi pasukan dan proses, menggabungkan alat dan mengurangkan kos.
Pegawai pengurusan kanan, ahli lembaga pengarah, pelabur, pemegang saham, syarikat insurans, badan kawal selia dan ahli jawatankuasa audit sedang berusaha memenuhi keperluan untuk mendapatkan penilaian kedudukan risiko yang lebih ringkas dan padat. Rangkaian siber gred ketenteraan memberikan jawapan kepada soalan-soalan sukar tersebut dan membantu perniagaan membuat keputusan bernilai $30 juta dolar tentang perubahan terhadap bahagian paling penting dalam perbelanjaan siber mereka. SimSpace dipercayai oleh Kerajaan AS, infrastruktur negara yang penting, organisasi F2000 dan agensi perisikan global. Dengan menggunakan Platform Cyber Force SimSpace, organisasi telah mencapai pengurangan kos operasi siber sebanyak 30% dan pengurangan pelanggaran sebanyak 40% dalam persekitaran pengeluaran mereka.
"SimSpace berusaha untuk terus memperbaiki status keselamatan organisasi dan kerajaan di seluruh dunia," kata William Hutchison, mantan Ketua Pemerintah Siber AS merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SimSpace. "Platform Cyber Force kami berkembang daripada peraturan yang ditetapkan oleh pasukan pertahanan siber nasional AS kami dan hari ini ia memacu pengurangan masa sebanyak 48% untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang pelanggaran undang-undang, serta mencapai peningkatan dalam pengekalan pasukan siber sebanyak 56% untuk membantu perniagaan memenuhi objektif kewangan dan keperluan kawal selia mereka. Kami membantu para eksekutif, entiti kerajaan dan pasukan keselamatan membina infrastruktur bertaraf dunia dan mencari penyelesaian kepada cabaran keselamatan siber yang sangat kompleks. Kerajaan AS mempercayai SimSpace untuk melindungi operasi dan kakitangan mereka serta menghalang para pelaku ancaman yang canggih."
SimSpace Mengukuhkan Pasukan Kepemimpinan Eksekutif
Bagi mengekalkan pertumbuhannya yang pesat, SimSpace mengukuhkan pasukan kepemimpinannya dengan melantik James Gerber dan Ross Brewer sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Naib Presiden Eksekutif. Dengan gabungan pengalaman keselamatan siber selama lebih 60 tahun, pasukan eksekutif ini berada pada kedudukan yang baik untuk memacu pertumbuhan dan menyokong pengembangan syarikat.
SimSpace Mengembangkan Operasi Global
Sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan antarabangsa syarikat, SimSpace telah menambah jejak globalnya dengan lokasi di London, Maryland (A.S.), Prague, Munich, Dubai, Tokyo, Singapura dan Sydney untuk memperluas pangkalan pelanggan, jualan dan operasi sokongan global mereka.
Tentang SimSpace
SimSpace ialah peneraju global dalam rangkaian siber gred ketenteraan dan diasaskan oleh pakar-pakar daripada U.S. Cyber Command dan Lincoln Laboratory MIT untuk bertindak balas terhadap era ancaman siber baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Platform Cyber Force syarikat ini membolehkan perusahaan paling canggih, kerajaan dan organisasi infrastruktur negara yang penting untuk mencari jawapan berasaskan risikan bagi persoalan yang paling membimbangkan tentang keselamatan, tadbir urus, latihan dan kesediaan siber. SimSpace menyediakan simulasi dan latihan keselamatan siber kesetiaan tinggi serta latihan menggunakan senjata dan kelengkapan yang selamat yang sebelum ini hanya tersedia untuk pasukan U.S. Cyber Command dan agensi perisikan yang paling canggih di dunia. Kini, syarikat kewangan, runcit dan insurans Fortune 2000 serta pasaran komersial yang lain boleh mengakses keupayaan keselamatan peringkat kebangsaan untuk melindungi aset penting mereka dengan purata pengurangan kos operasi siber sebanyak 30% dan pengurangan pelanggaran undang-undang sebanyak 40%.
Untuk maklumat lanjut: www.simspace.com.
Semua tanda dagangan adalah hak milik para pemilik masing-masing.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1947574/SimSpace_Logo.jpg?p=medium600