Nikmati Messi Burger Edisi Juara dan beli Koleksi Messi Baharu di setiap lokasi Hard Rock Cafe di seluruh dunia
HOLLYWOOD, Florida, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- Hard Rock Cafe memperluas kerjasamanya dengan legenda bola sepak terkenal di dunia, Lionel Messi dengan menu keluaran terbarunya Messi Burger – Edisi Juara yang menjadi kegemaran peminat. Tersedia secara eksklusif di lokasi Hard Rock Cafe di seluruh dunia, menu Messi Burger Champion's Edition ini sesuai untuk mereka yang mahukan menu terbaik dan kini menampilkan tiga jenis sos pencicah percuma: iaitu aioli, cili Latin dan kegemaran Messi, chimichurri; sangat sesuai digandingkan dengan burger serta untuk mencecah kentang goreng panas bagi menikmati pengalaman rasa yang benar-benar menyelerakan.
"Adalah menjadi suatu penghormatan dapat meneruskan kerjasama kami dengan bintang bola sepak terkenal dunia, Lionel Messi dan membawa kempen LIVE GREATNESS ke tahap seterusnya dengan ciptaan Messi Burger Champion's Edition," kata Anibal Fernandez, Naib Presiden Kanan Bahagian Kafe Hard Rock International. "Kami amat teruja untuk meraikan peminat Hard Rock dan Messi dan mereka pasti akan menyukai sos baharu ini, yang mana setiap satunya melengkapi Messi Burger dengan cara tersendiri."
Messi Burger telah dilancarkan pada bulan Mac 2022 kepada para peminat di seluruh dunia. Burger kegemaran peminat ini menampilkan dua keping daging lembu kisar segar dan lembut, dipenuhi dengan kombinasi terbaik lapisan atas: keju provolon, hirisan chorizo, bawang merah karamel dan sos istimewa Hard Rock yang pedas dan rasa asap yang dihidangkan di atas roti brioche yang dibakar, bersama-sama dengan daun salad rom yang dicarik-carik dan tomato masak berwarna merah.
Sebagai sebahagian daripada kempen "LIVE GREATNESS" Hard Rock International melalui kerjasama dengan Lionel Messi, jenama ini melancarkan koleksi peruncitan baharu, termasuk baju berhud yang kini boleh dibeli di Rock Shop di lokasi Hard Rock Cafe di seluruh dunia. Para peminat juga boleh merasai lebih lagi dengan meneroka pengalaman realiti terimbuh 3D yang unik dengan baju berhud terpilih daripada koleksi tersebut apabila mereka mengimbas kod QR yang ada padanya. Pengalaman AR daripada kod QR ini boleh dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga, dan juga akan tersedia untuk dikongsikan di Instagram.
Semua barangan hasil kerjasama antara Hard Rock dan Lionel Messi boleh didapati di kedai dan secara dalam talian.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/753406/HRBrand_BLACK_2010_24_16_ID_314f48f4d594_Logo.jpg?p=medium600