LOS ANGELES, 18 November 2022 /PRNewswire/ -- ForeVR Games, peneraju dalam permainan realiti maya kasual (VR) yang diasaskan oleh para veteran Zynga, EA dan Glu, hari ini mengumumkan pelancaran permainan paling dinanti-nantikan: ForeVR Pool yang membolehkan pemain membawa permainan biliard dari seluruh dunia terus ke ruang tamu mereka. Menyertai ForeVR Bowl, ForeVR Darts dan ForeVR Cornhole, permainan keempat dalam koleksi ForeVR ini tersedia untuk Oculus Quest 2 dan Pro dengan harga USD19.99.
Dapatkan suasana penuh keseronokan ForeVR Pool dengan memeriksa treler permainan di sini. Aset permainan dan kit media boleh didapati di sini.
"ForeVR Pool merupakan tambahan yang menarik kepada senarai sukan mesra keluarga kami," kata Marcus Segal, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ForeVR Games. "Kami sangat teruja untuk memberi para pemain Ruang Biliard mereka sendiri di mana mereka boleh bertemu dengan rakan-rakan, keluarga, rakan sekerja atau mencari rakan baharu di lokasi VR yang indah. ForeVR Pool ialah satu keseronokan untuk bermain dan benar-benar merupakan pelengkap yang sempurna kepada alam semesta permainan kasual kami yang saling terhubung."
Membawa permainan IRL yang terbaik ke VR, ForeVR Pool membolehkan anda meraikan kemenangan seperti yang anda inginkan dalam dunia sebenar: dengan tepuk ria dan pilihan muzik anda daripada peti lagu yang dikuasakan oleh YouTube. Dengan pilihan pemain tunggal dan berbilang pemain, pengguna boleh mencabar rakan-rakan mereka dari seluruh negara atau bersemuka dengan dua belas pemain biliard NPC "profesional dalam permainan" yang berbeza daripada kelas amatur hingga profesional.
ForeVR Pool merangkumi:
Sama seperti permainan ForeVR lain yang mudah untuk dipelajari namun mencabar untuk memahirkan diri, ForeVR Pool menyokong 26 bahasa dan pemain dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan. Permainan ini boleh dimainkan sambil duduk atau berdiri menggunakan permainan satu atau dua tangan, dengan mod tangan kiri dan tangan kanan yang tersedia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ForeVR Games dan mengikuti perkembangan keluaran terkini mereka, sila layari: ForeVRGames.com.
Tentang ForeVR
Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Marcus Segal dan Ketua Pegawai Komersial, Mike Doom pada bulan Julai 2020, ForeVR Games merupakan sebuah syarikat permainan global yang dikhususkan untuk membuat permainan imersif dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Pasukan seramai 44 orang di ForeVR sedang mencipta permainan terkemuka dalam kategori yang membawa VR kepada orang ramai dengan permainan sosial peringkat seterusnya, menawarkan hiburan untuk semua orang. Permainan sulung ForeVR, ForeVR Bowl ialah salah satu permainan Quest 2 terbaik CNET dan salah satu permainan Pencarian Terbaik Meta 2021 dalam kategori Permainan Keluarga dan Pengalaman Sosial. Sebagai pengiktirafan kepada grafik resolusi tinggi, Bowl telah dipilih oleh Meta sebagai permainan tersohor untuk Quest Pro yang akan datang.
Sila hubungi:
John Vollmer
ForeVR@vsc.co
415.272.0836
Video - https://www.youtube.com/watch?v=bf24DaSHIlg
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1949636/ForeVR_Games_Logo.jpg?p=medium600